Google+ Followers

Wednesday, December 28, 2011

Nik. Mat. Nikmat.

Aritu terdengar kat tv ke kat radio. haa radio ikim..ada sorang penceramah ni cakap pasal kenikmatan.

Kenikmatan beryukur adalah kenikmatan yang paling best sekali-lebih kurang la tajuk dia.

Dia kata, zaman rasulullah dulu, ada sorang sahabat datang jumpa rasul..dia kata dia ada ada segalanya. binatang ternakan berkembang biak, rezeki melimpah ruah dan sebagainya. Dan sahabat ni kata, setiap kali dia hitung nikmat kurniaan allah ni, dia akan bersyukur. Sampai satu masa tu, dia dah tak larat bersyukur dah. Sampai dia berdoa " Ya Allah, banyak sungguh nikmat yang kau berikan kepada ku ini ya Allah..tak terhitung sehinggakan bersyukur kepadaMu  pun telah aku rasa nikmat Ya Allah"..

Point: Sahabat tu sangat rasa bersyukur sampai dia rasa beryukur tu pun suatu kenikmatan.

Er korang paham tak?

Alhamdulillah. Sahabat rasa bersyukur. 

Kita?

Tuesday, December 20, 2011

Anime bengong.

Atas nasihat adik iparku Poni, aku pun dengan excitednya bukalah juga, nak tengok apa yang seram sangat kan?

cer kelik link ni la kalau berani.

Sekali kauu.. ha hamek.

NAk jadikan cerita, malam semalam aku basuh la pinggan yang pending kan? Dah la lampu dapur terbakar, aku pakai lilin je la kan? Dok pada aku cuci-cuci pinggan tu, aku teringat-teringat je cerita ni. haishh, tak leh jadi ni, kena gak panggil laki aku suh teman.

"abang, teman rin jap, rin teringat la citer anime tu. seram. chill." Ohhooooo silap besar la aku disitu kan, sebab bagitau kelemahan aku pada suami aku ni.

"okkaay, abang teman!" aih, laju je teman. Em ok gak kan, senang sikit abes keja aku kan? so aku kembali la meneruskan cuci pinggan, mangkuk , periuk, kuali dan dapur sekali. Bak kata kawan aku ayin, dapur yang bersih adalah ketenangan hati? emm lebih kurang la tu.

Dengar kat ruang tamu, suara laki aku and anak aku dok terkekek-kekek ketawa. Apalah yang dorang buat tu kan? Takpelah, tengah happy letteww, tadi dua beranak tu merajuk sesama sendiri sebab anak dia sayang mummy dia lebih.

"Mummy, tengok la kami.." Laki aku jerit dari ruang tamu.
Ishhh orang nak buat keja la. Ok, aku stop cuci pinggan tengok dorang dah takde masuk bilik. ishh mengacau je la.

"Mummy.. tengok la kami ni mummy oiii" laki aku ni karanggg. Aku pun berenti la cuci pinggan jap. Tengok-tengok tak dorang masuk bilik lagi.

AKU DAH FEDUP LA KAN. MAIN-MAIN EH?

"Abang meh je la kat sini, rin nak cuci pinggan ni.." aku sambung la.

Sekali laki aku datang dengan lajunya sambil buat gaya hantu dalam anime tu, crippled. Aku macam

"KEPALA OTAK LAAAAAAAAAAAAA"

ha..yang tu luar sedar ye. sapa suruh terkejut kan aku kan?

Bengong punya anime.


Friday, December 16, 2011

Fetal pose. By solja gurl.

Anak Ku..


Tula siapa suruh lompat-lompat atas tilam pastu jatuh-jatuh tergelak-gelak bagai? Ngehehehehe sebenarnya itulah taktik mummy supaya aiyris tidur awal. On time! 
Hehehe

Mummy selalu fikir, apa yang aiyris mimpikan sekarang ni ye?
Tapi mummy lagi suka bila mummy pura-pura tidur, aiyris cium mummy baaaaaaaaaanyakkkk sekali dalam dunia.

Rasa heaven je kasih sayang tu.

Tapi mummy nak anak mummy pun bahagia dunia akhirat.
InsyaAllah..

Thursday, December 15, 2011

Ular lidi

Cerita di Rice glass house. Minah Arab nama dia Khadeeja. dia punya glasshouse. Aku takde glasshouse sebab kerja aku kat lab je.

So sedang asyik kami mengambil sampel, aku ternampak macam sesuatu pergerakan. Macam ranting kayu yang bergerak-gerak. Eh, tapi kenapa aktif sangat ni? Coobaannnn..
Cuba tengok benda tersembunyi..Cak!

Sekali nampak mambang la.. ni ha..hamek kau. siap nganga mulut lagi.Nak lagi gambar? ha hamek kau!

Panjang rupanya kau..


So, aku expect khadeeja dah selalu jumpa makhluk Allah ni sebab glasshouse dia ni dah ala-ala hutan rambo dah aku tengokkan. Cuba kau teka, apa aku cakap nak suruh minah arab ni keluar lari ke kereta dengan selamat?

Sambil tarik nafas..

"Khadeeja, i think we have to get out of here and get someone to accompany us here.." Ketakutan.
"No..no..no..(apa kau ingat ni lagu black eye peas ke? no no no...dont funk with my heart..??) it will go back..syuhh syuhh" tangan halau-halau ular tu. Kau syuh -syuh kan ular tu ye??

Oii ular tu bukan reti bahasa oiii..ohhooooooohoii! kalau dah mata bertentang mata...hati di dalam bagai nak gileeee..heyy! Eh lari topik ni.

"No khadeeja, now!" Aku grab tangan dia lalu kami berlari berpimpinan tangan. Zass masuk kereta. Gila kau. ular tu kalau nak kejar kami boleh je takdak hal. Sebab apa? sebab dia stress nak keluar dari glasshouse tu tak dapat-dapat.

So, alhamdulillah dah selamat dalam kereta. So aku tanya la dia kan..

"so, you saw many snakes before here in the glasshouse?"

"No..no..no... this is my first time also!" Muka ada senyum. Cibs la. Kau pun baru first time ye? pastu ko main syuh syuuh kan ular tu ye? PANDAI!!!





Tuesday, December 6, 2011

Broccoli broccolo soup for the soul

Broccoli soup by Chef Gordon Ramsay




I browse on the internet and found how to make broccoli soup. It is easy peasy and yet, tasty. Even my daughter loves it so much!

Recipe:

1 clove of broccoli, make sure it is green and fresh,cut into pieces and not to small.
A pinch of salt.
Mozzarella cheese (as this come later and optional for those who wants to diet, can ignore this)

How to:
Boil broccoli until it is smooth. Take and toss it aside. Spare the boiled water.
Blend the broccoli with the spared water. (not too much because you dont want your soup to be diluted-apakah bahasa seperti biotech sekarang?)
Sprinkle some salt and pepper.
Blend like no body care.
Pour into a bowl and sprinkle some grated mozzarella cheese.

And tadaa.. delicious broccoli soup for the soul is ready to eat!




Monday, December 5, 2011

Laki Aku Yang Kelakar Dalam Diam.

Laki aku adalah seorang yang pendiam walaupun seorang yang kelakar sebenarnya. Kejadian semalam, berhampiran tol UPM. Waktu tu malam, gelap jugak la sebelum nak sampai tol tu. Dari kejauhan kami nampak beberapa ekor binatang berlari-lari tepi jalan. mula-mula kami gabra la kan, masa tu dah pukul dua lebih, dari belakang nampak macam ba-alip-ba-ya, tapi besar tak logik kot. 

Rupa-rupanya lembu. Berlari tepi jalan. Agak laju jugak la diorang berlari. Macam kuda pun ada aku tengok. Hati aku dah gabra. Kot-kot dorang terlepas ke highway nanti, takut la berlaku accident kan? Aku pun pandang laki aku:

"eiii risaunya, nanti lembu-lembu ni terlepas ke highway, then eksiden macam mana? kesian orang yang guna highway ni..ni kena buat aduan ni.." Ada gaya macam aduan rakyat pun ni. Aduhainye pun.

Sambil tengah tahan gelak dia kata " Ehehe..karang berderet je dorang nak bayar tol ni karang" 

"ish dia ni, orang tengah risau ni, patutnya kita kena report pada tol guy jap lagi ni" aku kata. 

Sambil buka tingkap untuk bayar tol, badan laki aku dah gigil-gigil tahan gelak. Dah bayar tol, tutup tingkap, dia kata "tu la, abang nak je report tadi kat budak tol tu"

"Dahtu kenapa tak report?" aku kata. Concern ni, concern.

"Abang nak report, kang jap lagi lembu-lembu tu lalu, jangan kau mintak dorang bayar tol gak, kesian lembu-lembu tu, ekekekekekekekek" Dia gelak tak hengat. Sampai keluar la air mata dia.

Aku: menyirap. Tapi rasa nak gelak pun ada jugak. Arghh benci bila dalam keadaan macam ni. (emo tarik rambut)

Mee Rebus Udang

Never think i would have made this.




SEDAP, at least my husband said.
Rasa nak buat lagi.
Tapi tak boleh,
Tapi nanti takut hilang skil?
Takpe nanti buat la lagi.
Ok..
Resepi tak ingat sebab aku main letak je.



Wednesday, November 30, 2011

#2 Wordless Wednesday: ok ni dah gila gambar.

YOU! Watch out! my eyes on you. Dua jari ke mata kemudian ke depan

COWgurl with stained clothes on.

Mummy loves you. SO MUCH, you know that? More than i love myself!

#1 Wordless Wednesday

Taylor Swift pun tak boleh blah tau tak?!

Thursday, November 24, 2011

Lega

Hari mandom kedua continues..selepas samalam, kejadian bodoh yang sama aku ulangi. Aku memang bodoh. Buat eprkara bodoh berulang kali. Ye aku benci diri sendiri.

Hati ni dah jadi keras sebenarnya. Mungkin menangis boleh redakan hati tapi tak boleh. air mata dah tak nak keluar. Hati dah jadi degil. Tetap.

Tapi dengan satu SMS je, macam air paip dia keluar. Ok terus lega. Terus boleh yakin solat ini diterima Allah, InsyaAllah.

Lega..

Wednesday, November 23, 2011

Mandom lagi

Hari ni mandom. Semandom cuaca kat sini.

Aku sedih dan tak bermotivasi. Aku takde semangat nak pergi kerja. Aku tak nak kerja. Aku nak duduk rumah. Tapi aku nak duit. HA apa kejadahnya tu? nak rompak bank apa? Nak kena panah petir?TAKNAK!. So kena gak pergi kerja.


Aku tak puas hati dengan gaji yang aku dapat. Seriously. Im a master holder, but degree paid. Sindrom ni datang sekali sekala so takpela kan aku ngarut kat sini. Peduli apa aku, ni kan blog aku. bukan blog bapak kau. kan?

Tengok persekitaran sebenarnya yang buat aku rasa sindrom ni. Yang terima gaji master, tapi tak produce2 lagi paper, tak pernah bentangkan paper kat conference, tak set up makmal, balik awal, ngulau. Ini dah jadi budaya. So bila aku nak kerja dengan straight, and i have done that, rasa ta puas hati kat situ akan ada. Kau faham tak? Kau buat kerja, kerja kerja, tapi kau dibayar sikit berbanding rakan sekerja lain.

Penipu besarla kalau korang tak rasa macam ni kalau kat tempat aku kan?

So sekarang ni aku nak cari motivasi untuk diri sendiri. Aku nak kerja dengan jujur. Tapi buat dua tiga hari ni biar aku bergelumang dengan sindrom ni sebelum aku tewaskan dia, ok?

Bial tension macam ni mulala semangat nak membakar kek tu datang.

Kita bakor kita bakor!

Tuesday, November 22, 2011

Takde mood? Mari!

Okay. aku takde mood. mari gembirakan hati?


Semalam aku pergi kedai, nak beli spageti, tuna, untuk makan malam nak buat Aglio e olio spagetti.Bunyi macam hebat kan spagetti tu, padahal spagetti lada itam dengan tuna je. ok. Dalam kedai tu aku berselisih dengan dua perempuan indon, sorang tengah dukung anak. Sebelum aku dekat dengan dorang, aku dengar dorang cakap indon yang pekat. Tapi bila aku dah dekat, yang dukung anak tadi kata

"KEENAPEEEE NIIII" dengan bunyi ee tu di tekankan.

Apakah yang cuba dibuktikan dengan kehadiran aku kat situ? kau cuba nak camorflage yang kau orang Malaysia ke? hahaha. Ikut kau la minah indon oii..

Yang penting, MALAYSIA MENANG BOLA SEMALAM.

Sakit jantung aku tengok bola semalam. dari minit pertama aku tengok, masuk second half aku dah kat dapur, bancuh kek sebab nak lari daripada tekanan. Semalam aku bakar SOURED CREAM MADEIRA CAKE. Korang leh google resepi dia. Aku buat kek tu sebab :
1) Nak lari daripada tekanan tengok bola. (ceh padahal lepas masuk oven aku tercongok tahan nafas tengok bola kan?)
2) Buttermilk yang mahal tak munasabah harga dia dan unsalted butter ada lagi berbaki dalam peti ais. tak buat kang membazir.

Gambar aku tak tepek kat sini sebab frosting dia hancur. Tapi sedap kawan aku kata.

Cakap pasal bola. I know it is just a game. Pada aku Malaysia menang awal dah sebelum penalti. Yela sebab tekanan yang indon bagi giler! naik barracuda, takde padang nak trainning, otw kena ganggu. Aku memang respect kat players sebab mental kuat (kecuali si Fakri tu).

So TAHNIAH MALAYSIA!! You deserve it! *bergenang air mata masa dorang nyanyi lagu negaraku semalam. Yeah i know i am mellow patriotically minded*

Thursday, November 17, 2011

Latest on aiyris zarra

Via instagram ;)

Budak busuk

Cubaan untuk menakutkan mummy dia. most of the time, jadi!

My blog is open for public yeay! yeay la sangat.

Hai Blog. Sorry la wa dah lama tak update lu. Wa ingat lu sudah mampos (amacam ada macam abang long tak?)

Ok.. Untuk pengetahuan semua, aku dah open to public balik blog ni yeay! sebab ada follower tanya kenapa macam dah lama tak aktif dah ke blog ni?

So, since im open this to public, anyone of you can read it, made assumption out of it, buat cerita tak betul, sebar fitnah dan sama waktu dengannya, erm silalah. Bertambah pahala aku. kan?

So pagi ni bermula dengan agak baik sebenarnya. Bangun pagi solat subuh masak mee hon singapore untuk semua, mandi siap-siap pergi office tengok-tengok jam dah dekat kul 8! 8 dah? maka si mummy ni angkut anak dia masuk dalam kereta dan zassssssss pecut kereta sampai dalam pukul 8.02 alamak dah lambat dah ni. Kat parking lot jugak,aku keluarkan iphone, nak tunggu wifi lab dah amek masa seminit, nak buka sistem punch online seminit, tunggu dia loading lagi, mak aii aku dah menggelupur kat dalam kereta dengan anak aku lagi menggelupur nak keluar. dia ingat aku nak bawak dia bermain la-la-la-la- la kan kat dalam lab tu? takde maknenya sayangoii, lab tu bahaya. Then dah dapat punch ha amek ko 8.05 poeii eh. hampes kelapa! lambat dah dua hari ni.

Ok lepas punch aku boleh bernafas lega kemudian waaaaaaaaaaaa!! aiyris menangis. ok ok mummy gelabah. korang nak tau apa yang dia nak? nak drive! nak duduk kat lap aku and pegang stering and drive mummy drive! oklah, kejap je tau. Kejap? dah nak sampai kat post guard dia nak pegang stereng.

Last-last aku rasuah dia dengan DVD Smurff. Terus duduk pakai seat belt lagi. hahaha.

Jiwa sebenarnya tengah kacau ni. Mostly on my career path. Dengan meroyan rindu anak time bekerja lagi.
Korang jangan cakap banyak nanti wa sengat sama lu!

Wednesday, September 21, 2011

Aku SLOW

Sama ada aku mengalami sindrom slow atau aku memang naive aku pun tak tahu. Tapi kebanyakan kalinya aku di laserkan depan orang ramai aku akan senyap je tanpa sebarang reply or feed back. Balik rumah baru la terfikir oooo si polan tu kata aku cenggini cenggini..

Kejadian ni berlaku jumaat dua minggu lepas. Bos aku ni suka buat keja last minit, so bengkel perasmian projek 10 juta dia nak buat pas raya la jugaaaakkkk... Tak nyempat2. Dah tu dia assign kami kuli dia yang tiga orang ni kesana sini.

Bos aku ni jarang involvekan aku kerja berkaitan admin. Aku tunggu la jugak kan bila dia nak suruh aku buat. Tapi dia ni asyik suruh si H dan si Z ni. Si H ni hangen orangnya and tak confirm lagi jawatan dia. Dia pun sorang2 nya r. O yang tak ada master. So dia hangen dalam baaanyak benda.

Pas event tu kami duduk kat meja makan ada la dekat 10 orang bebudak ofis lagi. So si H ni menyuarakan ketidak puasan hati dia kat depan2 orang semua.

Si H: aku angen betul la dengan prof ni bla bla bla ...

Semua krang simpati la kot dia je yang kena marah. Temasuk aku lurus bendul ni.

Si H: tengok mcm aku ni tak confirn keja lagi, keja kemain banyak tapi tak nak plak dia sahkan jawatan aku! Dia kata aku tak ada lagi. Tapi si azrin ( sambil tangan tunjuk kat aku) pon tak de publication lagi masa tu.. Kenapa dia boleh confirm??!! Aku tak boleh?? Adil ke!!

Masa ni aku senyap terkedu kejung mcm kayu. Aku bengang. Kalau ikutkan hati aku leh je confront dia pas bebila kan tapi aku fikir balik tak guna cakap dengan orang emosi macam ni. Mcm kau curah air ke daun keladi. Lagipun aku kan nak keja lama kat situ.

Tapi tula sampai skang aku takleh terima lagi apa dia kata. Apa kaitan aku dengan situasi dia??

Sebenarnya bos kata kat aku yang budak ni takde master, dapat pulak director baru yang hampeh lagi la susah nak confirm kan mamat ni. Tu je.

Suh buat master tak nak! Bengang je aku ni kan. Tu tak kira bengang aku gaji yang sama dengan budak degree kan?? Tapi ada aku blame kau tak bodo? Takde kan??

Shall la!!
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, August 24, 2011

Sebab aku tak anta reseach report, aku kena kat fb. Makan dalam siot!

Arwah mak pernah dan selalu berpesan pada aku. Jaga lidah supaya apa yang keluar dari mulut kita ni tak akan mengguris perasaan orang. Kalau terguris perasaan orang maka berdosalah kita. Nauzubillah.

In return, i always being smacked or slashed or whatever u named it by the words of other around me. Sometimes i pretend that i dont understand or did not just hear it.

I wonder why they behaved like that. Aku tak pernah pun kacau hidup orang. Ni tak pasal pasal aku je selalu jadi mangsa keadaan. Kenapa eh? Kenapa makin aku jaga hati orang, orang makin itu jugaklah berani- berani nak lukakan hati aku dengan perkataan2 setajam pisau tu.

Seriously. You all are damn annoying and i bet you did not even know that you are annoying because you are just too busy on counting what mistakes that i have done and ignoring yours.

Ah blah ar. Kau nak aku jadi jahat? Kau nak aku show my true colors to you? U dont want it trust me!

Nak tahu apa jadi refer pada fb orang yang bernama a£|#@h Im@ . Depan aku kemain kata lembut baik dalam fb kata macam nak ugut bunuh aku siott!

just because aku tak anta lagi research report kat dia. Ramai lagi yang tak hantar tapi kau dah menyalak macam anjing menyalak bukit. Spesifik kat aku plak tu. Bangang ar.

Nasib baik aku dah raya. Ni yang emo ni. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, August 22, 2011

Hujan

Petang tu hujan lebat melanda kawasan kampung Tiram. Bagi pelajar tingkatan dua sekolah menengah kebangsaan Tiram, pelajaran diteruskan walau sekali sekala cikgu rosnah yang masih belum berkahwin itu terpaksa berhenti mengajar kerana takutkan guruh, dan sementelah iu jugalah murid- muridnya tergelak melihat gelagat cikgu muda itu dan salah seorang daripadanya Aisya humaira.

"haa kamu gelakkan cikgu yee!! Siap kamu semua " nada cikgu Rosnah di akhiri dengan hilai tawanya sendiri.

Aisya tersenyum dan melemparkan pandangannya keluar. Haish. Macammana aku nak balik rumah nanti ni. Bukannya aku ada bapa yang boleh datang menjemputku naik kereta. Ah, redah saja!

Bapa Aisya tidak tinggal bersama dengan mereka lagi sejak dia berkahwin lain. Sejak itu, mak sajalah yang bekerja keras membesarkan anak-anak. Aisya menyalahkan bapanya atas semua yang terjadi. Biasalah, anak yang dibesarkan tanpa bapa kan "rebel"? Getus Aisya. Tapi se"rebel" mana pun dia, dia tetap menghormati mak. Dia kasihan melihat mak. Pagi petang bekerja sebagai ustazah, malam pula bersengkang mata menggentel karipap untuk dijual secara "underground" kepada para pelajar. Karipap mak selalu habis. Murah dan sedap kata para pelajarnya. Kalau dibandingkan dengan karipaa di kantin, jauh bezanya. Itulah mak, pemurah sangat. Entah unung atau tak berniaga macam tu, getus hati kecil Aisya lagi.

Kriiinngggggggggg!!!!!!!!!!!!!!! Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Maka bertebaranlah para pelajar meninggalkan kelas termasuklah Aisya. Tapi langkahnya ke kantin sekolah. Matanya tak jemu melihat seorang demi seorang rakannya pulang menaiki kereta ayah masing- masing. Ada yang naik mercedes, bmw, wira, kancil pun ada.

Tak mengapa, lepas hujan turun karang, aku balik lah. Walau sedikit kerisauan bergalau di hati, kerana kawan Tiram itu adalah kawasan hitam. Di kawasan belakang bukit berhampiram sekolahnya, pernah ada kejadian rogol dan bunuh seorang pelajar perempuan dua tahun lepas.

Takpe, tawakkalalallah! Bisik hati Aisya.

Sedar tak sedar jam hampir menunjukkan pukul 7 petang. Hanya tinggal dia dan makcik kantin yang bersiap untuk pulang. Dan hujan masih tak menunjukkan tanda ingin reda.

Dari kejauhan dia melihat seseorang berpayung besar berjalan dalam kehujanan. Dan Aisya semacam kenal akan payung itu. Eh, macam mak,! Tapi betulke? Mak Aisya tak pernah datang menjemputnya dari sekolah walaupun waktu sekolah rendah dulu. Prinsip mak, biar anak mak berdikari, dan mak juga ada lagi anak kecil yang perlu dijaga.

Ya, mak yang datang menjemput Aisya! Air mata Aisya bergenang. Dia terharu sangat. Kasihan mak! Mak sanggup meredah hujan untuk menjemput aku pulang! Mak! Aisya sayang mak! Jerit hati Aisya. Sebab Aisya takut hilang "macho" kalau dia ucapkan pada mak.

" mak! Kenapa mak datang juagk jemput cah?! Kan hujan ni!" Aisya cepat-cepat pergi ke arah emaknya.

"mak taknak anak mak balik basah, nanti demam pulak, mak yang susah nanti" mak menyeka air hujan yang jatuh kat pipi Aisya.

"dah, jom balik" mak pimpin tangan Aisya. Dan mereka anak beranak pulang dalam kehujanan. Hujan yang penuh rahmah dari Allah.

"mak, cah sayangggg mak" Aisya tersenyum memandang mak. Dia tak kisah kalau egonya jatuh ke kerak bumi sekalipun untuk dia ucapkan sayang pada mak.

"mak pun sayang cah juga"

Air mata mengalir jua :( BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, August 21, 2011

Things that i wants

Petang td pergila beli jugak baju kurung aiyris kat nilai. As all know, im so cheapskate so the best price that i got was rm 35 for her baju kurung ngehehehehe. Apa menjadahnya beli baju kurung budak kecik cinonet yang mahal2? Hehe

Nak beli barang ni yang dah lama ngidam sebenarnya, the wish list goes to:
1) bedak compact MAC or bobby brown. Dapat pakai sekali pon jadila
2) mesin jahit. Supaya boleh jahit baju kurung sendiri dan aiyris


Tu je kot? Hahaha kekonon wishlist padahal 2 benda je.



Tengah tengok stanza cinta ni. Apa la amni ni taknak kat aaron aziz tu? Kesian dia. Pulak tu ustaz taufiq tu ke nak dikahwinkan dengan budak pas spm tu kan?

Cer citer BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, August 20, 2011

Testing blogging from iphone

Okay. Testing testing one two three.

Raya dah nak dekat. Tapi entah kenapa aku langsung tak bernafsu nak sambut raya atau prepare untuk raya ni. Baju kurung aiyris pon takde lagi.

Dah dua kali tak berjaya upload gambar budak kecik ni. Takpe. Cuba lagi. Gunakan kaedah cuba jaya.

Apakah cerita singh is the king ni penuh dengan kebodohan yang melantun2 ?? Aku taknak g shopping and aku taknak tgk tv citer bodoh ni and apa aku nak buat sebenarnya ni??

Adoila adoila. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, August 11, 2011

Iran:Conclusion dah. takde masa nak buat part2 3 bagai

Salam..

Bukan niat di hati tak nak update blog, tapi setiap kali nak upload gambar, mesti tak berjaya. Semacam ada setan kat dalam p.c ni.

So, sebab dah basi, saya nak bagi konklusi sajalah (dahla tu, takda gambar pulak), hehe:

  • Kat Iran kat tetepi jalan dia baaaanyak dorang tanam rose, macam pokok bunga kertas la kat msia ni, tapi, pavement kedai kotor, mcm takde simen
  • Orang-orang dia, fulamak, canti-cantik, jenis yang dagu terbelah mcm siti nurhalize tu, hidung terpatuk, putih2..jarang aku nampak pompuan dia yang gemuk, tapi pakaian dorang tetap sopan la. Salute!
  • Cheese kat sana murah, dorang kata. tapi aku rasa bagi kita, mahal gak kot. Kat sini cheese tu ibarat belacan la. Pagi petang siang malam dorang makan cheese.
  • Cara pemanduan dorang adalah sangat teruk. ruthless. dangerous. sakit jiwa and jantung aku naik teksi dorang. pulak tu keta sume jenis lama plak. mau tak tercabut tayar keta dorang tu. Bumper main langgar je, trafik light takde sangat, kalau ada pon dorang main redah je. Orang yang jalan kaki pon dah macam berluma dengan org yang bawak kereta. kira dorang ni mmg tak takut keta la.peh! Sampai aku heran kenapa takde pemandu F1 daripada negara Iran ni. Peh!!

So, overall Iran ni cantik, tapi next time kaalu pergi, better go with pakej.




Friday, June 24, 2011

PART I:Tehran IRAN, 11 june 2011-19 June 2011



Dah hampir seminggu aku meninggalkan bumi IRAN. So, aku akan share kepada uols, my personal journal. Jangan memain, ni journal asli aku tulis kat sana lagi tau. Exclusive dari orang yang homesick ngengada macam aku untuk korang. So, enjoy!
11 June 2011
KLIA Kuala Lumpur – Suvarnabumi Airport, Bangkok, Thailand
Perjalanan daripada rumah ditemani akak dan ateh sekeluarga. Sampai-sampai kat sana nak check in, ingatkan economy kelas, rupanya diorang suruh pergi register kat business class. Hehe apa lagi naik tokcang la aku ke sana.
Part paling sedih bila tinggalkan aiyris, aku buat-buat macho je. Yela tak pernah kot tinggalkan dia. Ni pulak nak tinggalkan dia 6 hari. Sedih.
Bila dah cek imigresen sume, terus g boarding. Tengok ada ramai tourist nak ke sana. Ada jumpa group orang cina, tapi cakap indon. Pelik aku tengok hehe.
Dah naik kapal terbang, memula steward tu kata tempat aku kat belakang, aku pon kebelakang la..sekali Tanya steward yang satu lagi, dia kata kat depan. Cis. Dahla sempit. Dia siap Tanya, siapa belikan tiket, orang lain eh? Aku pon jawab aah, memang orang lain pon yang belikan tiket ni.
So layanan memang tip top abes kalau business class. Stewardess dia sangat cantik. Memula dia bagi jus, pastu tuala lap muka pastu menu nak makan apa. Makanan dia ok la, Pastu dia bagi ais krin haagen daaz hahahaha.
Tapi apala erti semua tu bila jauh dengan aiyris. Memang tak selera langsung nak makan.

Suvarnabumi airport, Bangkok Thailand- Imam Khomeini Airport, Tehran, Iran
Sebelum touch down, stewardess tu bagi CIP fast Track untuk imigressen check. Sebab business class la konon. Terjumpa sorang indo ni dia stop aku.nak Tanya macam mana isi borang departure arrival tu sebab mungkin dia tengok aku bertudung kot.
Pas selesai tolong dia, aku pon Tanya-tanya kat mana nak pergi ni, tapi aku relax je sebab dalam airport ni ada masa dalam lebih kurang 4 jam. Imgresen kat Bangkok sangat kerek ok bila tengok aku pakai tudung.
So, lepak-lepak je la sementara nak boarding. Ada sorang vietnam ni kawen dengan orang amstredam. Dia tanya aku nak g mana, aku pon kata la nak g Iran.One of my concern adalah aku risau sebab tag bag aku kata Mershad-Tehran. Bila Tanya orang Iran. Mershad tu adalah untuk penerbangan domestic je dan terletak sangat jauh daripada IKA.Tawakal Alallah..sesampai je kat sana pukul 1 a.m, tunggu kejap kat imigresen. Orang tu kata, dia nak simpan dulu aku punya passport. Ada ke patot. Last2 aku tahan sorang stewardess IRAN AIR then suruh dia translate. Kejap 5 minit amek finger print, and the off I go. Senang je, kan? Yang kau nak tahan passport aku tu buat apa?
So, turun-turun je escalator aku nampak sorang minah iran ni lambai kat aku. Dan alhamdullillah nampak beg aku sebab mangga hijau yang aku beli tu terpancar dari jauh. Syukur sangat, urusan aku dipermudahkan Allah.
IKA to Azad Islamic University, Poonak, Hesarak.
Budak yang escort aku tu nama dia Tahmine. As in Tah-Mi-Ney. Sebab susah sangat nak ingat nama dia, aku pun tanya la nickname dia, dia jawab orang lain panggil dia TNT. ahahaha macam bom, kan?
Tahmine. Watak utama gak dia ni. Dia sendiri mengaku yang dia Islam hanya pada I.C je, and she admitted that she did not believe anymore in their kitab (aku tak tahu kitab apa sebab diorang ni shiah). Dan yang pelik lagi, she practise yoga and believe strongly in Chakcra Energy bla-bla macam niniey ahmad tu.

Ni lah TNT.
Kau tau tak pemandu kat IRAN ni semua gila? Dahla bawak 140-150 km/j kat jalan biasa, pulak tu bumper pulak selamba kodok dia je redah. Boleh tak bayangkan perasaan aku macam mana masa tu? Gila, memang gila.
So, sampai kat guest house tu pukul 4 a.m, Guesthouse tu terletak betul2 atas gunung. Sejuk ya amat! aku macam, eh, tempat dia bukan padangg pasir ke? No, i am totally WRONG! TETTTTTT!!!
Sampai-sampai terus bom!! tidurla, bukan kena bom. hehe..

bersambung. (sebab lambat ya ampun nak upload gambar ni. nak edit, malas+tak reti kan?)


Thursday, June 23, 2011

Part III: My birthday

So they noticed it haha. kelakar. comel je kan. hehe. Terima kasih pada kawan-kawan yang ingat dan sedar birthday saya, wishes semua tu. terima kasih banyak2. Allah bless you. Yang tak wish tu takpe. tak amek hati pon. semua busy dengan life masing2. understood.

hey kenapa kau sound so sad like you wanna all the attention?dem you myself. hahaha

Anyway, nanti-nanti la saya (tetiba pulak saya kan) menulis tentang Tehran. kena ambil mood, kena upload gambar and kena relax.

So i wonder what is my hubby plan for my birthday. ha, speaking of which, teringat zaman dulu2 bercinta. haha david cook ipoh datang ampang buat surprise! hahaha kelakar2. yang si yong, yan and lin ima kemain lagi pekena kan aku. oo ada ubi ada bas. alah, tu kisah dulu, nak ingat balik? dah lama la..

Dah petang ni. nak balik. owh hari ni korang ingat aku tak buat keje eh? update blog je? buatla, claim sume document tu. hey, give this birthday gurl some slack lah!

;)

Part II: Of my birthday

Sekarang jam 3.05 p.m, sorang pun budak opis aku tak wish birthday. nampaknya diorang tak tau hehe. it is ok for me, sebab most of the time when people do wish me to my face, i do not know how to reply. maybe just thanks. most of it, speechless. because i just hate birthday.

And just as i type this, ada sorang opis mate wish aku pas dia buka fb dia, thanks kak anna, sebab wish.hehe, siap wish dalam bahasa iran lagi. hehe. BTW, she is pregnant with her second baby. congrates kak anna, very productive! alhamdulillah.

Ramai orang tanya aku, bila lagi. adoi, rilek ar, aiyris belum puas manja maa dengan aku. KEsian dia nanti. Takpe, nanti ada rezeki adalah, korang yang lebih rezeki, takpe, carry on dulu. ok? wish you all the best ;)

Disebabkan terkesan dengan blogger greenapple tu yang pergi arianni, aku pon pergi la tadi . ada sale 40%. wow. aku tak paham still, harga dia mahal. aku ingat tudung aku paling mahal pon rm25 je kot. Oh, im so cheapskate!

till then, nak buat kerja dulu. ;)

Part I: My birthday 23 June

Ok, ada part lak kali ni. saje je boring.

ok, Most of the time, aku tak suka birthday. Birthday bagi aku adalah cuma penambahan 1 angka kepada umur aku setiap tahun, maka bermaksud juga, aku adalah semakin tua. berusia. matang. tambah wrinkle.

u named it.

Dan juga aku adalah jenis manusia yang jarang sekali celebrate birthday. let alone having the party and such.

Paling aku ingat sepanjang hidup aku ada satu celebration waktu kecik. sekali je. tu arwah paklong aku belikan kek, masa tu darjah tiga. Eh, silap2 ada dua harijadi yang aku sambut. satu lagi masa umur enam tahun tadika.


Punya la perangai buruk waktu tadika tu, aku jemput semua bebudak tadika kelas aku. ada sorang tu duduk lorong depan umah aku, tapi dia kira tak glamor la masa tu. FYI, aku adalah glamor ok dulu masa tadika? SO bila dia datang berlenggang tak bawak hadiah, sedangkan semua orang lain bawa hadiah, aku jerit dari pintu umah aku kat dia (masa tu dia tengah berjalan ke rumah aku)

"Orang yang tak bawak hadiah tak boleh masuk!!!" BURUK KAN ?BURUK KAN PERANGAI AKU DULU??

So budak tu patah balik rumah dia, tak jadi datang pon birthday aku.

Sampai sekarang aku menyesal buat macam tu kat dia. siyes.

Thursday, June 9, 2011

Aku..

Aku lapar, semak, tensi, risau,berdebar, tak tau apa-apa, masakla aku.
Apa yang aku agak dah jadi kenyataan.
Aku la yang akan jadi pleanary speaker tu. Demm betul la! hangen ok?Aku adalah novice, mana leh jadi pleanary speaker? Tak menepahkan tiket maut ke aku ke tu?

Tuesday, June 7, 2011

Nora Elena

Aku rasa ramai kat Malaysia ni yang dah terkesan dengan drama Nora Elena.

Dan, ada aku baca kat fb, surat terbuka kepada TV3 tu, hahahaha lawak abes.

Memang pon, memang tak patot betul cerita macam tu. Ada ke dalam dunia realiti kita lelaki sebaik Seth Tan tu? Muka dah la handsme, cakap pun meleleh-leleh je meruntun jiwa kan? mana ada? Setiap masa baik beno la pulak..Tapi betul beb, aku pernah jumpa si Aaron Aziz ni kat CIMB masa bujang dulu, (tah nape masa tu aku tak minat dia langsung ..ooo maybe dia banyak berlakon cerita Yusof Haslam menyebabkan aku skeptikal sikit dengan dia ni)..memang dia handsome macam dalam tv tu dan wangi. Aku rasa satu CIMB tu bau dia je kot. Ha... jangan lak ada tanggapan negatif plak, ko expect aku nak hirup oksigen dari mana plak masa tu??

Pastu si Nora Elena tu aku rasaada konflik dalaman. Ye la, ko mula-mula budak kampung yang pakai tudung pon kan. okla fine, ko memang lawa, tapi mana datang muka mix ko tu kalau asal dari kampung mersing? Penerbit dia kot ye pon carila yang muka ala-ala jawa sikit kan?

Solat tak tinggal, tapi pakai skirt pendek. Pastu ko leh marah and expect laki ko yang baru masuk islam tu solat penuh 5 waktu?

Pastu nak ngadap bungaaaaaa je. Tak dapat bunga majuk..eii kang aku kang...

Speaking tak lekang..kemain lagi..adoila..tak logik-tak logik..

Novel Melayu kat MAlaysia ni pon satu..tolongla tulis cerita yang realiti sket?tak boleh ke?Apa salahnya kalau heroin tu gemok itam and hero tu kurus miskin?Pelbagaikanla jalan cerita..ni tak..

buat sakit hati je baca/tengok. tak real langsung.



slides aku tak siap lagi

Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~Slide power point aku tak siap lagi lalalalala~~~~

yee..begitulah ye kawan2, bila terlalu bersahabat dengan procrastination, maka anda akan jadi hang seperti saya.

Otak: padan muka kau norazrin, skang apa sume tak ready. ooo kau hapdet belog ye?ada pulak masa kau kan?

aku: relax la, aku memang macam ni

Otak: aku nak tengok..aku nak tengok macam mana ko present nanti..ko ingat senang ye?kau tak tau kau bakal-an kena bom nanti.

aku: errr..ketar lutut.

Otak :padan muka kau sekali lagi!

aku:huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, June 6, 2011

Presentation

About a week more, i will be off to Tehran, presenting my paper in biosafety and genetic congress.

Lucky me, i have 2 Iranian friends, not so close, but just friends. And they seems to be a helping hand when i need a favor. Which came to my regrets, that i once neglected the friendship back in the lab.

Morale of the story: appreciates all people around you because you never know who you will be asking for help one day..

So i have a hella works to do. My biggest concern is my presentation. Just now i mention that my Iranian friend is so much in helping hands? yes, at first she asked whether im the only Malaysian speaker, and she even mentioned to me that she called the organizers there (happened to be her friend) and the person told her that one well repute speaker are gonna be there. You get that? i mean, im so confuse and here the conversion:


please dear Allah, im not that eminent speaker, right? im just a novice and a rookie and i ..i...i............

wanna scream.

arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, May 31, 2011

Jom solat !!

Google is my bestest friend in terms of seeking information, entertainment and knowledge.
So, when playing arounfd with mr Google, i found this.

Tadaaa!!


http://www.scribd.com/doc/2964305/Maksud-Bacaan-Di-dalam-Solat

rupa-rupanya, it turns out that bacaan dalam solat and the surah is so beautiful to be in mind. Patutla ulama kata, solat itu akan menjauhi kemungkaran.

Sebelum ni aku ada paham sikit-sikit je bacaan dalam solat, rukuk,sujud ..

Yang paling best aku rasa doa Qunut. Subhanallah..

Iman itu indah. solat pun nikmat. Tapi aku dapat kekadang je. bila dapat sekali tu, masayaAllah, solat 30 rakaat pon aku sanggup..

Ya Allah, jangan lah kau bolak balikkan hatiku ini setelah hidayah telah kau berikan Ya Allah..

Aminn..

P.S: cita-cita nak solat di awal waktu. try buat . pelan2 kayuh hehe. jom solat!

Thursday, May 12, 2011

Alahai..

Dah agak dah, blog template ni mesti huduh. And aku takde masa nak touch up-just nak tulis je boleh?

Aku belikan adik aku motor LC. Dah dia nak sangat, tapi dengan syarat, dia kena disiplin bayar tetiap bulan.

Korang tau kan adik aku OKU cacat pendengaran, tapi dia mcm orang normal jugak.
Aku bukan nak sangat duit dia, tapi tetiap bulan aku kena gak disiplinkan dia bayar balik duit motor tu kat aku. Aku pikir2, nanti dia nak kawen, nak beli umah keta sendiri kan, dia kena tahu la nak handle payment macam mana.

Tapi aku sedih dowwhh semalam.

Sebenarnya dah dekat seminggu dia dapat gaji tapi dia tak bank in kan duit motor tu. Aku pon semalam bulatkan hati (nak disiplin nya pasal, bukan aku nak duit tu, apa ke heynye yob) minta dia bayar..

dia reply "ok, esok saya bank in kan pada awak ok?"

Tup-tup pagi ni dah masuk dah duit tu..

Aku macam ..alahai, dahla gaji dia ciput, kena lak bayar motor ni dah dekat 50% gaji dia..

Tapi kan, kalau aku tak wat mcm tu, nanti dia tak tahu erti tanggungjawab bayar hutang kan.?



Betul tak?

Friday, April 1, 2011

im so sorry aiyris..

Mummy minta maaf aiyris..

Dah tiga malam aiyris tak nak tidur malam. Sampai pukul 2 pagi pun masih mahu main-main lagi. Mummy nak tidur pun tak boleh.

And dah tiga hari mummy lambat pergi kerja and tak cukup tidur.

Mummy minta maaf sebab mummy termarahkan aiyris malam semalam.

Im so sorry...

Mummy tetap sayang aiyris. Pagi tadi mummy minta maaf dah dengan aiyris masa aiyris tidur lagi..

Sedihnya mummy takde banyak masa dengan aiyris kan.

Wednesday, March 23, 2011

shoohh!!

tajuk fb aku jap tadi :
wey. boringla.nape boring ni datang ha. g men jejauh. shoohh!!
so, tengok perkataan shoohh tu membuatkan aku terpikir satu kisah dulu.

Dulu masa awal master aku dok umah sewa kat bangi. rumah kampung la. depan umah lak port orang buang sampah, boleh?hangen je masa dok situ dulu. so dok dengan kakak-kakak ni. semua tak suka kucing kecuali aku.

Nak dijadikan cerita, ada sekor kucing ni. comel giler. bulu panjang kelabu mata warna biru. tapi comot la. sebab depan umah kan port sampah.

Bila depan kakak-kakak ni, aku akan cakap kat kucing tu shoohh!! shoohh!! . kakak-kakak tu tak suka kucing terbiar. tah kenapa aku pon tak tau. comel apa kucing?kan?

Lagi pulak kucing kan binatang kesayangan nabi?

tapi bila kakak-kakak tu takde, aku amek kucing tu bawak masuk umah, mandikan, keringkan dia then bagi makan.

lat-lat dua tiga hari nanti datang balik , comot aku shooh la. pastu kakak tu takde aku ameeeek balik..

sampaila kucing tu dah tak datang-datang lagi rumah.

ada orang amek la tu..

shooh!!

Wednesday, March 9, 2011

Kekelakaran suami aku

Suami aku memang seorang yang suka isi borang. apa-apa borang la. dia memang suka. Sume borang takde masalah bagi dia, celah gigi je katanye, except when the form is in english. haha.

Kejadian ni berlaku semalam,

Pali: Rin, kalau isteri dalam bahasa inggeris apa?
Aku: Wife la. takpun spouse.

PAstu aku tengok dia leka menaip (isi borang la)
Tetiba dia tergelak.

Aku: nape?
Pali: Abg tertulis WYRE (instead of Wife)

Gelak guling2 la dia. Ekenet, tau la engineer electric. Takkan Wife ni nak ditukarkan jadi WYRE?

CIS!

Sunday, March 6, 2011

eshole

what do you do when you meet an asshole in your life?

Monday, February 28, 2011

Gembira

Sebenarnya kita kena bersyukur untuk menghargai kehidupan yang kita ada sekarang ni.

Cuba tengok apa yang ada di sekeliling kita.

Kita ada badan yang diberikan Allah, sebenarnya cukup sempurna buat kita.
Kita ada keluarga yang bersama kita, waktu susah atau duka. Kalau tak ada pun, kasih sayang Allah jelas, bukan?
Kita ada kerjaya yang kita perlu hargai, yang kita perlu ingat, ramai lagi yang menganggur kat luar sana.
Allah beri rezeki kepada kita, cukup makan, pakai minum.

Jadi, hidup ini amat indah kalau nak diikutkan. Dan difikirkan dalam2.

Jadi, aku berserah kepaa Allah, kalau ada rezeki aku, adalah.

AMIN..

aKU GEMBIRA DENGAN KEHIDUPAN AKU SEKARANG. KAU?

Tuesday, February 22, 2011

cool la beb, chill.

aku bakal kena tembak hidup-hidup hari jumaat ni.

tak percaya?

Betulla, aku ada presentation hari jumaat ni. Director aku dah siap dengan M16 dia, yang lenlain, senapang patah je aku rasa. Takpela, aku redha.

aku leh g workshop proteomics lagi ni ha, tiga hari, hambek ko, cool tak cool aku kan?biasa la aku, dah nak terberak kang, baru nak gali lubang. panic last minute.

slide dah nak siap, cuma tunggu gambar gel je.takpe, rilek2. (lutut terketaq2, dada berombak badai dah ni)

aku nak cite (ce cite ce cite) kisah hari ni kat workshop tadi, hoi, ni bukan workshop kereta, tapi kursuslah. pasal proteomics.

Aku ingat benda alah ni senang and achievable, tapi hamek ko, dah attend kursus baru tau, how tedious that damn business are!

even ko nak open the plastic from the strip pon aku dah terketaq2. nape?

maybe sebab benda tu mahal.

kot.

then, aku dok meja depan sekali, so aku tanya la kat Dr. phelim namanye,

"Dr., have you ever heard about pi dimensional 2D electrophoresis?" aku tanya slow je, bukan kuat pon suara aku. masa ni sume orang sibuk wat keja masing2. Dr. tu macam kejung jap. Kerut-kerut dahi dia aku tengok. dah la chubby comel macam teddy bear, kulit putih merah jambu macam...

"err,...i havent heard about it, err kayin, do you happen to know bla..bla..bla...." kayin ni sales person dia, yang aku hangen gak dengan dia ni, sebab aku dah tunggu seminggu dah nak justification dari company dia ni untuk aku masukkan dalam paperwork aku untuk beli alat tu. harga alat ni boleh beli mini cooper S sebijik cash!

Kayin ni pon gelabah la kan dah aku yang bukak topik ni, as if aku promote barang orang lain lak kat sini kan? aku pun tetiba terkulat2 kejung kat situ. masa ni sume orang dah pandang aku. damn.

"eksyelii arr..our brand is betta for youu..bla..bla..bla..." tetiba muka dia makin lama makin macam nak marah aku lak . eh apahal mamat ni kan. dah la aku confuse dengan gender ko. eh apasal ni?

"i waited for your justifications almost a week now kayin.." aku jawab. merah padam la kan muka mamat ni. haha. beb, aku bukan nak gertak ko, rilek ar. ni pun taktentu la aku dapat nak beli benda alah ni kan, entah terima ke tak paperwork aku ni.

"i will give it to you asap.bla..bla..bla..."mamat ni kata, start gelabah balik. hehe


tahu takot.

Friday, February 18, 2011

I need to focus, dammit!

I am really tense.

I have a presentation on my project next friday, open access from the Director to lecturers to student to workers. DAMN!

And i have the slides ONLY 30% prepared. Instead, i go all worries and end up facebooking.

How can i be focus?













Nothing waste more energy than worrying!

Monday, February 14, 2011

Lemon Chocolateyyy Cake

Lemon Chocolateyyy Cake

Ingredients.

1) 125 gm butter (buttercup or SCS butter preffered)
2) 2 cups of fine sugar
3) 4 eggs
4) a pinch of salt
5) 4 tablespoon of lemon juice
6) 1 teaspoon of vanilla essence
7)2 cups of self-raising flour

Toppings:

For the topping i just use Nutella chocolate. (HEmm very lazy to prepare it myself)

Instructions:

1) Beat the butter and sugar until it mix well and fluffy (until the color turns from golden to whitish). Dont over beat it.

2) Put eggs one by one and continue beating

3) Put salts, lemon juice and vanilla essence into the mixture and beat again

4) Add the flour bit by bit while mix it untill it mix well.

5) put in the oven and bake it at about 45 minutes- one hour with medium heat.


chill down the cake before you do the frosting. You can add anything under the sun to deco it.

Have fun people (i know)

Friday, February 11, 2011

tak best

Hari yang tak best:

1)Paper aku kena reject. Tapi bila tanya orang yang berpengalaman, dorang kata tu semuanya normal. Takpe, ada banyak lagi yang boleh aku send. Titik.

2)E-claim UPM yang mcm haram. Dekat 3 kali aku anta. dahla sekali anta kena tunggu 2 minggu. BABUUUUUUUNNNNN!!!!

3) aku tak pernah kena ni tapi kena kat tempat tu.

huwaaarghhh bertukar menjadi HULK!!!!!! hijauuuuuuuu

Monday, February 7, 2011

Dah!

Hati aku selalu cair disebabkan Aiyriszarra.
Selalu tersenyum dengan keletah dia.

Kejadian baru-baru ni.

Aiyris suka sangat main air, main air di sini bermaksud, bila dia minum air konon-konon dahaga sangat tengok dari gaya dia menyedut air tu kan ke ko tak sampai hati nak stop kan dia? pastu dia bukan telan air tu, dia biarkan air tu keluar dari mulut dia. Yela, maybe salah aku gak sebab aku gak yang ajar dia ludah balik bila kumur gosok gigi.

So, nak dijadikan cerita, aku dah tak tahan tengok dia main air habis basah baju dia kan. So, pas ganti baju dia, aku pun cakap dengan dia sambil jari telunjuk aku menegaskan bahawa:

"Ha, aiyris, minum je, jangan main air tau?"

Ok la pastu aku bagi dia minum.

Dia minum. GUlp.Gulp.Gulp.

"Ahhhhh ....Dah!" Aiyris cakap sambil jari telunjuk tiru apa aku buat tadi.

Pecah perut aku. hahaha tak jadi nak marah.

Wakakaka.



Tuesday, February 1, 2011

Sesuatu untuk diinsafi..


Gambar kredit kepada Ugik wajo?ntah aku pon tak kenal.

Tengok betul-betul gambar ni.

Air mata aku nak mengalir, tapi ku tahankan jebat sebab ada opis mate. Gambar ni diambil di makassar, indonesia.

Aku tak kira la kalau indonesia dengan Malaysia macam tak ngam sekarang kan. Tapi INI, harus dibantu.

Gambar ni instantly buat aku insaf. Aku rasa bersyukur sangat. Aku sayang anak aku. Sayang sangat.

Imagine kalau baby tu baby korang, macam mana.

Subhanallah, kenapa menebal sungguh naluri ibu ni bila dah ada anak?Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa aku dan peliharakanlah anak ini, dan zuriat kami ..Aminnn

Friday, January 7, 2011

Menderma!

Bila pagi , bukak paper, baca mesti selalu ada kisah sedih.

Kisah sedih tu selalu buat aku takde mood sampai petang. Macam tadi aku terbaca mangsa sula kat kulaijaya memerlukan bantuan kewangan. Kesian budak tu. skang dia dah remaja la. tapi usus dan pundi kencing dia rosak. Masa dia kena sula (akibat nafsu songsang si manusia betopengkan setan ni) tu umur dia baru 12 tahun.

Aku selalu terfikir, kalau la aku jutawan ke billionaire ke, aku nak tolong semua orang yang bernasib macam ni. (dengan harapan impian jadi kenyataanla konon bila tulis entry ni dalam blog ajaib ni). DAN, kenapa semua orang kaya kat Malaysia ni boleh setiap hari baca paper and ignore nasib orang macam ni?

Ada duit, joli katak lupa diri.

Tapi tak semua orang kaya macam tu kan?

Dan, aku terfikir gak, kita tak berada di tempat si Kaya. Juga tak berada di tempat si Miskin.

Kalay kita orang kaya, perasaan kedekut tu mungkin ada sebab, "eh, aku susah2 cari duit". KAN?

yela, kita yang ada duit sikit sekarang ni pun susah nak berderma. Katalah duit dalam akaun kau ada rm500 sampai cukup bulan ni ha, ko mesti simpan untuk belanja seharian keluarga ko dulu betul tak?

Tapi apa la salahnya kalau hulur rm 10-20 hengget untuk ringankan beban. itu kalau seorang. kalau 1/3 from 27 juta orang derma?

1/3 X 27000000 = 8999999.1 orang X 10 hengget = 89999991 Hengget tu beb! Boleh tolong semua orang susah dalam Malaysia ni.

itu baru 1/3rd population..okk?

Okla, aku nak menderma. wakaka.

HAAAA!!!! nape la dia tak letak no akaun???? Peper ni pun baghal jugak!


HAiiiiiiiiiishhhhhhhh.......................

Thursday, January 6, 2011

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM....

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM....

Saya dengan ini ingin menghantar scientific journal saya yang kesekian kalinya. Harap di publishkan!


Kalau kena reject ke, atau accept ke, saya redha..

Aminnnn

Wednesday, January 5, 2011

SERIOUS READER ONLY

I NEED A BREAK! A BLUE SKY HOLIDAY!

Tuesday, January 4, 2011

B.a.b.u.n.j.a.n.t.a.n.

Tadi ada seekor babun telah menerjah bilik aku.Tak ketuk tak apa.

Babun jantan.

Yang berlagak.

Dengar citer, babun ni sambung PHD kat tempat aku ni, tapi tak abes2 master dia lagi.

Cilakabladihelhaktuih!

Kan dah kena sumpah.Free je aku bagi.Kan?

Taula konak cari orang, takleh ketuk dulu ke pintu bilik ni? Kang aku ketuk kepala kau kang, nak?!

Dialog hati

Hati aku: Ko tau ke kau ni sapa kat diorang?

Aku: ntah. tak tau.

Hati aku: Ko bukan lalat ke pada pandangan mata diorang?

Aku: Tak baik buruk sangka wey...!

Hati aku: Yela, ko dengar sendiri kan masa tu?aku pon dengar!

Aku: oh, ye.. aah. kita dengar kan..

Hati aku: Tau takpe..emm..tu, yang kisah dulu2 tu? ko tak ingat? ke ko buat2 lupa?

Aku: Dahla. malas ar nak ingat, buat aku down je..

Hati aku: Sebab tu la dia taknak ajar kau menjahit, kau tu LALAT. L.A.L.A.T! dia nak ajar nak saudara kesayangan dia aje. ko dahla lalat, kuat melawan lak tu. mana orang suka?

Aku: bodoh ar ko. aku dah kata, aku taknak berperasangka buruk lagi. Sapa sebelah ko tu, setan eh?

Hati Aku: Pesal ko nak marah aku lak? aku kan bagitau kebenaran je?why? because u cant handle the truth, right?!

Aku:...............................................................