Google+ Followers

Thursday, November 17, 2011

My blog is open for public yeay! yeay la sangat.

Hai Blog. Sorry la wa dah lama tak update lu. Wa ingat lu sudah mampos (amacam ada macam abang long tak?)

Ok.. Untuk pengetahuan semua, aku dah open to public balik blog ni yeay! sebab ada follower tanya kenapa macam dah lama tak aktif dah ke blog ni?

So, since im open this to public, anyone of you can read it, made assumption out of it, buat cerita tak betul, sebar fitnah dan sama waktu dengannya, erm silalah. Bertambah pahala aku. kan?

So pagi ni bermula dengan agak baik sebenarnya. Bangun pagi solat subuh masak mee hon singapore untuk semua, mandi siap-siap pergi office tengok-tengok jam dah dekat kul 8! 8 dah? maka si mummy ni angkut anak dia masuk dalam kereta dan zassssssss pecut kereta sampai dalam pukul 8.02 alamak dah lambat dah ni. Kat parking lot jugak,aku keluarkan iphone, nak tunggu wifi lab dah amek masa seminit, nak buka sistem punch online seminit, tunggu dia loading lagi, mak aii aku dah menggelupur kat dalam kereta dengan anak aku lagi menggelupur nak keluar. dia ingat aku nak bawak dia bermain la-la-la-la- la kan kat dalam lab tu? takde maknenya sayangoii, lab tu bahaya. Then dah dapat punch ha amek ko 8.05 poeii eh. hampes kelapa! lambat dah dua hari ni.

Ok lepas punch aku boleh bernafas lega kemudian waaaaaaaaaaaa!! aiyris menangis. ok ok mummy gelabah. korang nak tau apa yang dia nak? nak drive! nak duduk kat lap aku and pegang stering and drive mummy drive! oklah, kejap je tau. Kejap? dah nak sampai kat post guard dia nak pegang stereng.

Last-last aku rasuah dia dengan DVD Smurff. Terus duduk pakai seat belt lagi. hahaha.

Jiwa sebenarnya tengah kacau ni. Mostly on my career path. Dengan meroyan rindu anak time bekerja lagi.
Korang jangan cakap banyak nanti wa sengat sama lu!