Google+ Followers

Monday, December 5, 2011

Laki Aku Yang Kelakar Dalam Diam.

Laki aku adalah seorang yang pendiam walaupun seorang yang kelakar sebenarnya. Kejadian semalam, berhampiran tol UPM. Waktu tu malam, gelap jugak la sebelum nak sampai tol tu. Dari kejauhan kami nampak beberapa ekor binatang berlari-lari tepi jalan. mula-mula kami gabra la kan, masa tu dah pukul dua lebih, dari belakang nampak macam ba-alip-ba-ya, tapi besar tak logik kot. 

Rupa-rupanya lembu. Berlari tepi jalan. Agak laju jugak la diorang berlari. Macam kuda pun ada aku tengok. Hati aku dah gabra. Kot-kot dorang terlepas ke highway nanti, takut la berlaku accident kan? Aku pun pandang laki aku:

"eiii risaunya, nanti lembu-lembu ni terlepas ke highway, then eksiden macam mana? kesian orang yang guna highway ni..ni kena buat aduan ni.." Ada gaya macam aduan rakyat pun ni. Aduhainye pun.

Sambil tengah tahan gelak dia kata " Ehehe..karang berderet je dorang nak bayar tol ni karang" 

"ish dia ni, orang tengah risau ni, patutnya kita kena report pada tol guy jap lagi ni" aku kata. 

Sambil buka tingkap untuk bayar tol, badan laki aku dah gigil-gigil tahan gelak. Dah bayar tol, tutup tingkap, dia kata "tu la, abang nak je report tadi kat budak tol tu"

"Dahtu kenapa tak report?" aku kata. Concern ni, concern.

"Abang nak report, kang jap lagi lembu-lembu tu lalu, jangan kau mintak dorang bayar tol gak, kesian lembu-lembu tu, ekekekekekekekek" Dia gelak tak hengat. Sampai keluar la air mata dia.

Aku: menyirap. Tapi rasa nak gelak pun ada jugak. Arghh benci bila dalam keadaan macam ni. (emo tarik rambut)