Google+ Followers

Wednesday, November 19, 2008

I am married and back on track!woohoo!!!

Macam tajuk entry di atas, saya might sound a liilllll bit crazily happy. Kan? Guess what, yes I am.
Being married to the person who you do not really know if he is "The One" for you i guess it was not as bad as i thought it would be. Kawan saya kata mungkin sebelum kawen ada banyak syaitan yang merasuk and nak gagalkan perkahwinan sebab dengan itu mudah untuk berdosa. Yela, dating pun kira dosa gak sebenarnya. But no ones perfect kan?

So, this time i will not tell you about how was my wedding yet. Sebab nak ingat balik the sequence of events that had happened that day. Plus have to upload the pics. Takes a looooonnng time and moods.

FYI, i really hate papers. Not only papers but heaps of papers. Skang ni saya kena semak 5 subjek, and all the nonesense essays are just waiting to crack my head up.Benci! and lotssssssss of hatred!To those papers i mean. ;)

Tuesday, November 4, 2008

Hadiah Terbaik Buat Kami.


Kerana tiada gambar lain yang update, saya letak gambar lama..

Kepada kawan-kawan yang mengenali kami, hadiah terbaik yang dipohon adalah doa semoga Allah memberkati perkahwinan yang bakal kami jalani sehingga akhirat, Dikurnia zuriat yang soleh dan solehah, diberkati umur dan rezeki dari ALLAH yang Maha Besar dan Agung, dilindungi Allah daripada gangguan syaitan yang direjam, dijauhi daripada azab api neraka dan diberkati Allah dunia dan akhirat..

Aminnn...

Our wedding on 09112008
@
Dewan MPAJ Taman Tasik Tambahan,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan..

Those who know me, u are all invited ;)

Urusan perkahwinan

Sekarang adalah waktu yang memenatkan dalam hidup saya. Urusan perkahwinan memang melecehkan. I must be honest with this, if only i could have opt to be married in a simple way in front of few people i know and small makan2 thing. But regardless what i say, i still "should" be like this. Semalam baru sahaja jahit (dengan tangan, ok?) kain cover stor and it ended up at 2 a.m. Orang kata bakal pengantin kena rehat2, kan? Bukan saya.Enuf said.

Saya sangat tertekan dengan campur tangan beberapa pihak yang kadangkala merimaskan kepala otak saya. Contohnya bilik pengantin saya. Saya dah menetapkan warnanya sepatutnya putih all over, but, my aunts said, hey, why dont you put this and that and yada yada..? (yada-yada means put whats left from their sons last ceremony of which all the material were collided with entahapa2 punya color) And i was so tertekan.

Huwa... kenapa you all just do not let me decide???? This is my wedding kan?

Sebagai seorang perempuan leceh yang dikenali oleh beberapa kaum terdekat, saya amat cerewet berkenaan beberapa benda sahaja (bukan semua). Contohnya warna, benang yang berjuntai2 dari baju, kain (menyebabkan saya tidak tahan untuk mengguntingnya), susunan buku dan etc. Ohhh dan juga sebutan bahasa (pronounciation) kerana saya pernah membetulkan sebutan Dean saya o.k? (entah apa yang merasuk saya ketika itu. hahaha mungkin pernah diketawa oleh keluarga sebab tersalah sebut perkataan Ramlah Ram yang saya sebut Ram Ram Ram masa kecik2 dulu membuatkan saya berlatih dengan kamus utnuk membetulkan sebutan)

Ok, patah balik pada persiapan. Mujur ada kawan-kawan yang prihatin. Thanks to Mint for sewing my alas dulang, lin and her mum, yong, ina and ima and the gang siapkan my hantaran, yang lain hanya tahu cakap dan cakap dan merisaukan saya tanpa menghulurkan sebarang pertolongan dan menyebabkan saya sungguh bosan. Dan penat.

Bilik pengantin harus dipasang wall paper. Bila akak nak buat??

Make up. Saya juga agak bengang dengan kedai pengantin yang seakan malas nak layan permintaan saya untuk perkahwinan ni. Saya bayar, bukan free kan? What if i turn out to be disastrous monster ever after make up?

Tension. Need to get these things outtt!!

I know..above all these efforts to prepare my ugly rotten house to be better for my wedding, there would still be people who will look down on me and the wedding. To tell you the truth, i am not the kinda person who will give a damn to what people think. Your thoughts could not even bring me down. Cuma saya sangat cerewet demi kepuasan diri sendiri sahaja. Saya tahu, tak mungkin saya akan dapat perkahwinan dalam taman dan barang-barang hantaran yang branded2 mcm Gucci, LV and etc tapi pada saya apa yang penting? (tiba2 dalam emosi ni teringat cerita Wonder Pets pulak quotes: Apa yang penting?? kerjasama!") adalah kebahagiaan untuk saya hidup bersama-sama orang yang saya sayang dan cinta dan dia juga menyayangi saya seadanya.

O.k, Sekarang saya bersedia nak kahwin! (fuh lega after let it out of my chest!)






Monday, November 3, 2008

Hati yang sakit

Ada lagi lebih kurang seminggu untuk hari yang bahagia. Dan saya tidak pasti dan gusar kalau ia menjadi bahagia atau sebaliknya. Mudah-mudahan yang berbahagia la hendaknya..

Persiapan semuanya Alhamdulillah
Ada lagi yang tak siap. But im cool. Too cool?

Sebenarnya perasaan berkecamuk sekarang ni. Macam-macam yang nak difikirkan.

Minggu lepas ada berita yang mengejutkan lagi. Cuma di sini tak perlulah saya nyatakan. Cukup kalau saya katakan yang saya amat bersimpati pada dia. Salah seorang sahabat karib saya. Semoga dia tabah. Saya tidak tahu apakah saya boleh menjadi setabah dia atau tidak jika saya berada di tempatnya.

Hati saya mungkin sakit teruk..