Google+ Followers

Thursday, December 15, 2011

Ular lidi

Cerita di Rice glass house. Minah Arab nama dia Khadeeja. dia punya glasshouse. Aku takde glasshouse sebab kerja aku kat lab je.

So sedang asyik kami mengambil sampel, aku ternampak macam sesuatu pergerakan. Macam ranting kayu yang bergerak-gerak. Eh, tapi kenapa aktif sangat ni? Coobaannnn..
Cuba tengok benda tersembunyi..Cak!

Sekali nampak mambang la.. ni ha..hamek kau. siap nganga mulut lagi.Nak lagi gambar? ha hamek kau!

Panjang rupanya kau..


So, aku expect khadeeja dah selalu jumpa makhluk Allah ni sebab glasshouse dia ni dah ala-ala hutan rambo dah aku tengokkan. Cuba kau teka, apa aku cakap nak suruh minah arab ni keluar lari ke kereta dengan selamat?

Sambil tarik nafas..

"Khadeeja, i think we have to get out of here and get someone to accompany us here.." Ketakutan.
"No..no..no..(apa kau ingat ni lagu black eye peas ke? no no no...dont funk with my heart..??) it will go back..syuhh syuhh" tangan halau-halau ular tu. Kau syuh -syuh kan ular tu ye??

Oii ular tu bukan reti bahasa oiii..ohhooooooohoii! kalau dah mata bertentang mata...hati di dalam bagai nak gileeee..heyy! Eh lari topik ni.

"No khadeeja, now!" Aku grab tangan dia lalu kami berlari berpimpinan tangan. Zass masuk kereta. Gila kau. ular tu kalau nak kejar kami boleh je takdak hal. Sebab apa? sebab dia stress nak keluar dari glasshouse tu tak dapat-dapat.

So, alhamdulillah dah selamat dalam kereta. So aku tanya la dia kan..

"so, you saw many snakes before here in the glasshouse?"

"No..no..no... this is my first time also!" Muka ada senyum. Cibs la. Kau pun baru first time ye? pastu ko main syuh syuuh kan ular tu ye? PANDAI!!!





No comments: