Google+ Followers

Wednesday, February 18, 2009

Urusan Laghaku, Desperate housewives

Feeling not so good, cough and thick phlegm in my chest and severe sore throat and full class to attend. I feel i wanna run away. Or dont wanna get up from my bed each and every morning. i mean, why i MUST go to work? I dont even get rich pun, kan?

So, each and every morning i wake up and keep telling myself that i have to do my responsibility and what not. Husband is always the dedicated ones. Each and every morning he will wake me up to go to work. And living as a working wife, i have not yet feel myself turning every house chores sufficiently enough. Poor hubby, and lucky me that he do understand. House chores, emm, i like to cook, but hate to sweep the floor or do anything regarding dust since i was 12 years old, due to the fact i am dust allergic and asthma.

So, my all time favorite tv series which is DESPERATE HOUSEWIFE is back to the rescue of my boring life! YAHOOOO!!! I always fancy this series and my eyes can hardly blink at the time! i am so fascinated by this tv series.

After 5 years (according to the series), what surprises me most is Gaby (which played by eva longoria). She was the "queen" of the stories i think, with the jewelries, fancy car, designer clothes and shoes and MONEY. But now with two kids in her hands right now, she went nuts and messy. Poor Gaby. Bak kata dia, There is only one time in women's life that she will feel beautiful and sexy before it turn out to be ugly, fat and have no time to go to facial and gym..



And i dont wanna end up like her, i mean, having kids is still in the fun zone but getting yourself extra pounds and untidy?

Poor Gaby, berubahla kepada ini cepat Gaby Oiiiiii....





Saya sungguh terkesan dengan D.H, mind me for these.


Monday, February 16, 2009

May kokoro Rest In Peace

Setelah dua hari berturut-turut memanggil kucing saya untuk pulang ke rumah, pada suatu petang jiran saya (er yang agak senyap itu) menegur,

" Er, lin, kucing ko mati kena langgar ke?"

Berderau darah saya ketika itu.Mop yang dipegang di tangan pun hampir jatuh menimpa kaki.

"Bila?"

Oh, adakah saya, selaku seorang tuan kepada seekor kucing tidak mengetahui akan kematian itu?Maka dia bercerita, bahawa kucing saya dilanggar di depan rumah saya dan orang yang melanggarnya itu mungkin telah membungkus bangkai kucing saya dan membuang bukti jenayah yang telah dilakukan supaya saya, tuannya tidak tahu.

Alangkah bedebah dan tidak bertanggungjawabnya manusia itu? Sekurang-kurangnya minta lah maaf kepada saya atau paling tidak pun jangan biarkan saya mencari-cari tanpa kelibat haiwan itu!

Geram dan marah. Sedih juga. Wah, seusai berborak dengan jiran itu (terima kasih sebab beritahu), saya masuk ke dalam rumah dan menangis semahu-mahunya. Natijahnya saya demam dan semput sehingga hari ini. Saya sedih kerana kehilangan teman yang rapat dengan saya. Jika anda tidak mempunyai institusi keluarga yang lengkap seperti saya dahulu, kucing memang menjadi pilihan untuk meluahkan perasaan. Ya, mereka mungkin tak boleh bercakap, tapi kokoro saya seakan boleh mengerti apa yang saya luahkan.

Masih terlihat-lihat lagi aksi manja kokoro. Pasir kumbahannya dan makanannya pun berbaki lagi.

Saya rasa geram. Seakan mahu mencari siapakah yang tidak bertanggungjawab memandu laju dalam kawasan perumahan murah seperti kawasan perumahan saya dan melanggar kucing saya?

Saya macam mahu memberi surat layang kepada seluruh taman dan mahu mereka mengaku dan bertanggungjawab.

Tapi itu tidak logik kan? Selain membuang duit setem saya sahaja. Manalah mereka mahu mengaku, bukankah?



Wednesday, February 11, 2009

Kokoro saya hilang....

I feel so empty. Since my cat, Kokoro (in Japanese= My heart) went MIA. Last night me and hubby went all out to search for him but came to no avail. And here i am so down and missing him. He is one of the most fine cat i ever had after Popot, (which was again, being kidnapped by people).



Bukan gambar sebenar (gambar sebenar belum upload dari handphone)

He came to me last Ramadan and ever since we became attached. Kokoro is cute and decent too not like other cats. When i reached home, he will wait for me at in front of our house (er, nak minta makan sebenarnya tu).

He never leave my side (Except when he wanna poops or pee).

He never poops in the house.



Juga bukan gambar sebenar(sekadar membuatkan anda geram je)

He has clean fur (not like other cats). In facts, my handphone has too many pictures of him.



Geram lah lagi...

I doubt that someone has stoled my Kokoro. Mungkin pencuri itu telah mencuri dan membawanya lari dengan kereta?

Ataukah dia sesat jalan pulang? Makan kah dia? tidur dimanakah dia?
Wah, hati saya risau pada yang tak sepatutnya..


Lagi bukan gambar sebenar..

Pesan saya kepada pencuri kucing saya:

Pulangkanlah kucing saya itu, Kamu tak tahu bagaimana mahu menjaganya seperti saya. Kamu tak tahu bahawa dia tidak tidur di mana-mana sahaja kecuali atas katil, atas kerusi berspan atau di atas timbunan kain yang baru dibasuh sahaja. Dia juga kuat makan, lebih-lebih lagi nasi berlaukkan ikan bilis tumbuk. Makanan dalam tin atau biskut kucing dia hanya layan sekali sekala sahaja sebab dia cepat jemu. Dia juga suka mandi, mesti kamu tidak tahu fakta itu dengan beranggapan bahawa semua kucing takutkan air kan? Dia juga memang mengada-ngada terlampau sebab sebelum tidur kamu kena bercakap-cakap dengannya dan memanjakannya. Jangan herdik dia, jangan marah dia. Sebab di sebalik sifatnya yang kuat makan itu, dia juga pandai menangkap tikus, cicak (eyek) dan lipas dengan cekap. Jangan terkejut kalau dia pandai buka tingkap dan keluar dari tingkap rumah anda. Dia juga kucing yang akan menyelamatkan anda dari hanyut subuh sebab selalunya dia pagi-pagi lagi akan mengiauw untuk bangunkan tuannya dari subuh. Oh ye, dia juga akan tidur lebih nyenyak dalam bilik yang berhawa dingin. Dia boleh tidur dari pagi sampai malam kalau buka "air cond".
Itu je.
Ohh, please take care of him kalau anda mahu mencurinya buat selama-lamanya dari saya..



Rupa kokoro lebih kurang inilah (tengok, saya terlalu rindukan dia sampai saya google untuk cari dia!)

Tuesday, February 10, 2009

Cara macam mana nak pilih SAHABAT..

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah
sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,


pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,


pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,


pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,


pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,


sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Friday, February 6, 2009

Today..

Hari ini:

  1. Saya pakai baju kurung warna hijau yang baru dan tudung putih. Wahh macam penyokong setia PAS pulak. huhu
  2. Hampir-hampir nak accident (bak kata kak hanim, ekshiden). 2 times. OK. Syukur Alhamdulillah. ALLAh masih selamatkan saya daripada membayar ganti rugi sebab cium bontot kereta orang. I mean, i was not intended to follow the front car too close but they suddenly stopped for stupid reason of changing lanes of which the next lane was nevertheless the same just like the previous one! S.T.U.P.I.D!
  3. Di pagi hari sangat produktif menyusun fail dan di petang ini sungguh malas lalu berblog.
  4. 6 hb Februari 2009. Hah? baru 6hb ke? lambat lagi for the next pay check!
  5. Berkomplot dengan my gurls to hang out malam ini. (Errr macam tak sedar ke kau dah kawen ha?)
  6. Read online newspaper and can not help myself to hate the politic.
  7. Begin to promise myself to cut down on "teh ais" and drink lots of water and vegetables and fruits.
  8. Friday, yeayyyy (melompat kegembiraan) BUT i will be facing traffic jam later on (emot ;( )
  9. Terjumpa Rita Rudaini dan suaminya di kedai makan nasi ayam di Sri Damansara. Oh, saya suka dia (ya, marilah benci kepada diri saya ini).
  10. Membaca blog kawan-kawan yang saya suka.
Itu je. Boring kan? memang pon. I need changes!

Thursday, February 5, 2009

Happy Friendship day Girls..

Semalam lebih kurang pukul 12 lebih dan saya telah terpejam mata (tidurlah, bukan pengsan), saya mendapat sms daripada seorang sahabat saya (kami satu klik, ngehngehngeh) iaitu Marlina Manaf, Sekarang penyampai berita di Awani Astro (bangga kejap dengan kawan saya yang ni) berbunyi

"Happy Friendship Day Girls"

Owhhh how sweet is that?

Saya amat-amat bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang setia hampir 14 tahun (exept yong yang kami dah rapat sejak darjah lima). Tiba-tiba teringat bagaimana terkumpulnya kami ini. Kawan-kawan saya adalah Yong, Imah, Lin, Yan dan Ina. Semuanya bermula dari tingkatan 2 rasanya. Kitaorang dalam tingkatan 2a2. Semuanya perempuan. Heaven gila masa tu. Masa P.J selamba je tukar baju dalam kelas (pintu of course la tutup kan? Gila kau kalau nak buka). Pastu pergi solat kat surau sama-sama and kadang-kadang untuk skip kelas yang bosan gila (jahat kan kitorang?). SO, naik form 3, masing-masing berpindah kelas.

Tapi saya dan Ina (Marlinawatie Binti Manaf atau Marlina Hairy?) still lock up together sebab kitorang kena pergi tuition di K.l (bukan kasturi yang bongek tu). Masa ni best sebab first time berkawan dengan budak-budak sekolah K.L macam CBN, MGS, Victorians la and etc. Diorang sume lawa-lawa and muka pon macam mix. But instead, very friendly and bukanla sombong tak tentu arah. So, bila kelas weekdays, terus pergi dari sekolah dan kekalkan tudung. Of course la zaman ni zaman jahiliah saya, bila kelas on weekend, tudung saya melayang, so sampai satu turning point, seorang budak MGS ni tegur saya dalam kelas (kami memang baik la , rugi tak minta nombor telefon, tengok sekarang dah lost contact)

"min, tudung mana?" AWUCHHH. MAKAN DALAM!. So lepas tu saya terus pakai tudung bila nak ke kelas tuition.

So, nak cerita semuanya memang la panjang kan? Saya nak jump into the my friends.




Yang belakang tu lah Yong. Depan ni menyebok je.

Yong: Saya kenal dia masa kami darjah lima lagi. Zaman dimana kami ber-P.J sama-sama kadang-kadang takde cikgu P.J sampai pukul 10? pakai baju kurung tapi seluar je sukan. Main Saidina bila cikgu malas nak ajar, main nyanyi-nyanyi macam dalam program "Asia Bagus" yang siap ada juri untuk judgekan, hahaha, beremosi main kuiz "Alam dan Manusia" antara kumpulan lelaki dan perempuan lah, kena berdiri kat luar jika tak hafal sifir atau kena cubit sama-sama dengan cikgu Baei pon dengan dialah..hahaha zaman budak-budak ni. Mana nak kisah kan? Kadang-kadang pergi and balik sekolah jalan kaki je dengan yong. So sampai sekarang, dia memang kawan yang cool. hehehe. Semua masalah dia dengar, dengan diala tempat kami bermanja dan mengadu? hehehehe.



Ima, Semasa di Pangkor. Cover la tu.

Ima: Kenal dia masa form 2. Budak barulah katakan. Tudung dia pon pakai Nerd je. haha Dorky.Tapi masa ni dia memang pandai maths. Memang patut pun sekarang dia jadi banker. Kagum la jugak dengan dia ni. naik form 4-5, wah saham dia melonjak tinggi. Saya dan rakan-rakan lain terkuak ketepi.hahaha.Ima, kalau kau baca ni ingat tak maniac di suatu masa dulu di kaki Gunung Nuang? Ko jangan buat-buat hilang ingatan pulak eh...




Yang belakang tu lah lin, sorry lin, gambar ko belakang, sebab aku tak de gambar lain.

Lin: Nama sebenar dia Rabiatul Azlin. Satu kelas dengan saya masa form 2 dan 3. dia memang kuat study. Ingat lagi masa duduk sebelah dia, saya selalu tidur disebalik buku sejarah tingkatan 3 kan tebal? tulisan dia saya selalu nak tiru tapi tak jadi. Cantik. Dan dia memang dream chaser sehingga hari ini. Kagum!Mata dia juga besar dan selalu berjaya menceritakan apa-apa.



Yan buat-buat comel konon.hehehe. jangan mare yan..

Yan: Perempuan ini has a class of her own. Satu kelas dengan dia waktu form2, 4 and 5. Saham dia tinggi sepanjang tahun rasanya. Sama saham dengan Marlina. hahaha.Dia dan saya pengawas yang saya rasa taklah pengawas sangat. Kami pernah bersama-sama menyusup keluar sekolah untuk pulang ke rumah saya mengambil kertas mahjong (presentation) yang tertinggal. huhu. dan dia pernah menjadi "pengawas" sementara saya dan ima letak tepung dalam beg budak lelaki 2A1 masa rehat. hahahahaha (gelak jahat).



Ina yang bertudung hitam.hehehe.

Ina: Marlina Manaf. Sekarang saya rasa, dia je yang paling berjaya dan gembira dengan kerjaya dia. Good job and bet good salary too. Dia juga yang mula-mula memecahkan traidisi meninggalkan alam bujang dan berkahwin dahulu..muka cantik dan unik (yela, se mek ni oghe qlate) sebab tu saham dia tinggi sepanjang tahun. hehehe. Sama-sama pergi tuition dan berebut bas dengan orang indon. Saya ingat lagi bila ada orang indon tu pandang dia dan tetiba dengan beraninya saya sound mamat indon tu, "apa pandang2?" wahh berani kan saya? Dan kami juga pernah bersama-sama menarik rambut minah indon yang mengerbang dan berbau, eyaks? (sorry la, sape suruh ko tak syampoo dan kat rambut kan?)

Jadi, itulah kenangan yang sempat saya ingat sebelum saya hilang ingatan (now, i am full of craps). So, sesiapa yang nak menambahkan ingatan saya, silalah..



Wednesday, February 4, 2009

Originality comes out clean baby..

I don't feel like blogging nor talking nor whatever. I just wanna keep my mouth shut.

Wahhh!!! Can be trusted meh??

No. I like to talk. Much lately.

And to think.

And to observe.

And to conclude.

One of my friend and me had the same dream of items that we could not tell in here. But suddenly all the dreams was grabbed by someone who think of better than anyone else.

It does not even matter to me frankly speaking. I could channel my appreciation and attention to a whole lot other matters that waaaaaayyyy to much important to me and my family and thus to the one that i care. I mean really care.

But, as i grew older with my experiences and my lonely time,(not because i am a loner..ohh maybe i was a loner last time but not now, urgghhh i really hate to admit that) i can concluded that someone like that, like to steal some one else's idea or dreams or imagination or whatever, can be either intimidated or just do not want to be left alone. You see, people do not want to be left alone and thus makes they do what anyone else do. Like you copy and paste exactly some certain things. (even it can be called stealing). Even you are so not into it previously. and condemn people about it. And eventually you becoming one.

Okay, i kinda emo in here. maybe because of the hormonal imbalance in my body (why girls always blame the hormone?)