Google+ Followers

Thursday, May 12, 2011

Alahai..

Dah agak dah, blog template ni mesti huduh. And aku takde masa nak touch up-just nak tulis je boleh?

Aku belikan adik aku motor LC. Dah dia nak sangat, tapi dengan syarat, dia kena disiplin bayar tetiap bulan.

Korang tau kan adik aku OKU cacat pendengaran, tapi dia mcm orang normal jugak.
Aku bukan nak sangat duit dia, tapi tetiap bulan aku kena gak disiplinkan dia bayar balik duit motor tu kat aku. Aku pikir2, nanti dia nak kawen, nak beli umah keta sendiri kan, dia kena tahu la nak handle payment macam mana.

Tapi aku sedih dowwhh semalam.

Sebenarnya dah dekat seminggu dia dapat gaji tapi dia tak bank in kan duit motor tu. Aku pon semalam bulatkan hati (nak disiplin nya pasal, bukan aku nak duit tu, apa ke heynye yob) minta dia bayar..

dia reply "ok, esok saya bank in kan pada awak ok?"

Tup-tup pagi ni dah masuk dah duit tu..

Aku macam ..alahai, dahla gaji dia ciput, kena lak bayar motor ni dah dekat 50% gaji dia..

Tapi kan, kalau aku tak wat mcm tu, nanti dia tak tahu erti tanggungjawab bayar hutang kan.?



Betul tak?

No comments: