Google+ Followers

Tuesday, January 31, 2012

Marah!

Kisah kami dipaksa-rela beli jaket semahal RM 270 itu.

Watak: si Smurff pendek
R.O sebagai mangsa
Penolong pendaftar yang selalu ngulau.

Aku call office dahla lambat nak berjawab. "ok kak, rasanya si Smurff dan pemolong pendaftar yang selalu ngulau tu yang handle pasal pembayaran semua ni..akak tanya dorang eh?"

Talian disambungkan. det detdetddeeeettt...

"Helo" si smurff nak taknak jawab tepon

"helo, ni kak rin ni.. nak TANYA la, nanti masa ukur baju tu kena bayar deposit rm 100 ke?" ok, noted di situ bahawa aku nak berTANYA SAHAJA bongok.

"emm ha....ah kot (buat suara konon2 comel ke hak ptuihh)...cuba akak cakap dengan encik Penolong pendaftar yang selalu ngulau sebab dia yang handle benda ni. Saya hanya menyampaikan email sahaja.."eh..eh ..ewah..ewahhhhh si smurff ni...aku nampak kau kecik je skang tau? aku tampa kang berpusing sampai gerudi tanah kedalam kang.

"ok..thanks ye.." aku dah sedia nak letakk telefon bila....

"eh kak rin keja ke arini? eh..eh... " si Smurff pendek ni dah nak cari pasal dengan aku. Dasar pendek. Kau insecure ke sebab kau pendek dan aku tinggi? Perempuan lak tu kan?

"eh keja la..kenapa?" aku reply.

Aku marah ok? really pissed me off la this Smurff Pig. Kau sapa nak tanya aku keje ke tak?
Kalau aku ngulau pun takpe la sebab gaji aku tak cukup RM1500 setiap bulan. Kau yang dapat gaji penuh tu buat je keja kau dendiam. Apahal lak kau nak berhungga dengan aku ni plak?

Vavi pun tak vongok macam kau.

Thursday, January 19, 2012

Ni yang buat aku tak sabar ni.

Kejadian lunch tengah hari tadi.

Kami ada seminar pelajar yang presenta research progress in one of the hall. so R.O yang ada ni datang masa nak lunch je la sebab memang masing-masing buat kerja. Ada yang buat PCR, ada yang install mesin proteomics tu (aku la tu), ada yang tulis jurnal etc.

Ok, kami datang sebenarnya, terus terang je la cakap eh, memang nak makan je. Siapa taknak makan free. kan? Lagipun makanan berlebih selalu buang.

So kami pun amek nasi dan duduk dekat meja (satu2nya meja ) kaunter pendaftaran. masa tu awal lagi orang semua tak keluar lagi.

Tetiba orang semua keluar nak makan termasuk beberapa prof termasuk bos aku.

EPICnya: bila aku baaaru nak suap nasi, Dia boleh datang kat aku suruh aku bangun dan bagi tempat duduk aku tu kat prof pompuan satu lagi ni yang tengah beratur amek makanan. Macam tak sempat-sempat kan nak tunggu aku habis.


PUNYA LA AKU BENGANG.

 Attitude zero! 

Kecik hati betul aku.


Monday, January 9, 2012

Serius kiut dan lawak sangat.



Ha yang ni siyes buat aku gelak giler2. 
Part yang lagi GANASSSSS...minit ke 0.48 tu..

Rasa nak peluk-peluk je arnab tu.
Comel sangat.
Pastu pijak perut dia.



Friday, January 6, 2012

Ada aku kesah?

Aku jenis yang mendengar tau.

Semua masalah orang aku dengar. Dari masalah atok nenek mak abah anak cucu cicit semua aku dengar. Bukan aku kepochi, bukan. Kepochi tu macam bila kau tahu masalah or aib orang tu kau bagitau orang lain. Macam aku tak. Aku ni macam span (woi bukan physically la ngoks), serap semuanya dalam kepala otak aku even masalah sendiri belum selesai.

Ada kawan office aku ni, semua nak cerita kat aku. Ok la fine, nak cerita ceritalah kat span ni kan. Segala benda dia cerita. Tapi span lelama pun tepu jugak. Sometime we need to squeezed out the problem out the system right?

Tapi dorang ni tak pernah bagi aku peluang nak cerita masalah aku ke apa. Menyebabkan setiap hari aku akan diam dengar masalah dorang.

Wey lemak la kan macam tu?

Time aku kau buat dek je. Time aku susah ke anak demam ke sorang tak amek tahu kan?

Aku nak gtau pada diri sendri, ni lah dunia. Adat resam dunia macam ni la. BILA KAU KAYA, KAU SENANG KAU FAMOUS, orang macam ulat akan kerumun kau. Tapi bila kau susah, ulat macam kena spray dengan ridsect kau tahu tak?

So azam tahun baru ni aku nak buat dek and hati kering. Kau nak tertonggeng terbalik ke aku tak kisah. Lantak la.

And i will speak up. Kau nak terasa, ada aku kesah?


2012 begin with Alhamdulillah..



THIS is something i called unexpected..

I just browsed through the webpage of the journal and accidently found THIS. THIS i posted in here, twitter and facebook NOT to show off, NOT to brag about something bla bla and bla BUT THIS is a proof TO MYSELF that do not at all underestimate what you do in your life BECAUSE it could mean something for others.

I have came to my ex-supervisor yang cute kacak tapi sebennarnya hampeh back in university and asked his permission to publish THIS. But the answer was devastating and HE did not care so much for what i think.

But, hey guys, if you think that you can do something while others just think vice versa, my word to you: DONT CARE ABOUT THEM, DONT EVEN THINK ABOUT THEM, JUST GO ON AND BELIEVE IN YOURSELF AND INSYAALLAH YOU CAN DO IT.

Even the impact factor is only 1.789 (in biotech a good paper can go up to 8-9.0), (but in agriculture 0.1-1.2) but heheh, i managed to get my boss a big smile form him.

Only ALHAMDULILLAH i can say.