Google+ Followers

Friday, June 24, 2011

PART I:Tehran IRAN, 11 june 2011-19 June 2011



Dah hampir seminggu aku meninggalkan bumi IRAN. So, aku akan share kepada uols, my personal journal. Jangan memain, ni journal asli aku tulis kat sana lagi tau. Exclusive dari orang yang homesick ngengada macam aku untuk korang. So, enjoy!
11 June 2011
KLIA Kuala Lumpur – Suvarnabumi Airport, Bangkok, Thailand
Perjalanan daripada rumah ditemani akak dan ateh sekeluarga. Sampai-sampai kat sana nak check in, ingatkan economy kelas, rupanya diorang suruh pergi register kat business class. Hehe apa lagi naik tokcang la aku ke sana.
Part paling sedih bila tinggalkan aiyris, aku buat-buat macho je. Yela tak pernah kot tinggalkan dia. Ni pulak nak tinggalkan dia 6 hari. Sedih.
Bila dah cek imigresen sume, terus g boarding. Tengok ada ramai tourist nak ke sana. Ada jumpa group orang cina, tapi cakap indon. Pelik aku tengok hehe.
Dah naik kapal terbang, memula steward tu kata tempat aku kat belakang, aku pon kebelakang la..sekali Tanya steward yang satu lagi, dia kata kat depan. Cis. Dahla sempit. Dia siap Tanya, siapa belikan tiket, orang lain eh? Aku pon jawab aah, memang orang lain pon yang belikan tiket ni.
So layanan memang tip top abes kalau business class. Stewardess dia sangat cantik. Memula dia bagi jus, pastu tuala lap muka pastu menu nak makan apa. Makanan dia ok la, Pastu dia bagi ais krin haagen daaz hahahaha.
Tapi apala erti semua tu bila jauh dengan aiyris. Memang tak selera langsung nak makan.

Suvarnabumi airport, Bangkok Thailand- Imam Khomeini Airport, Tehran, Iran
Sebelum touch down, stewardess tu bagi CIP fast Track untuk imigressen check. Sebab business class la konon. Terjumpa sorang indo ni dia stop aku.nak Tanya macam mana isi borang departure arrival tu sebab mungkin dia tengok aku bertudung kot.
Pas selesai tolong dia, aku pon Tanya-tanya kat mana nak pergi ni, tapi aku relax je sebab dalam airport ni ada masa dalam lebih kurang 4 jam. Imgresen kat Bangkok sangat kerek ok bila tengok aku pakai tudung.
So, lepak-lepak je la sementara nak boarding. Ada sorang vietnam ni kawen dengan orang amstredam. Dia tanya aku nak g mana, aku pon kata la nak g Iran.One of my concern adalah aku risau sebab tag bag aku kata Mershad-Tehran. Bila Tanya orang Iran. Mershad tu adalah untuk penerbangan domestic je dan terletak sangat jauh daripada IKA.Tawakal Alallah..sesampai je kat sana pukul 1 a.m, tunggu kejap kat imigresen. Orang tu kata, dia nak simpan dulu aku punya passport. Ada ke patot. Last2 aku tahan sorang stewardess IRAN AIR then suruh dia translate. Kejap 5 minit amek finger print, and the off I go. Senang je, kan? Yang kau nak tahan passport aku tu buat apa?
So, turun-turun je escalator aku nampak sorang minah iran ni lambai kat aku. Dan alhamdullillah nampak beg aku sebab mangga hijau yang aku beli tu terpancar dari jauh. Syukur sangat, urusan aku dipermudahkan Allah.
IKA to Azad Islamic University, Poonak, Hesarak.
Budak yang escort aku tu nama dia Tahmine. As in Tah-Mi-Ney. Sebab susah sangat nak ingat nama dia, aku pun tanya la nickname dia, dia jawab orang lain panggil dia TNT. ahahaha macam bom, kan?
Tahmine. Watak utama gak dia ni. Dia sendiri mengaku yang dia Islam hanya pada I.C je, and she admitted that she did not believe anymore in their kitab (aku tak tahu kitab apa sebab diorang ni shiah). Dan yang pelik lagi, she practise yoga and believe strongly in Chakcra Energy bla-bla macam niniey ahmad tu.

Ni lah TNT.
Kau tau tak pemandu kat IRAN ni semua gila? Dahla bawak 140-150 km/j kat jalan biasa, pulak tu bumper pulak selamba kodok dia je redah. Boleh tak bayangkan perasaan aku macam mana masa tu? Gila, memang gila.
So, sampai kat guest house tu pukul 4 a.m, Guesthouse tu terletak betul2 atas gunung. Sejuk ya amat! aku macam, eh, tempat dia bukan padangg pasir ke? No, i am totally WRONG! TETTTTTT!!!
Sampai-sampai terus bom!! tidurla, bukan kena bom. hehe..

bersambung. (sebab lambat ya ampun nak upload gambar ni. nak edit, malas+tak reti kan?)


2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

kehkeh name macam bom. TNT. lawak2.adoii

Benedict Bernard said...

kau tak belikan aku ole ole ke?