Google+ Followers

Tuesday, June 7, 2011

Nora Elena

Aku rasa ramai kat Malaysia ni yang dah terkesan dengan drama Nora Elena.

Dan, ada aku baca kat fb, surat terbuka kepada TV3 tu, hahahaha lawak abes.

Memang pon, memang tak patot betul cerita macam tu. Ada ke dalam dunia realiti kita lelaki sebaik Seth Tan tu? Muka dah la handsme, cakap pun meleleh-leleh je meruntun jiwa kan? mana ada? Setiap masa baik beno la pulak..Tapi betul beb, aku pernah jumpa si Aaron Aziz ni kat CIMB masa bujang dulu, (tah nape masa tu aku tak minat dia langsung ..ooo maybe dia banyak berlakon cerita Yusof Haslam menyebabkan aku skeptikal sikit dengan dia ni)..memang dia handsome macam dalam tv tu dan wangi. Aku rasa satu CIMB tu bau dia je kot. Ha... jangan lak ada tanggapan negatif plak, ko expect aku nak hirup oksigen dari mana plak masa tu??

Pastu si Nora Elena tu aku rasaada konflik dalaman. Ye la, ko mula-mula budak kampung yang pakai tudung pon kan. okla fine, ko memang lawa, tapi mana datang muka mix ko tu kalau asal dari kampung mersing? Penerbit dia kot ye pon carila yang muka ala-ala jawa sikit kan?

Solat tak tinggal, tapi pakai skirt pendek. Pastu ko leh marah and expect laki ko yang baru masuk islam tu solat penuh 5 waktu?

Pastu nak ngadap bungaaaaaa je. Tak dapat bunga majuk..eii kang aku kang...

Speaking tak lekang..kemain lagi..adoila..tak logik-tak logik..

Novel Melayu kat MAlaysia ni pon satu..tolongla tulis cerita yang realiti sket?tak boleh ke?Apa salahnya kalau heroin tu gemok itam and hero tu kurus miskin?Pelbagaikanla jalan cerita..ni tak..

buat sakit hati je baca/tengok. tak real langsung.



No comments: