Google+ Followers

Monday, December 27, 2010

Aiyris go GREEN!!


Ini kebun daddy saye..
Ada daun kari, daun kunyit, pokok cili, daun limau purut dan pokok rambutan gading. Or in english yellow rambutaeennss.(Slang english agegegegege)



Ini saye, tengah tengok-tengok, ada apa yang saye boleh bantu daddy?



Eh..eh..sempat lagi rupanya saye bergambar ye? hehehe. It runs in the genes i guess.
(sambil jeling2 mummy)


Apa? kena mencangkul? Bring it on!



Ala..takyah cangkul la..godek2 je..



Ha..ni ada rumput rumpai. Cuba korang teka, apa yang dia buat sebenarnya selepas ni?
Kalau berani teka la.

Sapa betul dapat hadiah kasut crocs (tiru ben10)

Takpayah nak berlagak, boleh?

Allah tu Maha Adil.


Ko tak dapat tu, ko dapat yang ni.
Ko nak yang tu tak dapat, tapi ko tak sedar apa yang ko ada buat orang lain cemburu nak jugak benda tu.

Ko tak sedar yang ko ni tak bersyukur.

Kita semua ni sama je.
Takyahla nak berlagak setiap hari dengan apa yang ko ada kat FB or internet.
Sebab semua kelebihan ni milik Allah.

Bila-bila masa dia boleh amek balik.

Ko tak sedar ke ha?


Budak-budak comels bermandi manda


Korang tengok la gambar ni...geram tak geram weyy..



Aiyris merenung masa depan


"eh eh..what is it in the waterrr..? Alia said


"Ohh..nothing..really..it just water..this deep..see?" Aiyris said. Tangan kocak2 air


"Ha ha! seronok betul dapat bermaharajalela macam ni!! Alia, lets the fun begin!!"

Pastu dua-dua pun taknak keluar air. Kalau mummy dulu mandi sungai kat kampung, taknak balik, arwah atuk dah turun siap patah-patahkan dahan (apelagi, nak hambatla..haa berterabur lari naik ke rumah)

Thursday, December 23, 2010

rising temperature

Susah betul bila berhadapan dengan orang yang berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh.

kiranya semuaaaaaaaa benda dalam dunia ni dia je yang tahu, orang lain tak.

And ko boleh repeat balik semua perkataan yang keluar dari mulut aku. Semua ilmu and info dari otak aku. Ko tibai.

Cibai betul la.

PAstu arahan aku ko taknak dengar.

LAst-last aku gak yang betul. Aku gak yang buat. Tapi aku tak and malas nak bising.

"YEAY AKU BETUL, KO SALAH....SEMUA AKU YANG BUAT!!!" ADA AKU CAKAP MACAM NI?

Takde kan?

Aku bukan macam kau. BODOH.

Wednesday, December 22, 2010

JANGAN PANDANG BELAKANG

Semalam aku pergi billion kat bangi, nak beli barang makanan sket, including some frozen foods.

So, disebabkan nak cepat,aku just grab je apa yang ada sejuk beku dah tangan ni. kemain sombong lagi taknak amek bakul or troli kat. Amek punye amek, dah kejung tangan. So cepat-cepat ke kaunter nak amek bakul, tetiba ada sorang lelaki (nampak macam pekerja DARIPADA GAYA PEMAKAIAN).

So aku cakap,

"boleh tolong ambilkan bakul tak?" tangan aku penuh ni.

Lelaki tu jenguk ke hujung kaunter kiri pastu geleng "takde"

Aku tak puas ati, suruh dia tengok ke kanan sambil ada gesture suruh tengok arah kanan dia.

"haa ada...nah" dia hulur kat aku.

"terima kasih" aku amek. Laki aku ada kat belakang dukung aiyris.

"Rin, yang tu bukan pekerja la, dia customer"

MAAAALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Aku terus lari dah tak toleh belakang dah.

Thursday, December 9, 2010

Kebanyakan lelaki Malaysia ni kurang "gentleman" (except laki aku hahaha)

Bila aku cakap lelaki Malaysia especially melayu kurang gentleman , mesti dorang taknak mengaku, malah ada yang marah kot.

Tapi bila dah beberapa kali insiden seperti mencerminkan sikap dorang, aku yakin aku tak salah. Contohnya, kejadian petang tadi yang berlaku di Uniten. Kat tempat jual cendol sedap. Aku dan sorang kawan pergila makan tengahari kat sana. Meja berdua je dan sebelah kami tu ada dua lelaki juga, memakai uniform TNB.Ha amek ko aku mention nama company lagi.

So, kami pesan la rojak and cendol. Rojak dan cendol kombinasi yang best ye saya tahu tapi juga kombnasi yang boleh membuatkan muka korang jadi comot kan? Dan bila comot mestila nak pakai tisu kan?

So atas meja kami tu adala tisu. tapi tinggal dua tiga keping je.

Tiba-tiba. Zasssssss

Sepantas kilat lelaki sebelah kami tu rampas tisu tu dari kami. aku dah sorang lagi kawan macam tersentak sekejap sebab yela, korang bayangkanla lelaki kalau rentap plastik kan macam ganas je?

Terus aku macam nak marah sambil pandang dorang lama-lama. Tetiba aku terfikir. Adakah mereka ni GAY?!

hahaha.

ye kot eh?

Tu baru satu. Kejadian kedua korang boleh refer di sini. Tu jangan cakapla masa aku memboyot pregnant si Aiyris aku kena beratur panjang takde pon mana-mana lelaki nak bagi priority pada ibu mengandung.

Hampeh tak hampeh.

Aku harap lelaki Melayu lebih bersikap gentleman pada masa akan datang. Aala, tak rugi pun korang gentleman kat kami. Takdenyeee kami nak ingat kamu nak ngorat kami ni. Ate, laki kami di ghumoh lagi hensem dari kome. Sekian terima kasih.(nape ending macam surat rasmi?)

Monday, December 6, 2010

Kes yang mendatangkan kemarahan

Darah aku macam dah nak menyirap dah ni.

Bodoh ke apa aku tak tahu la. Aku minta penyelarasan gaji dari pejabat pendaftar UPM ni. Gaji aku rate gaji taraf degree ok padahal aku dah grad master. Pada pengalaman aku la kan, bila deal dengan orang bos-bos dalam bidang management ni, dorang akan ada la rasa respect sikit pada officer macam aku niha, tak banyak la, sikit pun kira ok kan.

TAPI bila deal dengan kerani atau pembantu-pembantu dorang ni, makk aii...ego macam melangit siott..Macam cipan haram je aku dengar. Padahal aku rasa aku punya tone suara dan macam orang mintak sedekah dah bunyiknya.

Macam nak tak nak je layan kan. Haram betullah.

Eiiii..

Cuba kalau gaji kau yang kena potong dekat separuh. dan tetiap bulan kau dapat amaun tu, ko nak?

cipaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnn lauttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!

I deserve it ok?

Ok, korang taknak bayar gaji aku setimpanya kan?

OK fine! jangan marah kalau pasni aku kerap mengulau ok?

Babun.


Friday, December 3, 2010

I cant wait, I cant wait, I cant wait, I cant wait, I cant wait, I cant wait, I cant wait,

I cant wait for this sunday.

Seronoknya nak potluck bersama gfbff hehehe 17 years of friendship baby! Hahaha, and the second generation of this click is Aiyriszarra, but still she has no other member so she has to wait maybe lin's daughter?I hope so .

So this eagerness will bring me to the bakery shop this afternoon to get some flour and other stuff for my cupcake. Yes, im planning to bake some cuppacake and lets see the results once it is done ya? hahaha hopefull it will turn out to be ok.

I cant wait!!

Friday, November 26, 2010

Sorryla ni entry aku mencarut.

Tadi aku tengok satu video klip kat FB. Video tu pasal sorang maid ni mandikan baby kecik dalam setahun lebih (baya aiyris) dengan kejam sekali. Dia basuh bontot budak tu dengan kaki dia, pastu jirus-jirus muka budak tu sampai aku rasa budak tu nak lemas. Dia tarik budak tu bila budak tu nak lari. Budak tu nangis tak henti.

Eii BABI betul la maid macam ni.

Sumpah aku taknak maid. Biarla rumah aku selerak macam kapal nak karam ke.

Betul aku cakap, kalau aku jumpa maid macam ni dalam hidup aku, aku BUNUH je.

Geram sebab aku kesian budak tu. dahla macam Aiyris.


AKU NAK BALIK AMEK AIYRISSSSSSS!!!!!!!!!CEPATLA PUKUL 5!

Thursday, November 25, 2010

H.U.J.A.N + L.A.P.A.R

Ok entry kedua dalam hari ni sebab. Aku nak blog pasal hujan.

Bila hujan, jadi sejuk, betul? bila sejuk, jadi lapar, betul? bila lapar mesti makan kan, betul? bila makan jadi gemuk, betul? bila gemuk jadi susah hati , betul?

Jadi. Betul tak hujan ni berkorelasi dengan kegemukan? Jangan ambil kira faktor tak bersenam tu la.

Apa la yang aku merepek ni. Aku lapar sebenarnye. Teringat pulak kat butter cake yang kat umah yang aku bakar semalam tu ha.emm..pastu teringat satay, mek di ke.

Oh ye, balik ni nak masak apa eh. Adakah masak sambal ikan tenggiri (bila ikan tenggiri teringat fazia, hahaha sebab ikan ni mahal, dulu dia selalu masak), atau ikan tu nak buat asam pedas je?tapi aku suka makan ikan goreng dengan kuah asam pedas.em sedapnye.

Aku lapar, tu je motif aku. Aku tinggal sorang pulak ni kat opis. Dua ekor lagi mengulau. kemain lagi depa, aku apa kurangnye? kan ke aku tengah lagha ni update blog waktu kerja? K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.! MANA?

Wahai Norazrin Ariffin, sila sedar. ok. Balik kepada penulisan journal pulak.

alaaa...tapi nak membebel lagi.

Dah..Pergi buat kerja!

Ok..
-
-
-
-
-
-
-


Pompuan gila ni dah gila cakap sorang-sorang dalam blog.

Nama Aiyris Zarra bukan dipilih daripada novel yo!!

I came across one of this comment regarding my child's name. Ok, i was the one who picked this name and so i feel a bit annoyed by this comment:

"Wow, nama macam dalam novel?"

I mean WTF? i never a fan of malay novel except the good-one-worth-reading like Ramlee Awang Murshid's.

Do u really think i give a crap by reading aisya sofea, kirana kiranto, and others ?

Hell NO.

OK? Ko bagi la aku free pon aku taknak/takkan baca yang jiwang-jiwang meleleh ni. Yang so typically penceritaan mesti anak orang kaya, anak Dato' datuk wtf sume, yang handsome cantik macam bidadari la bagai, of which like really in wtf fantasy.

I hate it. Can u writters just write about true-reality kind of story? You have to be responsible for the brain damage of some teenager who really went down indulging into your full of crap.

So, moral of the story, i never picked my daughter's name outta crap of Malays -fantasy-novel.


Wednesday, November 24, 2010

Penangan Si HArry Potter

Haha. lawak betul la (gila ke hape pompuan ni tak pasal2 gelak dulu, dah la lama tak update blog ni, konon2 nak delete tapi continue gak, eh suka atila oi).

suami aku aka Pali, dia sekarang ni tengah baca HARRY Potter (kenapa tah bila sebut Harry aku terbayang Hairy= bulu2 eyek) tapi Harry Potter ni dalam bahasa Melayu.

Banyak woo siri dia dah baca. Ni kira yang last la ni.

Nak ikutkan hati, aku pon ulat buku gakla. Tapi ntah kenapa kepala hotak aku ni takleh nak terima/baca Harry Potter versi bahasa melayu ni. Haaa bukan macam kes Amani tu ehhh(i sound stupid when i speak Malay),apehal lak takleh nak terima bahasa melayu bagai, ko kan orang melayu cet.

Kepala hotak aku jadi pening bila jumpa ayat yang depa direct translate. Contoh eh :

"Burung hantu Hedwig itu melayah melintasi kepala Harry Potter"

Lagi

"Muka Harry Potter berubah menjadi kemasaman kerana tongkat saktinya ..."

Lagi

"Expecto Patronum!" tetibe dalam rumpunan bahasa melayu tu dia keluar.

Hangen ok hangen.

Bila si pemalas MALAS nak update blog.

Malasnye

tu je.

Monday, November 8, 2010

Al-fatihah

I dont know where to start.

We are still grieving for the recent loss. My FIL passed on on 26 October 2010 @ 3.23 p.m. From what i know, he is a very decent,well mannered and responsible father to his children. And i admired that.

May FIL rest in peace..Al-fatihah..

Thursday, October 7, 2010

Perbualan yang hampir menitiskan air mata

Terjadi tengahari tadi.

"akak nak renew road tax, tapi tadi director suruh pergi dengar talk pulak kat vet" kak anna berkata. dia ni sorang yang baik la pada aku. Aku happy kawan dengan dia. You know when u meet someone that can be in the circle of life, u just wants to be there.

"then ayah akak kata tadi, susah-susah, biar abah je la yang renew kan road tax anna tu" kak anna kata lagi sambil drive. aku kat sebelah.

"waaaa baiknye ayah kak anna.." kata aku. spontan. Sebenarnya aku seronok dengar cerita dia. It makes me believe there are still a lovely man that we can call father. Same goes to my FIL. ;)

"laaa..rin, mana la ada bapak yang tak sayang anak, yang tak wat macam tu..." ok kata-kata terakhir kak anna ni aku tak berapa dengar sangat.

Spontan jugak lagi ni.

"Ayah rin tak macam tu pun" Aku kata. tak bermaksud apa-apa eh, kang kena gam lagi.

"ala rinnnnn........sedih hati akak dengar" masa ni aku tengok mata dia dah ada air mata. Adakah tetiba aku pun nak nanges dalam keta tu?

HUH. POMPUAN MEMANG PENUH DENGAN KETIDAKSTABILAN HORMON=EMOSI.

;)

Thursday, September 30, 2010

0

Hati aku sedih sangat. SEDIH!

aku dah privatekan blog ini untuk orang2 yang aku rasa aku leh percaya and for that im cool with it.

Bagi aku, blog ni adalah umpama diary aku. Personal journal of me. Dulu memang aku publickan blog ni, tapi aku tak sangka dengan kemajuan teknologi macam ni, aku disalah tafsir. Ini catatan hati aku. Apa aku rasa, apa yang aku tulis kat sini. Dan bagi orang yang macam aku, aku ok?bukan korang, aku jenis yang bila once i let it out, dah, full stop, pastu aku dah ok, i dont hold grudge to others.

Aku sedih sampai aku tak tau la nak tulis apa dah.

HATI AKU SEDIH. MENDUNG. SEDIH SANGAT.MACAM AKU RASA KOSONG.

Dan bila ada pihak yang menidakkan hak aku untuk berperasaan apa-apa perasaan pun, itu aku rasa sama macam menidakkan kehadiran aku sebagai MANUSIA kat bumi ni. Baik bunuh je aku. kan?

Upah la assassin mana, sniper ke, pastu tembak curi aku kalau ko tanak rasa bersalah. Sebab ko memang tak suka aku dari dulu kan.

Tuesday, September 28, 2010

Kemaafan yang tertangguh

wow..oooo wowww...

tak sangka feedback yang begitu sekali.

im speechless. hairan dengan sikap manusia yang ada jugak macam ni.pelik. pelik.
aku rasa blog ni dah tak aman lagi. might as well delete it right?!

Selamat tinggal blog! May you rest in peace.

Friday, September 3, 2010

Aku tau kenapa aku emo dari malamsemalam ke hari ni tak habis-habis. Ok tak tajuk ni??

So semalam aku and mr. pali dijemput untuk berbuka puasa di Kelab Golf Perkhidmatan Awam KGPA di Mont kiara. So, setelah sesat, kami sampai and ketika itu dah pun berbuka, so terus cari air. Dahaga beb.

Makanan kat sana memang aku tak nafikan memang kelass. Two thumbs up! segala jenis makanan ada. Satay, nasi and lauk, western food macam spagetti, and those desserts...Damn. And not even one dessert i could taste.

Ok, berjanji pada diri sendiri tidak mahu makan berlebihan. Takpelah kan, kalau makan apa yang sempat.

So ada satu booth ice cream ni. Bukan la aku nak hadap sangat ice cream tu. Bukan ice cream baskin pon nak aku bengangkan..Ok, masa tu aku tengah dukung aiyris, lepas tu depan aku ni ada satu bunch of men yang macam hadapkan tong ice cream ni. Lagaknya macam budak-budak ko tau tak? Ok, men yang aku maksudkan kat sini adalah men.Old kind of men. dah berusia macam bapak-bapak kita..

Ok takpe, aku tunggu. Berat ni, berat aiyris ni korang tau tak. Dahaga lagi. takpe aku sabar.

Old men: haa yang saya punya nak vanilla yee..(sambil kat dulang dia tu ada dalam 12 mangkuk kecik)
Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem: ihikihikihkihkisss (ketawa gatal)
Old Men: haa tambah yang strawberry ni..
Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem: oopss jatuh pulak ihikihikihkihkisss (ketawa gatal lagi.)

Takpe, aku bersabar lagi. Pakcik tu pon macam dah dapat satu kepuasan berlalu pergi.

Dan tetiba ada sorang lelaki ni (Kopet) boleh potong q sambil pandang aku tanpa rasa bersalah tengok aku dukung anak ni q dah lama.

And of course lah korang tau yang mana satu akan dilayan oleh Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem ni kan?

ihikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhik (ketawa gatal bergema)


aku rasa macam dah terbakar beb. Akhirnya aku letak mangkuk tu dan berlalu pergi.

Apa? korang mesti kata napa aku tak sound Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem tu kan?Wey, nasib dia baik la aku letak elok-elok mangkuk tu. Buatnya aku hayun mangkuk tu ke kepala dia and si kopet tu??

So moral of the story: those Men and that gedik gurl Sucks! Tak de adab dan tak bertimbang rasa. Ko dah tengok aku gendong anak berat, ko takleh la nak hulurkan mangkuk tu kan? ko dah tengok aku penat still ko nak potong q aku kan?!!

JACKASS betul.

Ok, habis dah entry beremosi aku. im cool.

Thursday, August 26, 2010

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi lagi, bila saya buka email...saya terbaca ini..


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



Ya Allah, adakah arwah mak ada bersama saya di bulan mulia ini? Berazam untuk memperbanyakkan amalan bekalan untuk mak kerana Allah Taala. InsyaAllah.

Saya juga rindu mak!Rindu sangat!

Monday, August 23, 2010

Faham ke?tak kan? dah takyah buang masa baca

Sometimes, our deeds goes down the drain. But our fault at such a highlight even it was not meant to be.

Bwuajahlhsduahjhdjahkc;dkf;ifasjdkjfiejdjhfjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 20, 2010

Braindamage


I am so pissed off with my brain today.
Tula, siapa suh dengar radio banyak sangat? kan elok banyakkan baca Al-Quran bulan-bulan puasa ni?

Thursday, August 19, 2010

Once upon a terrible day..







Agak-agak korang, apa jadi dengan mamat yang tido tu?

Wednesday, August 18, 2010

Aiyris Zarra lepak kopitiam tajuk dia hari ni..


Hai... saya baaaru sampai..



Ermm..nak order apa eh....



Buat muka, buat muka..


Cute giler kan saya? dah cakap dah, tak caya..



Haa, apa lagi? Syaye tau ar syaye comel..snort..snort..

Monday, August 16, 2010

Transformation..

Remember that i told you that i will delete this blog? Well, guess what, i might cancel the initial idea. I decided i will remain this blog and set up a new second blog where i channel all the negatives there. muahahahahahahahaha.

OOhh in case if you are wondering, that is me right now. I am grumpy yet tension of all the craziness caused by my goddamnit research.

Oohh..bet poni will endure this kind of art since she has the natural gifts but i dont. huhuhu

Thursday, August 12, 2010

Macam nak delete blog ni.

Penat buat keje kat lab sejak dua menjak ni. kalau la pengarah tahu aku buat keja macam ni punya rajin, huh mesti kena puji. naik gred and gaji. WOW. TAPI, dia tak tahu. ok?

Sebenarnya rasa sangat emm macam mana nak cakap eh. em, rasanya macam nak tutup blog ni, sebab daripada blog ni, kadang-kadang dah samapi satu tahap yang aku sendiri rasa menyampah. Blog ni memangla tempat luahan hati aku selain daripada encik suami..

Tapi blog ni boleh mendatangkan kemudaratan kepada aku secara tak langsung. Ada reader yang baca dan kenal dengan aku akan report setiap patah perkataan yang aku tulis ni, kepada orang-orang sekeliling aku dan sekaligus akan menyebabkan beberapa perhubungan menjadi retak.

WOI, ni tempat aku luahkan perasaanla bongek. bukan semua betul pon, bila kita dipengaruhi emosi, kan?Sengal.

So aku rasa aku akan delete la blog ni, dan aku akan buat blog baru! yiehaaaa!! so kalau korang rasa nak alamat blog baru aku, sila tinggalkan komen and aku akan private korang, k?

babai


Wednesday, August 11, 2010

Black Canyon di hari ahad lepas

Di hari ahad lepas, kami pergi ke Alamanda for lunch, since the food court was so crowded with hungry people, and there i was, without losing any hope to find a spot there, tetiba berjumpa pula restoran Black Canyon. I tell you the foods were great as i could not compare it with the prices. Marvelous betul tom yam dia. tapi sayang, kami tak sempat ambil gambar, terus ngap je. Ini pun gambar air yang sempat dirakamkan, iced lemon tea and Iced Mocha Baby!!!



Sila tahankan tekak anda di bulan puasa ni...GULP!! eh, eh what on earth aiyris's sippy cup doin there? Ohhh....


Korang tengokla aiyris zarra tu..kemain lagi kontrol macho!! aku and hasben gelak guling2 tengok gambar ni..


Haa start dah tangan dia nak capai camera..



Alahaiiiii...............


Mommy...mommy.... aiyris cakap.. (taklah, acah je, aiyris mana pandai cakap lagi.....)



Mommy dia tumpang sekaki dua...

Tuesday, August 10, 2010

Pandai panjat meja?

Ok, cuba teka, siapa makhluk Allah yang paling comel pernah aku jumpa yang umur dia belum lagi cecah 10 bulan, tapi dah bersemangat nak panjat meja dengan bersungguh-sungguh?

Aiyris dah pandai panjat meja ye tuan-tuan dan puan-puan. Meja yang rendah , ala yang ada gambar ABC tu. Nanti, kalau aku ada masa and sempat ambil video dia panjat, aku tempek kan kat sini ye kawan-kawan?

Anak.....oh anak...

Like daughter like mommy..ish3

Friday, August 6, 2010

Saja-saja nak tempek gambar aiyris zarra...


Ni masa kat satay kajang. tengok kemain happy lagi dia tu..


Ni sesi belajar flash card syaye!


Ni masa ikiut mommy and daddy jalan2..


Hi! I am EXSHTRA SHWEET AND SHUPPER CUTE!!


With my daddy..daddy..daddy cool..daddy..daddy cool...


BAh!!! CAAAK!!!


Hi! i am alsho gorjesh!!


SHUUUUUUUUTTTT!!! she's sleeping...



;)

Thursday, July 29, 2010

My Blog!

This is my post. My Blog. My territory.
I have the power over it.
I can write anything that i want.

And if you can not accept wtf in it,please bear in mind that i do not f-word care.
GTH.

Thanks. Now get out!

Tuesday, July 27, 2010

Secrets...

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til' all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My god, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away


OOhh..i have a lot of these.secrets to give away..

Thursday, July 8, 2010

Warning. Jangan baca kalau tak berani.

Scary betul anak sedara aku yang sorang ni.

Memang. Scary bukan sebab dia hantu ke apa, tapi she can see "things". I mean, supernatural things.

Dari dulu dia ni memang gifted. With the six sensela. Sejak umur dia setahun lebih hingga sekarangla. Baru-baru ni dia dapat tempat pertama dalam darjah satu tu, terbaik dalam lima mata pelajaran. Tak sangka gak sebab dia ni selenga boleh tahan jugak.

Ok, kembali kepada perkara seram itu. Dari kecik si Atirah ni dia leh nampak benda2 halus ni la. Masa dulu aku tak kerja aku jaga dia. Masa tu belum kawen bujang trangg tangg tangg. ehehehe. Peel si atirah ni, masa kecik, dia suka nak ikut mak dia pergi kerja pagi2. So, bila tak dapat ikut dia melalak. Beb, bukan melalak biasa, ni melalak yang keluar suara linkin park and mata sure buntang2 punya masa tu. Kalau masa tu dia melalak, aku tangkap dia, peluk then azan kat telinga dia. haa amek ko senyap terus la pastu.

Pernah satu hari. mak dia baru amek dia dari umah pengasuh yang tak jauh la dari umah aku, tapi kana lalu lorong kecik antara umah. Masa tu dah dekat waktu magrib.Tetiba atirah ni cakap:

"Ma, napa ada antu kat atas bumbung umah orang tu? dia pandang kakak" Dia kata sambil tunjuk ke arah bumbung rumah jiran aku.

Mencicit mak dia jalan.

Semalam, si atirah ni tetiba cerita,

"haritu kakak ada nampak pocong, warna hijau. ikat tangan. kaki pun dia ikat"

Mak dia tak pernah describe rupa hantu tu okkk??Macam mana budak umur tujuh tahun yang tak pernah tengok cerita pocong whatsoever boleh describe tangan and kaki pocong diikat??

Cuba korang describe pulak perasaan kitorang masa tu. Cuba.

Thursday, July 1, 2010

Baru aku tahu..rupa-rupanya aku tak tahu, main bedal aje.!!

Baru-baru ni, dalam kereta. Aiyris nangis, biasa la dia kalau jam mesti dia macam tension.
So, aku, aku ye aku telah nyanyi dalam kereta. Pali drive masa tu.

"Pok amai-amai belalai kupu-kupu"~~~~~~Ok, aku dengan konfidennya nyanyi. It worked la that time, Aiyris stop crying.

Tetiba suami aku tergelak besar. Kahkahkahkah. Aku pandang dia. Kenapa lak la orang tua ni.

"Bukan belalaila, belalang!!" ZASSSSS aku di-smash oleh suami sendiri. OMG, selama 28 tahun aku hidup, menyanyi lagu ini dengan salah!

AKU MALUUUUU OKKKKK!!!!!!!

"haa, rin ada lagi salah nyanyi, lagu twinkle-twinkle little star tu, cuba nyanyi sket?" Pali berkata sambil nak mengenakan aku, isterinya.

Isterinya yang telah bertarung nyawa melahirkan anaknya, memasak asam pedas yang baru selam ni dia ingat tak sedap bila aku masak haaa ameekk ko, (sedapla weyy hahaha).

Aku terdiam, (dalam hati cuba menyanyi pelan2)

"Twinkle-twinkle little star,
How i wonder what you are
Up above the sky so far~~~~-->>> SLAH LAGIIIIIIIII!!!!! (HEMO2)

The right version:
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are

28 tahun beb, 28 tahun!!huhuhuhuhuwaaaaaaaaaaaa

Rupa-rupanya laki aku adalah seorang yang sangat observant ye puan2. Dan dia menunggu waktu yang pali sesuai untuk smash aku.

CIS!!! sejuta billion kali! I hate it when im wrong!

Tuesday, June 22, 2010

Mamat indon yang tak ngertik!

haa..start dah aku ni kan.

Sambung cerita semalam la pasal indon tu. Masa aku and Pali nak pegi ambush office and show house tu kan, kitorang nampakla bos cina kopets ni instruct mamat indon tu tampal something at the front door and the area around. Depan office tu masa tu pulak diorang ada nak upgrade longkang yela, nama pun show house longkang pon kenala upgrade. Dalam gila okk itu longkang, kalau nak harapkan aku nak dukung aiyris zarra nak melangkah longkang tu, adala 99.9% possibility untuk duduk terkangkang 180 darjah dalam longkang tu.

So, by the time we nearly reached the longkang, mamat indon tu dah langkah dah. aku pon masa tu takdela nampak apa yang dia tampal kat pintu tu. Mamat indon tu tengah pegang lagi kertas tu. Aku dengan ramahnya pon sapa la mamat tu.

Aku: Dek, bos ada tak? (Kemain lagi dek eh, entah2 lagi tua dari aku). Kenapa dah tutup pintu tu?
Mata aku sambil nak baca apa yang kertas kat tangan mamat indon tu pegang.

Mamat indon: Boleh, bos ada kat dalam. Boleh masuk.
Aku: (Still in disbelief) Yeke, bos ada kat dalam?
Mamat indon: Ada kak. (Ewah2, kak dipanggilnye aku? nasib baik ko indon, kalau ko orang mesia..) Akak langkah ajee longkang tu. boleh langkah tu..(dengan yakin dia tunjuk ke arah longkang)
Aku: okk.. (berbunga gembira la konon)

Sekali kami tengok itu long kemain dalamnye. ada agaknya tinggi aku kot. Ok, aku dalam 169cm. amacam, ada beran?

Dengan hampehnye, aku pun patah balik dengan pali. Kami pegi la baca apa yang dia tampal kat pokok kayu depan tu. Sekali apa dia tulis..korang mau tahu????

ok...

BACA YE..

Today we are closed regarding the renovation that still in progress. We are truely sorry for the inconvinienced caused.
We'll be back on MONDAY.
Thank you.


Ada macam haram tak?

Sian mamat indon tu. Mesti dia tak pandai membaca kan? Oooupss..beter yet, mungkin dia tak paham bahasa inggeris la kot eh?

Kesian...

Suami aku ketawa kekek2 dalam kereta. cis.

Monday, June 21, 2010

Lalalalalalal~~~~~

Weyyy hari ni sangat monday blues.
Sangat okkkk?

Macam takde mood nak buat kerja.
Rindu Aiyris lagi.

Nak kena facing orang yang macam er..tuuut lagi. Mulut kemain manis, tapi hati macam pekung busuk nanah eyek-eyek!!

Semalam aku, mr husband and Aiyris pergi tengok rumah. busuk betul kepada seorang mamat indon ni. Tapi aku kesian pun ada.
Aku ada la booking rumah ni kat seri kembangan (tengok seh, dah jadi bukan rahsia lagi dah. mengada je ko nak rahsia-rahsia macam bajet bagus la kan?). Aritu cina kopets to kata loan aku dah approve, tunggu 2 minggu untuk sign S&P. So aku tunggu punya tunggu, dah sebulan lebey dah ni. Aku pun berkata kepada En suami aka Pali.

Aku: bang, macam mana ni, dah lama sangat dah ni.
Pali: Sabarla..ishh

Ha. Speaking of sabar ni kan, pagi sebelum kitorang gi ambush office and show house umah tu, kitorang pegila sarapan kat canai kafe kat taman putra dekat rumah aku tu. Aku and pali order roti canai dua and nasi lemak and nescafe ais. nasi lemak aku amek sendiri. Tunggu punya tunggu, air tak sampai-sampai lagi, padahal masa tu aku dah tercekik dah, mula la aku nak naik hangen. Muka dah berkerut, belakang badan aku dah panas nak marah.

Pali kata; Sabar , jangan marah, adatla makan kat luar, kita bukan makan kat umah nak cepat-cepat ni..sabar ye? nanti dibuatnya depa sembur ludah dalam air tu nak? kita bukannya nampak pun.

Aku masa tu fikir dua tiga kali gak nak mengamok.ok aku sabar. continue makan lagi. air tak sampai-sampai la kan nasi pun dah abes.

Aku: Bang, mana air tak sampai lagi ni dah tercekik dah ni.
Ok suara aku masa ni sikit pun tak menampakkan kemarahan sebab aku ingat aku kena ikut cakap suami, kalau tak berdosa wor.

Tetiba suami aku sudah tukarr jadi itu incredible hulk.

Pali: woi, air mana air?!!nescafe ais dua la.!
Aku pandang laki aku, biar betik dia ni, baru tadi mcam ustaz alim tetiba tukar jadi transformer incredible hulk?

Bibik aka waitress: roti canai dua tak siap lagi la bang!
MEmang nak kena penamparla kan , orang tanya lain dia jawab lain.

Pali: orang tanya air la!! nescafe ais DUA!! MEmang sah suara laki aku dah tukarr. Dan-dan tu jugak air and roti canai sampai. Sampai je benda tu laki aku pon senyum.

Tak paham aku. Korang jangan tertipu la wey tengok laki aku ni gentlemen la, sopan santun la, dia memang macam tu, tapi kalau tiba dia marah, mahu terbang meja makan tu dibuatnye.

Pali: Abang bukan apa, abang tak suka orang buat naya kat orang yang abang sayang, kalau orang tu buat kat abang takpe..

Cewah. jiwang siot.
Hahahaha..

p.s: eh, tetiba cerita pasal indon tu aku tak continue eh? nanti la next time, nak wat keje ni ha..

Monday, June 14, 2010

Surat dari Si Suami Sempena Piala Bola Dunia.

Berikut adalah surat yang ditujukan khas kepada aku oleh suamiku sempena World Cup 2010. So, here it goes...



Surat exclusive khas untuk isteriku menjelang Piala Dunia 2010..heheheh

Ke hadapan,

Isteriku

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

Terima kasih atas kerjasama sayang.

Agak-agak korangla kan..macam mana aku patut balas? Huaaaaa tension. Benci bola!

Thursday, June 3, 2010

Aku seorang manusia pelik. Aku rasa la.

Aku seorang manusia pelik. Aku rasa la.

Ada khabar angin (bukan la kabar angin sangat pun sebab ia benar belaka) yang mengatakan seorang JUSA, nak masuk institut kami ni ha. Nasib baik la bukan lab aku yang sekarang ni. urgghhh jusa yang sorang kat lab aku ni pon tak tahan, jusa ke? (sila baca dengan nada menyampah).

So, it was blurted out by our Director in one of the funeral we attended (one of the wife's staff passed away last tuesday, Al-Fatihah). Bila masa aku rasa aku pelik adalah bila semua orang terkejut Director cakap yang gaji dia rm16 ribu dan aku seorang je yang rasa. ala 16 ribu JE?

OKAY, i should be terkejut ok. S.H.O.U.L.D B.E. but i was not. thats is so weirdo of me.
bukan berlagak ok, sebab aku ni miskin je orangnye.

Aku tak terkejut sebab, kenapa 16k tu dipandang tinggi oleh golongan-golongan seangkatan dengan aku. itu adalah gaji mati untuk seorang pegawai agaknya. 16 k tu untuk segala usaha dia mendapatkan PhD, bekerja berdepan dengan bahan kimia yang berbahaya ( aku tulis berbahaya ok, bukan merbahaya, mana ada such word as merbahaya?), buat kajian tak terhingga dan publish-kan at least 44 paper of scientific journal of his/her entire life.

Is 16 k worth it? To face the difficulties of not getting the desired results in doing research and the risks of getting diseases.

I dont think so.

Sebab aku rasa orang yang buka booth jual nasi at many of our hypermarket seems to get a gross profit paling busuk pun 18 k babe.

And sebab aku rasa cost of living in kl and area sewaktu dengannya is just the same of the price living in hell. Mahal. Sebab tu cikgu kat kampung suami di gerik adalah antara golongan yang boleh buat rumah besar. tapi tu kat gerik la kan. Ni kl maa..mahal. ok baca K.L=M.A.H.A.L. MAHAL.

Nanny yang jaga anak aku pun dah naik kan yuran dia.

Emm lahai..

Macam mana pulak nasib orang yang berpendapatan lebih rendah daripada aku, yang mungkin gaji dia rm 700 sebulan duduk ampang. Ada pulak anak berderet 5 ke 8 anak.

Kesian babe..



Wednesday, May 26, 2010

Wall paper promotions!Grab it while you have the chance!!

Cewah..tajuk macam iklan apatah. ehem2. Anyway, This is our first attempt to do business. Indulging into the business world.

"Nothing personal, just business"~ Donald Trump.

Sila beri sokongan! hait!

Whoever interested, please msg me or leave the msg at the shoutbox or the reply.
Thanks.

Tuesday, May 25, 2010

Bad. Bad. Bad. Intuition.

Tiada kata secantik bahasa..

...................


I am totally exhausted of having this thinking that bothers me so much for last couple of days.

A friend of mine, a closed one who has been single for a while now, happily with the new person in her life. And as her besties, i am truly happy for her. That she has found her true happiness. She is deeply madly in love with the guy.

I have no problem with that.

But here is the catch.

Why is on earth, i am feeling something is just not right about this guy? The way he speaks and made others laugh when we were attending a wedding of a friend of us, i think it is a liiiiiillllll bit uncomfortable. Annoying at a time? Yes. And the guy succeeded to make me so low self esteem.I do not understand of why there are some people that likes to make fun of everyone else and they tend to ignore the peoples feelings by their words.

Basically i am fuckin dont care. I also can simply say those words back but i think, it is useless as their shallow brain does not fit the head for much i can see. Why can you just being polite and even so, just shut your damn mouth from hurting others?You are not that good though.

Am i wrong of having this bad intuition towards my bff as she had her happiness right now?

Yang ni tiba-tiba:
And my father, i have not seen him for a time i think.
apa aku nak masak for dinner tonite?
hubby went to grik..
And i miss aiyris, so much. Updates on aiyris, later yo!
nak balik. but must solat first!

Friday, May 21, 2010

Entry hampeh jangan baca

Aku rasa hari jumaat ni kan tak elok nak mengumpat (erk, bukan hari2 pun tak leh ke?)

Ada orang tu, depan pengarah kan, dia buat-buat busy gile, sampai aku sapa pun tak layan (hey, ko ingat ko miss universe ke nak sume orang balas sapaan ko ha. gila pompuan ni dah datang). Tapi perempuan ni tak kisahlah kan walaupun muka memang obviously la.

So, perempuan ni pun mula la risau tak keruan sebab markah untuk kerja dia nanti akan dinilai la oleh prang tu. Hampeh kelapa betol la. Ish, perempuan ni dahla kayu, tak pandai bodek memang daridulu kayu lah senang cerita. Dulu masa sekolah-sekolah dulu selalu kengkawan dok lepak meja cikgu berborak itu ini, perempuan ni lebih rela tido atas meja sampai kekadang air liur basi penuh satu meja ieiiii busuk napela cerita tentang kebenaran hari ni?

So, perempuan ni kalau boleh taknak dah tengok muka orang-orang spesies macam tu, boleh ke?

Tak jawapannya tak. Tak paham ke tak orang cakap ha? Sebab korang satu opis dan dia ketua kepada perempuan tu.

Owhh, orang yang perempuan tu tak suka lak ada anak kesayangan dan anak kebencian dia adalah perempuan ni lah.

Weyy, korang paham ke tak apa aku umpat ni wey?

Cis.

tak paham takpela. takde pekdah pon.

Monday, May 17, 2010

SATC

Oemjey! NAk tengok SEX AND THE CITY 2! NAK. NAK. NAK. JUGAK!

Ingat lagi, i watched SATC 1 movie two times ok? The first one is with Yong, it was midnight and
i had to convinced her to watch it. And luckily we were satisfied with the movie. I miss those times!

And the second time was with my Hubby.

And moral of the story...........................

I CANT WAIT TO WATCH SATC 2.

can i can i can i.........

EVERYTHING AND EVERYONE

I want this! i want that! oohh i want EVERYTHING!
I got to be this! i got to be that! and i got to be EVERYTHING!
And then i will show EVERYTHING that i got to EVERYONE!

..........................................
.......................
..........
....


..

How annoying is that?!

You know what, having EVERYTHING does not mean that ALL EVERYTHING in the world are belongs to you, so why cant you just humble enough?

i am so FED UP with this species. PUULLeassse!!

Tuesday, May 11, 2010

It feels like takin bullets!

Right now i feels like a bullet has made its way through my chest!

I am not sure whether his natural way of condemning people is good or it is just purely damn good.

I salute you for the title that you have. I respect you for the achievements that you got the whole of your life.

But these. Is way too much old folk!

This first bullet, of not recognizing my qualification,
This second bullet, of not respecting me as a mother as you said that taking care of a child is just damn easy for you back those days and why i cant do the same as you were.
This third bullet, of slandering me that i am not doing my job.

And i am taking that bullet soon enough.
I will take it out, enjoying the pain as i could.
I will take it out with my own way.
With all the sweetest time that i got.

I practically DO NOT CARE.
Do i look LIKE I CARE?!

But it is ok i guess. For now.


Wednesday, May 5, 2010

Sesi Daddy pulak


Ish3..aiyris ni..babab dia!

sila komen.huhu

Tuesday, May 4, 2010

Sesi perasan mummy dia..Dan teka teki untuk kamu, kamu dan ye..kamulah!

Ini saya dan anak saya Aiyris Zarra.Kanmain lagi eh.kami ada teka teki untuk kamu.Sedia?




Mummy dia sayang dia..




Dia sayang mummy dia..



Kami saling sayang menyayangi...



Siapa kami?

Haaa..jawab la kalau pandai..tehehehehe...


p.s:hati-hati bila menjawabnya. sebab walaupun senang ele kacang je tekateki ni, tapi percaya tak, ramai yang jawab secara salah.ehem.sekian.

Wednesday, April 14, 2010

Kisah seram...

Kelmarin. 12.30-2.30 a.m.

Aiyris taknak tidur. Menagis-menangis sampai aku tak tahu nak buat apa.Dah bagi susu, dah suap makan nestum and everything.

Tapi dia tetap nanges. Dan sekali sekala keluarla suara Ala2 Linkin Park dia tu. Tapi still comel la kan.

Until she tired and slept.And me too.

Daddy Aiyris antara sedar and tidak, dia terdengar suara dua ekor setan antu atas kepala dia kata macam ni " aku dah kacau budak tu " Dan budak tu refer to Aiyris la kan.

Daddy aiyris nak bangun tapi tak boleh. Last-last dia jerit ALLAHUAKBAR! (sumpah aku tak dengar sebab tidur mati)

Dan kemudian dia terdengar pulak tapak kaki kecik berlari-lari. Daddy Aiyris nak tangkap antu tu guna tangan sebab geram kacau anak dia, kan?Tapi bila daddy dia fikir-fikir balik, kang nak tangkap anak, mak antu plak yang kuar plak, tak ke gerun?

Daddy aiyris tidur balik.

And mommy and aiyris tidur tak sedar apa.

Persoalannya, sejak bila ada antu budak2 tiga ekor dalam rumah aku dan paling aku hangen dia kacau aiyris! setan punya antu!

Takpe2, malam ni aku baca lagi Quran. Padan muka korang setan!

Monday, April 12, 2010

Runsing.

Saya runsing.

................................


Apa yang saya nak tuls dalam blog saya ini sebenarnya ye? Percayalah, dah berkali-kali saya mahu ciptakan suatu ayat permulaan, tapi berkali-kali jugalah saya padamkannya.


Dan saya penat. Penat berhadapan dengan seorang hamba Allah ini. Saya mahu dan telah menolongnya berkali-kali. Dia kerap kali melakukan kesalahan dalam hidup dia dan saya. Ye saya terpaksa melihat dan menanggung akibatnya.

Ego kah dia? Tidak mahu ditolong seolahnya, tapi pada penghujung garisan dia akan kembali kepada saya juga. Untuk bantuan.

Bukan saya mengeluh dan tak pernah sedetik pun saya berkira dengan dia.

Cuma saya mahu dia sedar bahawa cara hidupnya salah. Dengan solat yang tak pernah cukup. aurat yang tak bertutup. Kenapa dia tak pernah sedar?

Saya bukanlah orang yang layak memberi nasihat kepadanya. Dan saya mengaku bahawa kebaranan saya menyebabkan jurang menjadi semakin jauh. Benda yang bermotifkan kebaikan saya sampaikan dalam nada yang tinggi.

Itulah saya.

Dan saya tidak mahu menjadi hipokrit.Dan saya mahu terus menolongnya.

Cuma saya seorang manusia dengan tahap kesabaran yang nipis.
Dan dia manusia yang berupaya tidak mendengar langsung kata-kata nasihat seolah-olah ada tembok besar yang telah dibina dalam hatinya.

Dia pernah berkata, susah benar nak meluahkan isi hati/masalahnya pada orang lain.
Kalau kau tak beritahu, macam mana orang lain nak tahu apa masalah kau yang sebenarnya, bukan? ITU. Saya dah pun beritahu dia.

Dan ............tiada perubahan pun. Dia tetap sama.

Tolong beritahu saya bagaimana caranya nak berhadapan dengan orang sebegini?

Friday, April 9, 2010

Aiyris FIRST




Ini anak saya Aiyris Zarra.

Semalam dia pergi bekerja dengan saya, alhamdulillah she behaved well till we reached home..

and yesterday too, she had her first solid food. Auwwwww ..adorable anak sendiri la kan.

Moomy and Daddy sayanggggggg Aiyrish!