Google+ Followers

Wednesday, August 24, 2011

Sebab aku tak anta reseach report, aku kena kat fb. Makan dalam siot!

Arwah mak pernah dan selalu berpesan pada aku. Jaga lidah supaya apa yang keluar dari mulut kita ni tak akan mengguris perasaan orang. Kalau terguris perasaan orang maka berdosalah kita. Nauzubillah.

In return, i always being smacked or slashed or whatever u named it by the words of other around me. Sometimes i pretend that i dont understand or did not just hear it.

I wonder why they behaved like that. Aku tak pernah pun kacau hidup orang. Ni tak pasal pasal aku je selalu jadi mangsa keadaan. Kenapa eh? Kenapa makin aku jaga hati orang, orang makin itu jugaklah berani- berani nak lukakan hati aku dengan perkataan2 setajam pisau tu.

Seriously. You all are damn annoying and i bet you did not even know that you are annoying because you are just too busy on counting what mistakes that i have done and ignoring yours.

Ah blah ar. Kau nak aku jadi jahat? Kau nak aku show my true colors to you? U dont want it trust me!

Nak tahu apa jadi refer pada fb orang yang bernama a£|#@h Im@ . Depan aku kemain kata lembut baik dalam fb kata macam nak ugut bunuh aku siott!

just because aku tak anta lagi research report kat dia. Ramai lagi yang tak hantar tapi kau dah menyalak macam anjing menyalak bukit. Spesifik kat aku plak tu. Bangang ar.

Nasib baik aku dah raya. Ni yang emo ni. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, August 22, 2011

Hujan

Petang tu hujan lebat melanda kawasan kampung Tiram. Bagi pelajar tingkatan dua sekolah menengah kebangsaan Tiram, pelajaran diteruskan walau sekali sekala cikgu rosnah yang masih belum berkahwin itu terpaksa berhenti mengajar kerana takutkan guruh, dan sementelah iu jugalah murid- muridnya tergelak melihat gelagat cikgu muda itu dan salah seorang daripadanya Aisya humaira.

"haa kamu gelakkan cikgu yee!! Siap kamu semua " nada cikgu Rosnah di akhiri dengan hilai tawanya sendiri.

Aisya tersenyum dan melemparkan pandangannya keluar. Haish. Macammana aku nak balik rumah nanti ni. Bukannya aku ada bapa yang boleh datang menjemputku naik kereta. Ah, redah saja!

Bapa Aisya tidak tinggal bersama dengan mereka lagi sejak dia berkahwin lain. Sejak itu, mak sajalah yang bekerja keras membesarkan anak-anak. Aisya menyalahkan bapanya atas semua yang terjadi. Biasalah, anak yang dibesarkan tanpa bapa kan "rebel"? Getus Aisya. Tapi se"rebel" mana pun dia, dia tetap menghormati mak. Dia kasihan melihat mak. Pagi petang bekerja sebagai ustazah, malam pula bersengkang mata menggentel karipap untuk dijual secara "underground" kepada para pelajar. Karipap mak selalu habis. Murah dan sedap kata para pelajarnya. Kalau dibandingkan dengan karipaa di kantin, jauh bezanya. Itulah mak, pemurah sangat. Entah unung atau tak berniaga macam tu, getus hati kecil Aisya lagi.

Kriiinngggggggggg!!!!!!!!!!!!!!! Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Maka bertebaranlah para pelajar meninggalkan kelas termasuklah Aisya. Tapi langkahnya ke kantin sekolah. Matanya tak jemu melihat seorang demi seorang rakannya pulang menaiki kereta ayah masing- masing. Ada yang naik mercedes, bmw, wira, kancil pun ada.

Tak mengapa, lepas hujan turun karang, aku balik lah. Walau sedikit kerisauan bergalau di hati, kerana kawan Tiram itu adalah kawasan hitam. Di kawasan belakang bukit berhampiram sekolahnya, pernah ada kejadian rogol dan bunuh seorang pelajar perempuan dua tahun lepas.

Takpe, tawakkalalallah! Bisik hati Aisya.

Sedar tak sedar jam hampir menunjukkan pukul 7 petang. Hanya tinggal dia dan makcik kantin yang bersiap untuk pulang. Dan hujan masih tak menunjukkan tanda ingin reda.

Dari kejauhan dia melihat seseorang berpayung besar berjalan dalam kehujanan. Dan Aisya semacam kenal akan payung itu. Eh, macam mak,! Tapi betulke? Mak Aisya tak pernah datang menjemputnya dari sekolah walaupun waktu sekolah rendah dulu. Prinsip mak, biar anak mak berdikari, dan mak juga ada lagi anak kecil yang perlu dijaga.

Ya, mak yang datang menjemput Aisya! Air mata Aisya bergenang. Dia terharu sangat. Kasihan mak! Mak sanggup meredah hujan untuk menjemput aku pulang! Mak! Aisya sayang mak! Jerit hati Aisya. Sebab Aisya takut hilang "macho" kalau dia ucapkan pada mak.

" mak! Kenapa mak datang juagk jemput cah?! Kan hujan ni!" Aisya cepat-cepat pergi ke arah emaknya.

"mak taknak anak mak balik basah, nanti demam pulak, mak yang susah nanti" mak menyeka air hujan yang jatuh kat pipi Aisya.

"dah, jom balik" mak pimpin tangan Aisya. Dan mereka anak beranak pulang dalam kehujanan. Hujan yang penuh rahmah dari Allah.

"mak, cah sayangggg mak" Aisya tersenyum memandang mak. Dia tak kisah kalau egonya jatuh ke kerak bumi sekalipun untuk dia ucapkan sayang pada mak.

"mak pun sayang cah juga"

Air mata mengalir jua :( BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, August 21, 2011

Things that i wants

Petang td pergila beli jugak baju kurung aiyris kat nilai. As all know, im so cheapskate so the best price that i got was rm 35 for her baju kurung ngehehehehe. Apa menjadahnya beli baju kurung budak kecik cinonet yang mahal2? Hehe

Nak beli barang ni yang dah lama ngidam sebenarnya, the wish list goes to:
1) bedak compact MAC or bobby brown. Dapat pakai sekali pon jadila
2) mesin jahit. Supaya boleh jahit baju kurung sendiri dan aiyris


Tu je kot? Hahaha kekonon wishlist padahal 2 benda je.



Tengah tengok stanza cinta ni. Apa la amni ni taknak kat aaron aziz tu? Kesian dia. Pulak tu ustaz taufiq tu ke nak dikahwinkan dengan budak pas spm tu kan?

Cer citer BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, August 20, 2011

Testing blogging from iphone

Okay. Testing testing one two three.

Raya dah nak dekat. Tapi entah kenapa aku langsung tak bernafsu nak sambut raya atau prepare untuk raya ni. Baju kurung aiyris pon takde lagi.

Dah dua kali tak berjaya upload gambar budak kecik ni. Takpe. Cuba lagi. Gunakan kaedah cuba jaya.

Apakah cerita singh is the king ni penuh dengan kebodohan yang melantun2 ?? Aku taknak g shopping and aku taknak tgk tv citer bodoh ni and apa aku nak buat sebenarnya ni??

Adoila adoila. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, August 11, 2011

Iran:Conclusion dah. takde masa nak buat part2 3 bagai

Salam..

Bukan niat di hati tak nak update blog, tapi setiap kali nak upload gambar, mesti tak berjaya. Semacam ada setan kat dalam p.c ni.

So, sebab dah basi, saya nak bagi konklusi sajalah (dahla tu, takda gambar pulak), hehe:

  • Kat Iran kat tetepi jalan dia baaaanyak dorang tanam rose, macam pokok bunga kertas la kat msia ni, tapi, pavement kedai kotor, mcm takde simen
  • Orang-orang dia, fulamak, canti-cantik, jenis yang dagu terbelah mcm siti nurhalize tu, hidung terpatuk, putih2..jarang aku nampak pompuan dia yang gemuk, tapi pakaian dorang tetap sopan la. Salute!
  • Cheese kat sana murah, dorang kata. tapi aku rasa bagi kita, mahal gak kot. Kat sini cheese tu ibarat belacan la. Pagi petang siang malam dorang makan cheese.
  • Cara pemanduan dorang adalah sangat teruk. ruthless. dangerous. sakit jiwa and jantung aku naik teksi dorang. pulak tu keta sume jenis lama plak. mau tak tercabut tayar keta dorang tu. Bumper main langgar je, trafik light takde sangat, kalau ada pon dorang main redah je. Orang yang jalan kaki pon dah macam berluma dengan org yang bawak kereta. kira dorang ni mmg tak takut keta la.peh! Sampai aku heran kenapa takde pemandu F1 daripada negara Iran ni. Peh!!

So, overall Iran ni cantik, tapi next time kaalu pergi, better go with pakej.