Google+ Followers

Friday, April 11, 2014

Koleksi Gambar Jebat.





Mommy memang suka ambil gambar kaki baby yang baru bersalin . Tebiat apa ntahla, tapi maybe mommy terikut perangai nenek Kamariah kamu nak.. ;')

Sedang diberikan oksigen. Barulah merah nampak muka tu. Kalau tak..

Yang ni tajuk dia Kim Tan nak pergi kerja. hehehe

B.O.L.A.T

yippiyayyayyayayayyyippiyayayayy *groovy dance*

Budak Semenyih memang selalu renyeh, Macam hari-hari, hari raya. #havoc

Lepas berjaga malam, sian saya ngantuklah..

nak susu

Gambar ni mommy cucuk hidung dia sikit. hehehe


Semasa masih bernama KimTan.

Okay. Sekarang Panggil saya Jebat. Jebat FOO.

Tarik rambut kakak di kala kakak tidur memang best.

Ni masa di Pangkor. Mommy takleh mandi laut. Kalau mommy mandi siapa nak jaga syaye?

Dah besar esok saya mesti simpan misai (read: SAYA MESTI PILIH!-iklan bank rakyat)

I kiss mommy, Daddy and kakak aiyris a lot.


Sekian, Kalau mommy saya rajin lagi, nanti dia upload lagi. Daaaa

Wednesday, April 9, 2014

Kelahiran Putera Kami, Aisy Zayden *Jebat kim tan*

Seperti yang dijangkakan, kelahiran kali kedua ni memang overdue. Kali ni hampir 12 hari. Takde lah maknanya berjalan ke hulu-hilir dekat satu km pergi balik dari pejabat ke lab, huh penat.

Takde maknanya.

Reason yang doktor bagi, mommy is big frame and baby can grow more until he decided to come out. Lagila cuak kan kalau dengar macam ni : "Puan, tahniah, baby puan 6 kg" 

Ngeri. Maka baca punya baca petua bersalin mudah kat internet, maka dengan ini saya cuba bereksperimentasi dengan memakan EPO supplement. Pukul 12 malam makan, pukul 6 pagi berikutnya dah start rasa contraction. Yeay alhamdulillah.

So siap2 pergi hospital tengahri tu (tunggu husband balik). Check-check jalan (Bab check jalan ni yang cuak ni, teringat pengalaman bersalin dulu). Nurse kata baru terbukak 2 cm, i was like Whattt?? sakit dah sangat-sangat ni.

Balik dan malam tu memang manahan sakit je. Setiap 15 minit rasa sakit dah tapi relaks je balik umah dulu sebab wad bilik sorang dah penuh.  Dijadualkan kalau on 26/3/14 tak deliver, doktor akan induce. TAK to the NAK. TAKNAK!

Then malam tu pukul 3 pagi,  sakit dah selang 5 minit, terus kejutkan husband and terus shoot ke Az Zahrah. Nasib baik akak ada, boleh tolong jagakan aiyris kat rumah. Thanks kak.

So, pukul 4 a.m sampai hospital check jalan sume still 2 cm. So mak is cuak. Apa sakit2 ni tak bukak2 ni. Perasaan mula bercampur baur, kena operate ke ni? kang operate bil mau 7-8k ni. MAsakkk!

Doa banyak2 supaya tak kena operate.  Disebabkan tak tertahan sakit, maka, aku pun minta jab pitedin. Jab tahan sakit. Ponn tak jalan..dulu masa aiyris lepas jab ni boleh gak tidur semalam, ni tak berkesan langsung. Tidur dalam 20 minit, then terbangun sebab sakit. Gagahkan juga solat subuh. Solat duduk je. Islam itu agama yang mudah hehehe.

Lepas breakfast dengan menahan sakit, dalam pukul 10, baru masuk wad bersalin. Sebab waktu tu baru ada wad bersalin yang kosong. Dipendekkan cerita, lepas nurse jab something dalam iv, doktor check jalan and predict dalam pukul 1 akan keluar lah baby...

Pukul 12.30tgh, bermula la episod push2 ni. Push2 tak keluar. Keluar sikit je. Daaahhh aku dah menangis dah. Ya Allah, selamatkanlah baby aku ni. Aku gagahkan jugak teran. Lepas rasa sepenuh tenaga dikerahkan nak teran ni, baby pon keluar...doktor sambut baby dan cakap "Patutlah..." Tapi aayat tu tak dihabiskan. Cuak. Risau. Aku menangis lagi. Hahaha. Once crying, hard to stop.

Lepas doktor letak baby kat dada, tengok sekejap terus nurse ambil untuk bersihkan baby. Husband cakap, everything is ok..jangan risau..

Tadaa... ni la baby tu. Jebat.

Anak mommy

LEpas dibersihkan, Aisy zayden.


Rupanya, Baby dah terjerut tali pusat. Shiaann dia..
Kaki Jebat ni kuat. Masa nurse nak pakaikan tag tu, kaki menendang-nendang sampai nurse kena bersabar dulu hahaha. Boleh jadi pemain bola, kata daddy dia.



Alhamdulillah.. Bermulalah kehidupan kami bersama seorang lagi hamba Allah.