Google+ Followers

Wednesday, October 31, 2012

Flasher

Korang tahu tak flasher tu apa?

Flasher tu gelaran untuk orang lelaki gila/sewel yang suka menunjukkan kemaluan tanpa sebab yang reasonable. Wah nak reasonable ye kau hahaha?

Citer dia berlaku beberapa bulan lepas. Aku baru teringat citer ni pagi ni hahaha. ok ok back to the point.
Malam tu aku dan Mr Pali and aiyris nak gi beli barang kat kedai. Kitorang kena naik kereta yela rumah kat kat ceruk jadi kedai pun dah berapa kilomter dah dari rumah. Masa tu aku drive. Masa tu baru lepas hujan. Jadi kat jalan raya pun tak banyak kereta dan tak banyak orang.

Jadi, masa drive tu aku pun ternampak la sorang budak lelaki ni. Muda lagi aku rasa dalam darjah 6 macam tu..Berseluar pendek paras lutut macam tengah kesejukan berdiri kat simpang. Masa kereta aku pass by budak tu, aku terfikir, apa la budak ni buat dah malam-malam ni balik la boleh pulak kau main hujan kan? Dalam hati aku kesian/pelik/fikir apa mak bapak budak ni buat tak check ke anak korang gi mana? 

Aku ni jenis yang curiosity tak bertempat tau. So dalam beberapa minit pas tu, aku tengok la kat cermin belakang, aku nampak budak tu melondehkan seluar dia. Siyes aku nampak. Kebetulan bas Uni Nottingham berselisih dengan kereta kitorang. So nanti banyak la awex turun.

Terus aku gtau Mr Pali. 

Boleh dia kata

'Budak mana? takde pun nampak budak kat simpang tu?"

Biar betik bang oi. aku confirm aku nampak.

Ok now bertukar menjadi seram.








Tapi kan. 



Setan pun ada yang jenis flasher ke?

Wednesday, October 24, 2012

Oh not again!

Lunch.

Since i didnt bring my purse to work and hence no money to buy food. I only have coins in my drawer and got almost RM2 yeay. That's gonna be enough of one packet of teh tarik and kerepek pedas respectively in the pantry room.

With that teh tarik i eat.

No lunch.

Those kerepek were so scrumptious in my mouth and 10 minutes later...























I just realised the additional microorganisms on the surface of the kerepek.
Matilah. Food poisoning again?


I really hope that it was not the additional microbes i just munched.

Huwaaaaa!!!!!

Lagi sekali

Pagi ni.

Pot pet pot pet...
Eh u dah breakfast? jom gi breakfast?
Okay!
Seluk-seluk handbag cari purse. Tak jumpa. Ish tak boleh jadi ni. Angkat bag letak kat pangku, selongkar lagi.

KONFEM purse tertinggal.


Nanges!

p/s: Dahla harini ada car boot sale!

Monday, October 22, 2012

Pagi Isnin yang malang. Isnin adalah hari paling dibenci sedunia.

Pepagi lagi bila aku sampai office/lab, jumpa dua orang kawan aku. Sorang baru balik Hawaii. Sorang lagi baru balik Australia. Dua-dua tengah berborak tanya pasal perjalanan masing-masing. Bila aku sampai dan aku hai-hai lebih kurang, tapi still aku kat situ. oo oowhh AWKWARD MOMENT!.

Pernah jadi macam tu kat korang? 

Ye kau tak mampu, buat cara tak mampu okay? Kata hati aku. aku memang selalu kena marah dengan hati aku. Kekadang aku pun marah dia. hahaha!

Dan kejadian malang hari ni ada lagi. 

And now i totally understand those who seldom complains about civil workers. Memang staff kerajaan YANG TAK BUAT KERJA ni rasanya dorang buat apa eh? mesti dok main facebook, chatting 24 jam. Borang pencen aku dah terperuk dalam file dorang dah dekat 2 bulan! bila aku call, aik, aku pulak yang kena sound?! ai main kasar nampak?

Lepas tu pulak, dapat berita yang peruntukan untuk ke Australia dibatalkan. Mana emoticon nanges ni!!!!!????






Tapi.

Harini.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Maka BERSABAR DAN BERTABAHLAH.


Ni belum amek kira bunyik gedegung gedegang dorang tumbuk sampel depan bilik aku DAN GUNA LIQUID NITROGEN YANG AKU SENDIRI ORDER.

DAN budak negro yang bau busuk ya hamat nak mencari aku lagi nak pinjam barang la tu kan? Saja aku lari. Biarla.


Ya Allah, Dugaan sungguh hari ni.

Sabar...

Tuesday, October 9, 2012

Langkawi Trip (Part 2)




Hahahaha sebab aku ada free time ni, aku sambung part 2 jyeahhhhh!!!!

So Hari kedua dimulakan dengan hujan, hari ketiga pun sebenarnya..Tapi aku tak mengeluh pun sebab aku suka hujan! Dari dulu tak pernah tak suka hujan..Serius tak tipu.. Jadi hujan dah makan setengah hari. Lepas makan lunch=RM 60++, murah kan?? makan 8 orang..ha kau..amek..pikir punya pikir..next plan..!!!! kami pun survey la Haji Semail Group ni hah..kau jah,, excited lagi mak jemah!!!

Tapi mak jemah maintain..sebab mak jemah hari ni survey dulu..hahaha

Ni la dia tempat berpuaka itu.. kena control kekuda ya mak jemah sekelian..




Kekuda mak jemah masih boleh dikawal..MURAHHHHH!!


Nampak bapak budak tu? kesian dia..nak round lebih2, kena jaga anak, mak budak menggila kat dalam..ni kedai sebelah Haji Ismail Group HIG, Tapi kedai ni mahal la..
Murah beb..Tapi pikir dua tiga kali sebab kang nak angkut naik belon macam mana???

Lepas tu kitorang park kereta kat resort, jalan kaki je ke UNDERWATER WORLD! yahoo... wey sapa layang bongek sangat cakap tempat ni tak best?! best la woi..bawak budak-budak..mak budak pun teruja!

Tengok..dah kata..muka excited kan?

Ni ikan yang mulut buaya tu..
So malam tu makan kat Restoran Wan Thai..Suggested by Yan. 

Yang ni Soft Crab masak 3 rasa, rasanya. hahaha

Kerabu mangga

Tom Yam. Sedap!


Budak Sesat.



Peace!

Memang sedap. Sekali dapat bil RM 300. Aku macam hesitate je nak bayar. Pastu dia tengok muka ketat aku, dia pun cek balik bil. Rupanya cuma RM 208 je. WOW! murah. 10 lauk nasi air semua. murah la kan. 8 Orang makan..

Balik tido.

Wednesday, October 3, 2012

Langkawi Trip! (Part 1)


Tengok tajuk di atas kawan-kawan...ada part 1 bagai. aku takut sebenarnya nak letak part ni, takut tak tersambung! hahaha baca je la eh! hewhewhew

Been ages since i promised myself to blog about Langkawi Trip. Macam sikap procrastination yang menebal dalam diri ni bertimbun-timbun tebalnya. So, kitorang sangat bertuah la dapat free seats from AA. Actually tak free pun sebab tax insurans gedebuk gedebak dah Rm 600 untuk 4 dewasa 4 kanak2. Tapi still ok la kan..

Flight ke Langkawi pukul 12.45 tghari on 4 september 2012, Tapi akak aku setahun awal dah imagine naik tangga kapal terbang hahahahahahahaha. Kelakar giler la kakak aku ni. Maklumla tak pernah naik kapal terbang, macam aku dulu la rasa first flight ke Kuala Terengganu tu. kan? hahaha.

Pukul 9 pagi teksi innova dah ambil kami di rumah. Sepanjang perjalanan ni excitednya Ya Allah, tuhan je la yang tahu. Yela kami orang susah, sekali dapat naik kapal terbang sekeluarga MasyaAllah, havoc dia boleh tahan! hahahaha.

Klimaksnya, dalam perjalanan ada budak muntah atas mummy dia. Tak lain tak bukan Aiyris Zarra! Tadaaaa..sampai airport terus tukar baju. Sabar jela..

Lepas tukar baju kena muntah, muka ada senyumm....

Happy giler muka Adik dan abang..alahai isk isk..terharu aku!

Kakak dan Aiyris..baca buku konon..tengok lima minit pastu....

Budak sesat ni pun first timer naik flight..sapa tah  tak kenal

Tu la kakak aku. muka cuak la takleh cover! hahahaha


Dah kata.. 5 minit pastu krohhh..krohhhh


Flight to Langkawi tak lama pun, 45 minit sampai sudah..Lepas tu suami ai terus cari kereta sewa, dapatla Innova dalam RM320 untuk 4hari3Malam..kira ok la harga tu..kereta pun ok..terus zaaasss pergi cari hotel kami, Langgura Baron Resort. 

Tepi Pantai kau! best giler. Tapi Hampeh, tak mandi laut pun. pui..

Pemandangan otw to Resort..Cantik..Jakun kejap tak pernah tengok sawah..yeah, Jakun exist in everyone!

Ni Aseania hotel. Tapi tak book. Luar pun dah nampak buruk. sorry Aseania!

Bersambung..