Google+ Followers

Monday, February 25, 2013

Mulianya hati Pak mi dan Mak Intan..


Hari ni ada anjakan paradigma yang besar antara aku dan haiwan lepas aku tengok pakmi shelter kat blog serius.

Pakmi bela bukan 1 atau 2 ANJING, TAPI 500  ekor lebih anjing.
Segala makan, pakai dan sakit pening anjing tu mereka berdua yang sediakan dengan bantuan orang ramai.

First aku tengok, ish. seriau.
Second time.. Hai comel lak anjing ni..

Pakmi sayang sangat anjing-anjing terbiar tu..dipeluk, cium anjing tu. Sebagai orang islam yang biasa, aku ada gak rasa geli, dalam hati eh boleh ke pegang? Macam mana nak solat?

Jauh dalam hati aku memang suka anjing. Dari kecik aku pernah tanyakan pada arwah mak, "Mak, boleh lin bela anjing tak?" naif sungguh soalan masa tu. Tapi mak kata haiwan tu haram dipegang.

Tapi, my respect to this man is beyond any words could describe..mulia sungguh hati dia..

Korang sanggup nak ambil, bela, ubat anjing kurap jalanan?

Aku pun tak sanggup..

Tapi pakmi sanggup..Dalam sejuta, dia sorang je kot yang dedicate life dia untuk bela anjing ni..


 

Respectt pakmi...Allah je la yang balas jasa pakmi dan mak intan ;)

Thursday, February 7, 2013

Sajak hari ini

Hari ni rasa kecik hati..



Maka hati ni memang dah bulat nak tukar kerja.
Cepatlah dapat result..
nak tinggalkan kerja sekarang ni.
Tak dihargai, overwork, underpaid.
Kalau dihargai takpela juga,
Ni kena perli setiap masa dan ketika
Mereka yang suka mengipas bontot bos akan dipuja dan dipanggil setiap masa.
Tak apalah itu mereka.
Aku bukan mereka.
Aku adalah aku, 
Nak suruh aku kipas bontot bos?
Kirim salam sikit.
Korang pergilah kipas sampai berasap.
Aku nak chow.
Kau yang kata molecular tak kemana kan?
OK.
Fine.

Wednesday, February 6, 2013

Tak tahu nak kata apa..

Kesihatan yang tak berapa memuaskan..

hidung tersumbat, sesak nafas asthmalah apa lagi dan all post fever symptoms.

Pun.........begitu, kemas umah tetappp....



























Pagi ni habis macam tu je, jumpa blog pompuan ni, marah kat pompuan tu, pompuan ni main kayu tiga cerai dengan laki dia, and the curses continues...



Satu je yang aku dapat simpulkan kat sini.
Aku sedih dengan anak-anak dia.

Side? Both sides pun tidak. Lantak la korang nak gadoh bertumbuk ke apa. Tapi yang penting kesian kat anak boleh tak?






Ni la bila agama letak bawah bontot.