Petang tu hujan lebat melanda kawasan kampung Tiram. Bagi pelajar tingkatan dua sekolah menengah kebangsaan Tiram, pelajaran diteruskan walau sekali sekala cikgu rosnah yang masih belum berkahwin itu terpaksa berhenti mengajar kerana takutkan guruh, dan sementelah iu jugalah murid- muridnya tergelak melihat gelagat cikgu muda itu dan salah seorang daripadanya Aisya humaira.
"haa kamu gelakkan cikgu yee!! Siap kamu semua " nada cikgu Rosnah di akhiri dengan hilai tawanya sendiri.
Aisya tersenyum dan melemparkan pandangannya keluar. Haish. Macammana aku nak balik rumah nanti ni. Bukannya aku ada bapa yang boleh datang menjemputku naik kereta. Ah, redah saja!
Bapa Aisya tidak tinggal bersama dengan mereka lagi sejak dia berkahwin lain. Sejak itu, mak sajalah yang bekerja keras membesarkan anak-anak. Aisya menyalahkan bapanya atas semua yang terjadi. Biasalah, anak yang dibesarkan tanpa bapa kan "rebel"? Getus Aisya. Tapi se"rebel" mana pun dia, dia tetap menghormati mak. Dia kasihan melihat mak. Pagi petang bekerja sebagai ustazah, malam pula bersengkang mata menggentel karipap untuk dijual secara "underground" kepada para pelajar. Karipap mak selalu habis. Murah dan sedap kata para pelajarnya. Kalau dibandingkan dengan karipaa di kantin, jauh bezanya. Itulah mak, pemurah sangat. Entah unung atau tak berniaga macam tu, getus hati kecil Aisya lagi.
Kriiinngggggggggg!!!!!!!!!!!!!!! Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Maka bertebaranlah para pelajar meninggalkan kelas termasuklah Aisya. Tapi langkahnya ke kantin sekolah. Matanya tak jemu melihat seorang demi seorang rakannya pulang menaiki kereta ayah masing- masing. Ada yang naik mercedes, bmw, wira, kancil pun ada.
Tak mengapa, lepas hujan turun karang, aku balik lah. Walau sedikit kerisauan bergalau di hati, kerana kawan Tiram itu adalah kawasan hitam. Di kawasan belakang bukit berhampiram sekolahnya, pernah ada kejadian rogol dan bunuh seorang pelajar perempuan dua tahun lepas.
Takpe, tawakkalalallah! Bisik hati Aisya.
Sedar tak sedar jam hampir menunjukkan pukul 7 petang. Hanya tinggal dia dan makcik kantin yang bersiap untuk pulang. Dan hujan masih tak menunjukkan tanda ingin reda.
Dari kejauhan dia melihat seseorang berpayung besar berjalan dalam kehujanan. Dan Aisya semacam kenal akan payung itu. Eh, macam mak,! Tapi betulke? Mak Aisya tak pernah datang menjemputnya dari sekolah walaupun waktu sekolah rendah dulu. Prinsip mak, biar anak mak berdikari, dan mak juga ada lagi anak kecil yang perlu dijaga.
Ya, mak yang datang menjemput Aisya! Air mata Aisya bergenang. Dia terharu sangat. Kasihan mak! Mak sanggup meredah hujan untuk menjemput aku pulang! Mak! Aisya sayang mak! Jerit hati Aisya. Sebab Aisya takut hilang "macho" kalau dia ucapkan pada mak.
" mak! Kenapa mak datang juagk jemput cah?! Kan hujan ni!" Aisya cepat-cepat pergi ke arah emaknya.
"mak taknak anak mak balik basah, nanti demam pulak, mak yang susah nanti" mak menyeka air hujan yang jatuh kat pipi Aisya.
"dah, jom balik" mak pimpin tangan Aisya. Dan mereka anak beranak pulang dalam kehujanan. Hujan yang penuh rahmah dari Allah.
"mak, cah sayangggg mak" Aisya tersenyum memandang mak. Dia tak kisah kalau egonya jatuh ke kerak bumi sekalipun untuk dia ucapkan sayang pada mak.
"mak pun sayang cah juga"
Air mata mengalir jua :(

No comments:
Post a Comment