Wednesday, September 21, 2011

Aku SLOW

Sama ada aku mengalami sindrom slow atau aku memang naive aku pun tak tahu. Tapi kebanyakan kalinya aku di laserkan depan orang ramai aku akan senyap je tanpa sebarang reply or feed back. Balik rumah baru la terfikir oooo si polan tu kata aku cenggini cenggini..

Kejadian ni berlaku jumaat dua minggu lepas. Bos aku ni suka buat keja last minit, so bengkel perasmian projek 10 juta dia nak buat pas raya la jugaaaakkkk... Tak nyempat2. Dah tu dia assign kami kuli dia yang tiga orang ni kesana sini.

Bos aku ni jarang involvekan aku kerja berkaitan admin. Aku tunggu la jugak kan bila dia nak suruh aku buat. Tapi dia ni asyik suruh si H dan si Z ni. Si H ni hangen orangnya and tak confirm lagi jawatan dia. Dia pun sorang2 nya r. O yang tak ada master. So dia hangen dalam baaanyak benda.

Pas event tu kami duduk kat meja makan ada la dekat 10 orang bebudak ofis lagi. So si H ni menyuarakan ketidak puasan hati dia kat depan2 orang semua.

Si H: aku angen betul la dengan prof ni bla bla bla ...

Semua krang simpati la kot dia je yang kena marah. Temasuk aku lurus bendul ni.

Si H: tengok mcm aku ni tak confirn keja lagi, keja kemain banyak tapi tak nak plak dia sahkan jawatan aku! Dia kata aku tak ada lagi. Tapi si azrin ( sambil tangan tunjuk kat aku) pon tak de publication lagi masa tu.. Kenapa dia boleh confirm??!! Aku tak boleh?? Adil ke!!

Masa ni aku senyap terkedu kejung mcm kayu. Aku bengang. Kalau ikutkan hati aku leh je confront dia pas bebila kan tapi aku fikir balik tak guna cakap dengan orang emosi macam ni. Mcm kau curah air ke daun keladi. Lagipun aku kan nak keja lama kat situ.

Tapi tula sampai skang aku takleh terima lagi apa dia kata. Apa kaitan aku dengan situasi dia??

Sebenarnya bos kata kat aku yang budak ni takde master, dapat pulak director baru yang hampeh lagi la susah nak confirm kan mamat ni. Tu je.

Suh buat master tak nak! Bengang je aku ni kan. Tu tak kira bengang aku gaji yang sama dengan budak degree kan?? Tapi ada aku blame kau tak bodo? Takde kan??

Shall la!!
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments: