Google+ Followers

Wednesday, December 28, 2011

Nik. Mat. Nikmat.

Aritu terdengar kat tv ke kat radio. haa radio ikim..ada sorang penceramah ni cakap pasal kenikmatan.

Kenikmatan beryukur adalah kenikmatan yang paling best sekali-lebih kurang la tajuk dia.

Dia kata, zaman rasulullah dulu, ada sorang sahabat datang jumpa rasul..dia kata dia ada ada segalanya. binatang ternakan berkembang biak, rezeki melimpah ruah dan sebagainya. Dan sahabat ni kata, setiap kali dia hitung nikmat kurniaan allah ni, dia akan bersyukur. Sampai satu masa tu, dia dah tak larat bersyukur dah. Sampai dia berdoa " Ya Allah, banyak sungguh nikmat yang kau berikan kepada ku ini ya Allah..tak terhitung sehinggakan bersyukur kepadaMu  pun telah aku rasa nikmat Ya Allah"..

Point: Sahabat tu sangat rasa bersyukur sampai dia rasa beryukur tu pun suatu kenikmatan.

Er korang paham tak?

Alhamdulillah. Sahabat rasa bersyukur. 

Kita?

Tuesday, December 20, 2011

Anime bengong.

Atas nasihat adik iparku Poni, aku pun dengan excitednya bukalah juga, nak tengok apa yang seram sangat kan?

cer kelik link ni la kalau berani.

Sekali kauu.. ha hamek.

NAk jadikan cerita, malam semalam aku basuh la pinggan yang pending kan? Dah la lampu dapur terbakar, aku pakai lilin je la kan? Dok pada aku cuci-cuci pinggan tu, aku teringat-teringat je cerita ni. haishh, tak leh jadi ni, kena gak panggil laki aku suh teman.

"abang, teman rin jap, rin teringat la citer anime tu. seram. chill." Ohhooooo silap besar la aku disitu kan, sebab bagitau kelemahan aku pada suami aku ni.

"okkaay, abang teman!" aih, laju je teman. Em ok gak kan, senang sikit abes keja aku kan? so aku kembali la meneruskan cuci pinggan, mangkuk , periuk, kuali dan dapur sekali. Bak kata kawan aku ayin, dapur yang bersih adalah ketenangan hati? emm lebih kurang la tu.

Dengar kat ruang tamu, suara laki aku and anak aku dok terkekek-kekek ketawa. Apalah yang dorang buat tu kan? Takpelah, tengah happy letteww, tadi dua beranak tu merajuk sesama sendiri sebab anak dia sayang mummy dia lebih.

"Mummy, tengok la kami.." Laki aku jerit dari ruang tamu.
Ishhh orang nak buat keja la. Ok, aku stop cuci pinggan tengok dorang dah takde masuk bilik. ishh mengacau je la.

"Mummy.. tengok la kami ni mummy oiii" laki aku ni karanggg. Aku pun berenti la cuci pinggan jap. Tengok-tengok tak dorang masuk bilik lagi.

AKU DAH FEDUP LA KAN. MAIN-MAIN EH?

"Abang meh je la kat sini, rin nak cuci pinggan ni.." aku sambung la.

Sekali laki aku datang dengan lajunya sambil buat gaya hantu dalam anime tu, crippled. Aku macam

"KEPALA OTAK LAAAAAAAAAAAAA"

ha..yang tu luar sedar ye. sapa suruh terkejut kan aku kan?

Bengong punya anime.


Friday, December 16, 2011

Fetal pose. By solja gurl.

Anak Ku..


Tula siapa suruh lompat-lompat atas tilam pastu jatuh-jatuh tergelak-gelak bagai? Ngehehehehe sebenarnya itulah taktik mummy supaya aiyris tidur awal. On time! 
Hehehe

Mummy selalu fikir, apa yang aiyris mimpikan sekarang ni ye?
Tapi mummy lagi suka bila mummy pura-pura tidur, aiyris cium mummy baaaaaaaaaanyakkkk sekali dalam dunia.

Rasa heaven je kasih sayang tu.

Tapi mummy nak anak mummy pun bahagia dunia akhirat.
InsyaAllah..

Thursday, December 15, 2011

Ular lidi

Cerita di Rice glass house. Minah Arab nama dia Khadeeja. dia punya glasshouse. Aku takde glasshouse sebab kerja aku kat lab je.

So sedang asyik kami mengambil sampel, aku ternampak macam sesuatu pergerakan. Macam ranting kayu yang bergerak-gerak. Eh, tapi kenapa aktif sangat ni? Coobaannnn..
Cuba tengok benda tersembunyi..Cak!

Sekali nampak mambang la.. ni ha..hamek kau. siap nganga mulut lagi.Nak lagi gambar? ha hamek kau!

Panjang rupanya kau..


So, aku expect khadeeja dah selalu jumpa makhluk Allah ni sebab glasshouse dia ni dah ala-ala hutan rambo dah aku tengokkan. Cuba kau teka, apa aku cakap nak suruh minah arab ni keluar lari ke kereta dengan selamat?

Sambil tarik nafas..

"Khadeeja, i think we have to get out of here and get someone to accompany us here.." Ketakutan.
"No..no..no..(apa kau ingat ni lagu black eye peas ke? no no no...dont funk with my heart..??) it will go back..syuhh syuhh" tangan halau-halau ular tu. Kau syuh -syuh kan ular tu ye??

Oii ular tu bukan reti bahasa oiii..ohhooooooohoii! kalau dah mata bertentang mata...hati di dalam bagai nak gileeee..heyy! Eh lari topik ni.

"No khadeeja, now!" Aku grab tangan dia lalu kami berlari berpimpinan tangan. Zass masuk kereta. Gila kau. ular tu kalau nak kejar kami boleh je takdak hal. Sebab apa? sebab dia stress nak keluar dari glasshouse tu tak dapat-dapat.

So, alhamdulillah dah selamat dalam kereta. So aku tanya la dia kan..

"so, you saw many snakes before here in the glasshouse?"

"No..no..no... this is my first time also!" Muka ada senyum. Cibs la. Kau pun baru first time ye? pastu ko main syuh syuuh kan ular tu ye? PANDAI!!!





Tuesday, December 6, 2011

Broccoli broccolo soup for the soul

Broccoli soup by Chef Gordon Ramsay




I browse on the internet and found how to make broccoli soup. It is easy peasy and yet, tasty. Even my daughter loves it so much!

Recipe:

1 clove of broccoli, make sure it is green and fresh,cut into pieces and not to small.
A pinch of salt.
Mozzarella cheese (as this come later and optional for those who wants to diet, can ignore this)

How to:
Boil broccoli until it is smooth. Take and toss it aside. Spare the boiled water.
Blend the broccoli with the spared water. (not too much because you dont want your soup to be diluted-apakah bahasa seperti biotech sekarang?)
Sprinkle some salt and pepper.
Blend like no body care.
Pour into a bowl and sprinkle some grated mozzarella cheese.

And tadaa.. delicious broccoli soup for the soul is ready to eat!




Monday, December 5, 2011

Laki Aku Yang Kelakar Dalam Diam.

Laki aku adalah seorang yang pendiam walaupun seorang yang kelakar sebenarnya. Kejadian semalam, berhampiran tol UPM. Waktu tu malam, gelap jugak la sebelum nak sampai tol tu. Dari kejauhan kami nampak beberapa ekor binatang berlari-lari tepi jalan. mula-mula kami gabra la kan, masa tu dah pukul dua lebih, dari belakang nampak macam ba-alip-ba-ya, tapi besar tak logik kot. 

Rupa-rupanya lembu. Berlari tepi jalan. Agak laju jugak la diorang berlari. Macam kuda pun ada aku tengok. Hati aku dah gabra. Kot-kot dorang terlepas ke highway nanti, takut la berlaku accident kan? Aku pun pandang laki aku:

"eiii risaunya, nanti lembu-lembu ni terlepas ke highway, then eksiden macam mana? kesian orang yang guna highway ni..ni kena buat aduan ni.." Ada gaya macam aduan rakyat pun ni. Aduhainye pun.

Sambil tengah tahan gelak dia kata " Ehehe..karang berderet je dorang nak bayar tol ni karang" 

"ish dia ni, orang tengah risau ni, patutnya kita kena report pada tol guy jap lagi ni" aku kata. 

Sambil buka tingkap untuk bayar tol, badan laki aku dah gigil-gigil tahan gelak. Dah bayar tol, tutup tingkap, dia kata "tu la, abang nak je report tadi kat budak tol tu"

"Dahtu kenapa tak report?" aku kata. Concern ni, concern.

"Abang nak report, kang jap lagi lembu-lembu tu lalu, jangan kau mintak dorang bayar tol gak, kesian lembu-lembu tu, ekekekekekekekek" Dia gelak tak hengat. Sampai keluar la air mata dia.

Aku: menyirap. Tapi rasa nak gelak pun ada jugak. Arghh benci bila dalam keadaan macam ni. (emo tarik rambut)

Mee Rebus Udang

Never think i would have made this.




SEDAP, at least my husband said.
Rasa nak buat lagi.
Tapi tak boleh,
Tapi nanti takut hilang skil?
Takpe nanti buat la lagi.
Ok..
Resepi tak ingat sebab aku main letak je.