Google+ Followers

Tuesday, June 22, 2010

Mamat indon yang tak ngertik!

haa..start dah aku ni kan.

Sambung cerita semalam la pasal indon tu. Masa aku and Pali nak pegi ambush office and show house tu kan, kitorang nampakla bos cina kopets ni instruct mamat indon tu tampal something at the front door and the area around. Depan office tu masa tu pulak diorang ada nak upgrade longkang yela, nama pun show house longkang pon kenala upgrade. Dalam gila okk itu longkang, kalau nak harapkan aku nak dukung aiyris zarra nak melangkah longkang tu, adala 99.9% possibility untuk duduk terkangkang 180 darjah dalam longkang tu.

So, by the time we nearly reached the longkang, mamat indon tu dah langkah dah. aku pon masa tu takdela nampak apa yang dia tampal kat pintu tu. Mamat indon tu tengah pegang lagi kertas tu. Aku dengan ramahnya pon sapa la mamat tu.

Aku: Dek, bos ada tak? (Kemain lagi dek eh, entah2 lagi tua dari aku). Kenapa dah tutup pintu tu?
Mata aku sambil nak baca apa yang kertas kat tangan mamat indon tu pegang.

Mamat indon: Boleh, bos ada kat dalam. Boleh masuk.
Aku: (Still in disbelief) Yeke, bos ada kat dalam?
Mamat indon: Ada kak. (Ewah2, kak dipanggilnye aku? nasib baik ko indon, kalau ko orang mesia..) Akak langkah ajee longkang tu. boleh langkah tu..(dengan yakin dia tunjuk ke arah longkang)
Aku: okk.. (berbunga gembira la konon)

Sekali kami tengok itu long kemain dalamnye. ada agaknya tinggi aku kot. Ok, aku dalam 169cm. amacam, ada beran?

Dengan hampehnye, aku pun patah balik dengan pali. Kami pegi la baca apa yang dia tampal kat pokok kayu depan tu. Sekali apa dia tulis..korang mau tahu????

ok...

BACA YE..

Today we are closed regarding the renovation that still in progress. We are truely sorry for the inconvinienced caused.
We'll be back on MONDAY.
Thank you.


Ada macam haram tak?

Sian mamat indon tu. Mesti dia tak pandai membaca kan? Oooupss..beter yet, mungkin dia tak paham bahasa inggeris la kot eh?

Kesian...

Suami aku ketawa kekek2 dalam kereta. cis.

Monday, June 21, 2010

Lalalalalalal~~~~~

Weyyy hari ni sangat monday blues.
Sangat okkkk?

Macam takde mood nak buat kerja.
Rindu Aiyris lagi.

Nak kena facing orang yang macam er..tuuut lagi. Mulut kemain manis, tapi hati macam pekung busuk nanah eyek-eyek!!

Semalam aku, mr husband and Aiyris pergi tengok rumah. busuk betul kepada seorang mamat indon ni. Tapi aku kesian pun ada.
Aku ada la booking rumah ni kat seri kembangan (tengok seh, dah jadi bukan rahsia lagi dah. mengada je ko nak rahsia-rahsia macam bajet bagus la kan?). Aritu cina kopets to kata loan aku dah approve, tunggu 2 minggu untuk sign S&P. So aku tunggu punya tunggu, dah sebulan lebey dah ni. Aku pun berkata kepada En suami aka Pali.

Aku: bang, macam mana ni, dah lama sangat dah ni.
Pali: Sabarla..ishh

Ha. Speaking of sabar ni kan, pagi sebelum kitorang gi ambush office and show house umah tu, kitorang pegila sarapan kat canai kafe kat taman putra dekat rumah aku tu. Aku and pali order roti canai dua and nasi lemak and nescafe ais. nasi lemak aku amek sendiri. Tunggu punya tunggu, air tak sampai-sampai lagi, padahal masa tu aku dah tercekik dah, mula la aku nak naik hangen. Muka dah berkerut, belakang badan aku dah panas nak marah.

Pali kata; Sabar , jangan marah, adatla makan kat luar, kita bukan makan kat umah nak cepat-cepat ni..sabar ye? nanti dibuatnya depa sembur ludah dalam air tu nak? kita bukannya nampak pun.

Aku masa tu fikir dua tiga kali gak nak mengamok.ok aku sabar. continue makan lagi. air tak sampai-sampai la kan nasi pun dah abes.

Aku: Bang, mana air tak sampai lagi ni dah tercekik dah ni.
Ok suara aku masa ni sikit pun tak menampakkan kemarahan sebab aku ingat aku kena ikut cakap suami, kalau tak berdosa wor.

Tetiba suami aku sudah tukarr jadi itu incredible hulk.

Pali: woi, air mana air?!!nescafe ais dua la.!
Aku pandang laki aku, biar betik dia ni, baru tadi mcam ustaz alim tetiba tukar jadi transformer incredible hulk?

Bibik aka waitress: roti canai dua tak siap lagi la bang!
MEmang nak kena penamparla kan , orang tanya lain dia jawab lain.

Pali: orang tanya air la!! nescafe ais DUA!! MEmang sah suara laki aku dah tukarr. Dan-dan tu jugak air and roti canai sampai. Sampai je benda tu laki aku pon senyum.

Tak paham aku. Korang jangan tertipu la wey tengok laki aku ni gentlemen la, sopan santun la, dia memang macam tu, tapi kalau tiba dia marah, mahu terbang meja makan tu dibuatnye.

Pali: Abang bukan apa, abang tak suka orang buat naya kat orang yang abang sayang, kalau orang tu buat kat abang takpe..

Cewah. jiwang siot.
Hahahaha..

p.s: eh, tetiba cerita pasal indon tu aku tak continue eh? nanti la next time, nak wat keje ni ha..

Monday, June 14, 2010

Surat dari Si Suami Sempena Piala Bola Dunia.

Berikut adalah surat yang ditujukan khas kepada aku oleh suamiku sempena World Cup 2010. So, here it goes...



Surat exclusive khas untuk isteriku menjelang Piala Dunia 2010..heheheh

Ke hadapan,

Isteriku

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

Terima kasih atas kerjasama sayang.

Agak-agak korangla kan..macam mana aku patut balas? Huaaaaa tension. Benci bola!

Thursday, June 3, 2010

Aku seorang manusia pelik. Aku rasa la.

Aku seorang manusia pelik. Aku rasa la.

Ada khabar angin (bukan la kabar angin sangat pun sebab ia benar belaka) yang mengatakan seorang JUSA, nak masuk institut kami ni ha. Nasib baik la bukan lab aku yang sekarang ni. urgghhh jusa yang sorang kat lab aku ni pon tak tahan, jusa ke? (sila baca dengan nada menyampah).

So, it was blurted out by our Director in one of the funeral we attended (one of the wife's staff passed away last tuesday, Al-Fatihah). Bila masa aku rasa aku pelik adalah bila semua orang terkejut Director cakap yang gaji dia rm16 ribu dan aku seorang je yang rasa. ala 16 ribu JE?

OKAY, i should be terkejut ok. S.H.O.U.L.D B.E. but i was not. thats is so weirdo of me.
bukan berlagak ok, sebab aku ni miskin je orangnye.

Aku tak terkejut sebab, kenapa 16k tu dipandang tinggi oleh golongan-golongan seangkatan dengan aku. itu adalah gaji mati untuk seorang pegawai agaknya. 16 k tu untuk segala usaha dia mendapatkan PhD, bekerja berdepan dengan bahan kimia yang berbahaya ( aku tulis berbahaya ok, bukan merbahaya, mana ada such word as merbahaya?), buat kajian tak terhingga dan publish-kan at least 44 paper of scientific journal of his/her entire life.

Is 16 k worth it? To face the difficulties of not getting the desired results in doing research and the risks of getting diseases.

I dont think so.

Sebab aku rasa orang yang buka booth jual nasi at many of our hypermarket seems to get a gross profit paling busuk pun 18 k babe.

And sebab aku rasa cost of living in kl and area sewaktu dengannya is just the same of the price living in hell. Mahal. Sebab tu cikgu kat kampung suami di gerik adalah antara golongan yang boleh buat rumah besar. tapi tu kat gerik la kan. Ni kl maa..mahal. ok baca K.L=M.A.H.A.L. MAHAL.

Nanny yang jaga anak aku pun dah naik kan yuran dia.

Emm lahai..

Macam mana pulak nasib orang yang berpendapatan lebih rendah daripada aku, yang mungkin gaji dia rm 700 sebulan duduk ampang. Ada pulak anak berderet 5 ke 8 anak.

Kesian babe..