Google+ Followers

Friday, May 17, 2013

Mimpi Arwah Mak..

Malam semalam mimpi arwah mak..

Cerita mimpi tu macam ni...

Mak merajuk dengan kami. Atas hal yang tak dapat dijelaskan. Kan mimpi tu?ok. Jadinya mak hilangkan diri sampai berbulan-bulan kitorang cari.

Last-last dapat tahu mak bawa diri ke Mekah..

Dalam mimpi tu aku sempat berfikir. Aku takde duit banyak dalam bank nak ke sana nak pujuk mak dan bawak balik ke sini. Takpe, aku guna kredit kad!

Sampai depan kaabah, jumpa arwah mak. Aku nanges pujuk mak balik. Nanges bagai nak gile. Aku peluk kaki dia. Aku cium dia. |Aku kata, Mak, balik la..mak tak ingat kat ejad ke? Ampunkan lin mak...

Aku nanges.

Mak kata, mak ampunkan..

Pastu aku terjaga. Bantal aku basah dek air mata. oh aku menangis rupanya.


Bila mimpi mak, memang taknak bangun dari tidur..