Google+ Followers

Friday, December 21, 2012

Bila nak tambah anak? WAKLU!

Satu kejadian yang agak sentap berlaku lama dah. Baru teringat..

"Bila nak tambah anak? nanti umur dah meningkat susah nak beranak.." makcik ni kata kat aku.

Aku senyum je " takde rezeki la makcik..."

Then awkward moment. Sebab masa ni tengah tunggu anak dia bersiap nak ke asrama. 

"Mesti makcik rindu kat anak makcik kan?" Aku memecahkan kebuntuan awkward moment tu. Yang aku tak perasan adalah nanti emosi aku yang pecah. 

"Takpe, yang sorang ni pergi asrama, kat rumah tu ada lagi".

Nah kau. Nak gelak ke nak sedih? Macam barang dagangan komoditi lak makcik ni anggap anak dia tu. Dan aku? Aku masih bengap nak paham orang perli atau orang bercakap benar. Lurus bendul. ya itu aku.

Tak pela makcik, makcik anak banyak, makcik kena bersyukur pada ALLAH. Jangan ada ujub riak takabbur yang hebat dalam hati makcik. Sebab kita tak cium bau syurga kalau ada sekelumit sebesar zarah perasaan riak tu dalam hati kita.


Kecik hati tahu? saya tak pregnant2 lagi sebab stress makcik. Stress keja, bos tak suka saya, research saya selalu pending tak dapat result, gaji saya tak besar, banyak tanggungan. Tak macam makcik, makcik kaya dengan anak, keta besar, makcik takyah risau pasal kerja sebab makcik ni desperate housewife. Takde bos yang boleh perah keringat makcik.

Saya ni mop lantai pon saya buat makcik. 

Lain kali kalau ada sesiapa tanya aku bila nak tambah anak, nanti aku jawab, "makcik buat la anak lagi, cukupkan satu pasukan bola sepak".


Moving to a new place.. what a boring title!

Lama dah tak update blog.

Recently i have moved to my new-little-comfortable office room in the capital of the faculty. Banyak barang nak kena kemas, angkut dan sebagainya. So, still in a packing/unpacking mood. So lonely. Sebab kawan semua terpisah. My partner in crime kak anna and Dr Kong. huwa. Sobs.

Sedih-sedih gak. Tapi tadi pergi Ariani nak beli tudung kokonon ada sale, nampak parking pun dah penuh siap orang double parking lagi, takpeee. nak jugak, ku gagahkan kaki masuk ke dalam. Sekali hamek kau, orang macam ulat. Takpe.. gagah lagi pilih tudung. Aku amek tu orang amek ni aku amek ni balik letak sana balik. Pilih jangan tak pilih kak. Wah gittew kan? Sekali dah berkenan 3 lai Rm 138, nak bayar la konon. tengok barisan nak bayar hamek, sampai ke belakang kedai.

Letak balik dan beredar dari situ. 

Tak pernah ada tudung Arianni dan mungkin Allah tak bagi aku membazir beli tudung memahal macam tu.

Yela tudung aku paling mahal selai pun baru RM 30. 

Im a cheapskate i know, tapi, Ada aku kesah?

Bagi aku, aku tak kisah brand apa, janji Murah. Kedua baru la cantik. tu dua je amek kira. eh ada lagi. Janji tahan lama. Aku pon bukan branded punya orang. Handbag pun pakai primavera yang RM 100 je. tu pon beli dua tahun lepas dah tak beli2 dah sampai la ni.

Kadang-kadang teringin gak nak branded tapi...

Tapi kan, ada beberapa kawan sekeliling aku kata aku ni beli barang nak branded je, yang chokia tak main.  Amboi-amboi. Sedapnye la kan mulut nak label aku mcm tu. Adakah mata mereka buta? aku coach pon tak pernah ada, mana lak ko leh kaa aku tak layan cap ayam?

Bagi aku, Kalau korang ada duit, proceed je. jangan nak compare dengan orang lain. ada duit beli, Ada duit on je pergi la holiday mana-mana.. takde duit duk diam-diam kat umah. Apa susah?

Siyes aku tak paham type kepalaotak orang macam ni. 

Ko yang pakai handbag voge da vas, pergi melancong ke oversea, tapi bila aku cakap aku pakai skincare clinique (padahal tu je la pun aku first time pakai) dahhhhh kata aku branded punya orang. Tiao!
 DAN..

Ada jugak yang duit banyak berkepuk dalam bank tapi pakai barang cap ayam.  Yang ni pun aku tak paham. Dan mungkin tak boleh salahkan dorang gak sebab maybe dorang tak paham ekonomi. Contoh: Kau beli kasut cap ayam, yang tahan dua bulan je pastu kau beli lagi. Dalam setahun kau ganti dekat 6-7 kali. kata la harga kasut tu rm 20.

Rm 20 x 12 = RM 240.

RM 240 ni kau boleh beli kasut clarks yang ya Ampun tahan sampai 3 tahun.

Which one is more economically brilliant? in a sense of time consuming and money matters? Tepuk dada tanya poket, duit cukup ke tak?


Semoga mereka diberikan hidayah untuk menambah power spec mata untuk melihat sebelum berkata-kata. wahahahahahahahahha!

Layankan gambar office baru i. Jangan kata i naik pangkat, i sepak kang. Semua r.O lab i dapat bilik baru. Tak best. sebab dekat benau dengan Director. Susah nak bertukar jadi ular.

 
My new office room. yeay!






Dapat PC baru. alhamdulillah. best keyboard dia. Virgin keyboard i named her. hahahahahahahaha.
Bila tension, boleh renung ke atas..tangan dua-dua ke bahu.