Google+ Followers

Thursday, September 17, 2009

Kasut Kerani

Rentetan peristiwa persiapan raya ni kan, OhEMjey, i dah beli kasut kerani yang i idam-idankan selama ini. Huwahuwahuwa. Cuba teka kasut kerani tu kasut apa? and, OhEMjey! i bought 2 shoes and i was like sooo Paris Hilton last nite (eii gelinye kat diri sendiri gedik rasa macam nak sepak diri sendiri sampai penyek).

Oh okay now, get my feet back on the ground.

But seriously, Korang tau ke tak kasut kerani tu apa? ngeee gelak jahat.
With the full support and persuasion from my hubby, thus he said that i should reward myself (For getting my master Degree, new job and child in my belly), i FINALLY closed my eyes and said, What the heck, it is so true that i should reward myself for being me!. Ngeh.

And today wearing the shoes, feeling so "obligated" to go to work konon2..and thus my feet got some minor bruised. ceh apadaa.

And i also bought the set bersalin already. And relocate some duit raya for the kids. and my father.

Tonite, we'll be off to Gerik.

Selamat hari raya!


Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadan buat semua..

Oh my, saya sangat letih bila fikirkan pasal raya ni sampai saya tak sedar yang badan ni kepenatan dan 9 bulan mengandung, ok? Lately, tidur saya mesti tak cukup 6 jam.

Dan bila mengandung dan especially dah menunggu hari untuk deliver ni, mak baby kena dapatkan rehat yang cukup.But, not me.

Rasa macam dah nak ambil cuti je dari sekarang. Penat. Penat. Penat.

Cakap pasal persiapan raya, Saya tak ada baju raya lagi. boleh tak kalau tak nak beli?boleh kan?
Dan cakap pasa raya juga, tahun ni saya beraya di grik, kampung suami. Bermaksud bukan di k.l, kampung saya. Bermaksud juga saya tak dapat la nak shopping katak di Jalan TAR malam raya macam tahun lepas hujan-hujan pun ku redah jua.

I could not imagine how my raya would be like this year. Raya bukan di tempat yang biasa saya sambut raya sepanjang 26 tahun yang lepas. Long journey with this raya feeling and ambiance.
bukan tak biasa balik kampung suami, tapi ini rayalah. Suatu perayaan yang orang melayu islam mesti sambut. dengan bahagia. happy.

Pernah tak saya cakap yang saya memang tak suka sambut raya? saya suka bulan Puasa sahaja. bila datang raya, mesti sedih. tak tahu kenapa. Mungkin tak pernah merasa nikmat beraya satu family yang lengkap. Jadi, raya tu tak berapa nak best.

Tu, dengar suara pengarah saya di pagi hari. huhu shuuhhh im hiding in the office!
Dia marah siapa tah.

Kuih raya pun, saya sempat buat tart nanas and biskut mazola je. Itu pun semalam kakak saya yang tolong habiskan bakar sebab saya dah penat sangat.

Oklah, di kesempatan kali ini saya ingin memohon maaf kalau terkasar bahasa, tersinggung hati dan perasaan secara sedar atau tidak, dan minta dihalalkan makan dan minum.

Selamat hari raya, Maaf zahir dan batin.
And drive safe people!

Banyak jugak perkataan penat dalam entry kali ini. Rasa macam penat la.Ha tengok, penat lagi. Stop writting.



Wednesday, September 9, 2009

Knock me down.Dushhh!

Saya tak tahu lah hari ini, kenapa dengan diri saya. Kepala pening berbuai-buai, macam nak berdiri pun tak mampu (tapi saya tetap pergi kerja, tepuk bahu sendiri ehem).

Selamat hari jadi kepada kawan saya, Yan, yang menyambut hari jadinya yang ke 27 tahun ni. Dengar citer mahu kahwen dengan Mr. Captain, Tahniah!Amin.

Tadi saya menelefon seorang sahabat lama, yang juga mengandung anak pertama macam saya. Saya masih tak berpeluang untuk meluahkan perasaan saya kerana dek beliau yang selalu menjadikan saya tempat mencurahkan segala perasaan/isi hati/mood/apa-apa yangterlintas dalam hatinya kepada saya. Dia berkata-kata dengan petah dan pantas, dan saya selalu cam bahawa orang-orang macam inilah yang selalu mencantas dan membuatkan saya lupa apa yang saya mahu katakan.

Eh, bukan saya membenci, tapi agak kelakar kerana, saya tak berpeluang bercakap.Hehehe.

Ada juga seorang kawan saya yang petah berbicara, almaklumlah, bekas debator sekolah, pertama kali saya bertemu dengan dia di UKM, iaitu di dalam lif. Saya yang memulakan perbualan, memandangkan kami baru first year dan tercari-cari teman untuk study dan sebagainya. Saya bertanyakan dia tentang suatu assignment dan ujian, adakah dia sudah bersedia? Dia membalasnya dengan panjang lebar sehinggakan saya sudah keluar dari lif dan pintu lif sudah pun mahu tertutup, dia MASIH bercakap. Hehehe lucu. Tapi itulah dia.

Saya sering kali terkelu atau terdiam. Most of the time. Tapi kalau saya diberi lebih kopi pada suatu hari itu, ehem. Mulut saya pun boleh jadi seperti mulut mereka. Details.

Bercakap mengenai ke'details"an (is there such word?), saya masih boleh bertoleransi kepada sesuatu benda yang sangat penting, sederhana penting, atau penting, serta kurang penting. Tapi saya masih mencari kesesuaian untuk mendengar bahan-bahan yang TIDAK PENTING. Saya cuma tidak suka mendengar bahan-bahan seperti itu yang mana saya kira, jika didengar pun, boleh mendatangkan lagha dan menyemakkan ruang memori otak saya. Seperti contoh, apa yang dimakan pada hari itu, atau kenap baju orang itu begini dan begitu. It just does not make any sense, kan?


Tuesday, September 8, 2009

Apa Plan ?

Em, setelah bersedap-sedapan cuti selama 3 hari yang heaven, terasa malas nak pergi bekerja itu memangla terasa sangat. Nak-nak pula kadang-kadang hujan pagi pulak tu, memang selesa sangatlah membungkuskan diri dalam gebar.Tidur, nikmat!

Puasa. Puasa kali ini memang suatu pengalaman yang baru buat saya. Pertama kali berpuasa berdua (er, sebenarnya bukan berdua sebab adik ada bersama kan), jadi banyak juga pengalaman. Biarpun sang suami bukanlah particular sangat tentang makanan berbuka dan sahur (seriously, dia boleh makan kurma dan air sejuk je untuk sahur, macam sangat zuhud ye), tapi saya yang berlebih-lebih mahu memasak itu ini, tak sedar perut dah besar, dan bila kepenatan, mulalah moody semacam sampai mulut boleh ikat dan gantung dengan hanger.

Semalam saya masak rendang ayam (maaf tak ada gambar untuk dikongsikan). Itu percubaan kali kedua saya memasak rendang, heh. Kerana pada saya, rendang adalah resipi agung yang mana ia boleh mengurniakan darjah kebolehmasakan seseorang individu itu. Pasal rendang ayam saya, Rasanya bolehla dimakan, cuma semalam kekurangan kerisik pula. Dan ditambah pula giliran kami untuk menyumbangkan kuih muih untuk dibuat moreh atau berbuka puasa di masjid, saya dengan kelam kelibutnya memasak karipap seorang diri. (okaylah bukan seorang diri, suami ada tolong menggoreng karipap, dia terer pulak goreng karipap tu,jadi licin je permukaan karipap tu tak menggerutu macam yang selalu lihat di pasar malam/juadah). Pun gambar karipap saya tak diambil. Sigh..

Cuma, saya ada cita-cita. Dan cita-cita ini timbul selepas saya membuat perangkaan perbelanjaan raya, untuk:
  • baju raya budak-budak (anak saudara saya),
  • kuih raya
  • duit raya kepada sepupu sepapat anak sedara bagai.
  • Persiapan rumah
Natijahnya bajet saya macam, erm ketat sedikitlah! Jadi, kembali kepada cita-cita saya, saya bercadang untuk membuat kuih raya! yeay! ada 3 yang saya berkenan dan reti (tu je yang saya tahu) iaitu:
  • Kuih tart nenas (yang ni saya pernah dan selalu buat dulu, pengalaman, guna butter SCS memang best jadi tart kita berbanding kalau guna buttercup. yela, mahal lagi bagus kan?)
  • biskut mazola (biskut ni senang gila nak buat, cuma renyah bila nak proses kacang tu)
  • short bread biscuit (yang ni baru nak cuba, ngeh3 ntah jadi buat ke tak)
Jadi, marilah berdoa agar cita-cita saya ini tercapai. Amiin.. hehe.

p/s: saya rindu nak bershopping di jalan TAR pada malam raya..tahun ni tak berpeluanglah...;(

Thursday, September 3, 2009

Menghitung hari..

Haaa....cuba tengok di atas..kat my baby gaga tu..haaa takut tak? kandungan saya dah berusia 9 bulan! Macam tak percaya je dah masuk 9.

And tahniah saya ucapkan kepada adik ipar saya, Pona and Pojat di atas kedatangan baby baru mereka! memang comel and sebijik muka pojat. huhu

Maybe ini juga last entry saya yang terakhir sebelum saya bersalin? mungkin ke?
Sangat takut menanti hari itu. Tak ada pengalaman lagi..

Yang saya tahu hari itu saya akan bertarung nyawa bagi melahirkan seorang lagi umat islam ke muka bumi ini. Semoga Allah permudahkan proses bersalin saya nanti, amiiinn