Google+ Followers

Friday, January 7, 2011

Menderma!

Bila pagi , bukak paper, baca mesti selalu ada kisah sedih.

Kisah sedih tu selalu buat aku takde mood sampai petang. Macam tadi aku terbaca mangsa sula kat kulaijaya memerlukan bantuan kewangan. Kesian budak tu. skang dia dah remaja la. tapi usus dan pundi kencing dia rosak. Masa dia kena sula (akibat nafsu songsang si manusia betopengkan setan ni) tu umur dia baru 12 tahun.

Aku selalu terfikir, kalau la aku jutawan ke billionaire ke, aku nak tolong semua orang yang bernasib macam ni. (dengan harapan impian jadi kenyataanla konon bila tulis entry ni dalam blog ajaib ni). DAN, kenapa semua orang kaya kat Malaysia ni boleh setiap hari baca paper and ignore nasib orang macam ni?

Ada duit, joli katak lupa diri.

Tapi tak semua orang kaya macam tu kan?

Dan, aku terfikir gak, kita tak berada di tempat si Kaya. Juga tak berada di tempat si Miskin.

Kalay kita orang kaya, perasaan kedekut tu mungkin ada sebab, "eh, aku susah2 cari duit". KAN?

yela, kita yang ada duit sikit sekarang ni pun susah nak berderma. Katalah duit dalam akaun kau ada rm500 sampai cukup bulan ni ha, ko mesti simpan untuk belanja seharian keluarga ko dulu betul tak?

Tapi apa la salahnya kalau hulur rm 10-20 hengget untuk ringankan beban. itu kalau seorang. kalau 1/3 from 27 juta orang derma?

1/3 X 27000000 = 8999999.1 orang X 10 hengget = 89999991 Hengget tu beb! Boleh tolong semua orang susah dalam Malaysia ni.

itu baru 1/3rd population..okk?

Okla, aku nak menderma. wakaka.

HAAAA!!!! nape la dia tak letak no akaun???? Peper ni pun baghal jugak!


HAiiiiiiiiiishhhhhhhh.......................

Thursday, January 6, 2011

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM....

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM....

Saya dengan ini ingin menghantar scientific journal saya yang kesekian kalinya. Harap di publishkan!


Kalau kena reject ke, atau accept ke, saya redha..

Aminnnn

Wednesday, January 5, 2011

SERIOUS READER ONLY

I NEED A BREAK! A BLUE SKY HOLIDAY!

Tuesday, January 4, 2011

B.a.b.u.n.j.a.n.t.a.n.

Tadi ada seekor babun telah menerjah bilik aku.Tak ketuk tak apa.

Babun jantan.

Yang berlagak.

Dengar citer, babun ni sambung PHD kat tempat aku ni, tapi tak abes2 master dia lagi.

Cilakabladihelhaktuih!

Kan dah kena sumpah.Free je aku bagi.Kan?

Taula konak cari orang, takleh ketuk dulu ke pintu bilik ni? Kang aku ketuk kepala kau kang, nak?!

Dialog hati

Hati aku: Ko tau ke kau ni sapa kat diorang?

Aku: ntah. tak tau.

Hati aku: Ko bukan lalat ke pada pandangan mata diorang?

Aku: Tak baik buruk sangka wey...!

Hati aku: Yela, ko dengar sendiri kan masa tu?aku pon dengar!

Aku: oh, ye.. aah. kita dengar kan..

Hati aku: Tau takpe..emm..tu, yang kisah dulu2 tu? ko tak ingat? ke ko buat2 lupa?

Aku: Dahla. malas ar nak ingat, buat aku down je..

Hati aku: Sebab tu la dia taknak ajar kau menjahit, kau tu LALAT. L.A.L.A.T! dia nak ajar nak saudara kesayangan dia aje. ko dahla lalat, kuat melawan lak tu. mana orang suka?

Aku: bodoh ar ko. aku dah kata, aku taknak berperasangka buruk lagi. Sapa sebelah ko tu, setan eh?

Hati Aku: Pesal ko nak marah aku lak? aku kan bagitau kebenaran je?why? because u cant handle the truth, right?!

Aku:...............................................................