Google+ Followers

Wednesday, April 14, 2010

Kisah seram...

Kelmarin. 12.30-2.30 a.m.

Aiyris taknak tidur. Menagis-menangis sampai aku tak tahu nak buat apa.Dah bagi susu, dah suap makan nestum and everything.

Tapi dia tetap nanges. Dan sekali sekala keluarla suara Ala2 Linkin Park dia tu. Tapi still comel la kan.

Until she tired and slept.And me too.

Daddy Aiyris antara sedar and tidak, dia terdengar suara dua ekor setan antu atas kepala dia kata macam ni " aku dah kacau budak tu " Dan budak tu refer to Aiyris la kan.

Daddy aiyris nak bangun tapi tak boleh. Last-last dia jerit ALLAHUAKBAR! (sumpah aku tak dengar sebab tidur mati)

Dan kemudian dia terdengar pulak tapak kaki kecik berlari-lari. Daddy Aiyris nak tangkap antu tu guna tangan sebab geram kacau anak dia, kan?Tapi bila daddy dia fikir-fikir balik, kang nak tangkap anak, mak antu plak yang kuar plak, tak ke gerun?

Daddy aiyris tidur balik.

And mommy and aiyris tidur tak sedar apa.

Persoalannya, sejak bila ada antu budak2 tiga ekor dalam rumah aku dan paling aku hangen dia kacau aiyris! setan punya antu!

Takpe2, malam ni aku baca lagi Quran. Padan muka korang setan!

Monday, April 12, 2010

Runsing.

Saya runsing.

................................


Apa yang saya nak tuls dalam blog saya ini sebenarnya ye? Percayalah, dah berkali-kali saya mahu ciptakan suatu ayat permulaan, tapi berkali-kali jugalah saya padamkannya.


Dan saya penat. Penat berhadapan dengan seorang hamba Allah ini. Saya mahu dan telah menolongnya berkali-kali. Dia kerap kali melakukan kesalahan dalam hidup dia dan saya. Ye saya terpaksa melihat dan menanggung akibatnya.

Ego kah dia? Tidak mahu ditolong seolahnya, tapi pada penghujung garisan dia akan kembali kepada saya juga. Untuk bantuan.

Bukan saya mengeluh dan tak pernah sedetik pun saya berkira dengan dia.

Cuma saya mahu dia sedar bahawa cara hidupnya salah. Dengan solat yang tak pernah cukup. aurat yang tak bertutup. Kenapa dia tak pernah sedar?

Saya bukanlah orang yang layak memberi nasihat kepadanya. Dan saya mengaku bahawa kebaranan saya menyebabkan jurang menjadi semakin jauh. Benda yang bermotifkan kebaikan saya sampaikan dalam nada yang tinggi.

Itulah saya.

Dan saya tidak mahu menjadi hipokrit.Dan saya mahu terus menolongnya.

Cuma saya seorang manusia dengan tahap kesabaran yang nipis.
Dan dia manusia yang berupaya tidak mendengar langsung kata-kata nasihat seolah-olah ada tembok besar yang telah dibina dalam hatinya.

Dia pernah berkata, susah benar nak meluahkan isi hati/masalahnya pada orang lain.
Kalau kau tak beritahu, macam mana orang lain nak tahu apa masalah kau yang sebenarnya, bukan? ITU. Saya dah pun beritahu dia.

Dan ............tiada perubahan pun. Dia tetap sama.

Tolong beritahu saya bagaimana caranya nak berhadapan dengan orang sebegini?

Friday, April 9, 2010

Aiyris FIRST




Ini anak saya Aiyris Zarra.

Semalam dia pergi bekerja dengan saya, alhamdulillah she behaved well till we reached home..

and yesterday too, she had her first solid food. Auwwwww ..adorable anak sendiri la kan.

Moomy and Daddy sayanggggggg Aiyrish!