Monday, April 12, 2010

Runsing.

Saya runsing.

................................


Apa yang saya nak tuls dalam blog saya ini sebenarnya ye? Percayalah, dah berkali-kali saya mahu ciptakan suatu ayat permulaan, tapi berkali-kali jugalah saya padamkannya.


Dan saya penat. Penat berhadapan dengan seorang hamba Allah ini. Saya mahu dan telah menolongnya berkali-kali. Dia kerap kali melakukan kesalahan dalam hidup dia dan saya. Ye saya terpaksa melihat dan menanggung akibatnya.

Ego kah dia? Tidak mahu ditolong seolahnya, tapi pada penghujung garisan dia akan kembali kepada saya juga. Untuk bantuan.

Bukan saya mengeluh dan tak pernah sedetik pun saya berkira dengan dia.

Cuma saya mahu dia sedar bahawa cara hidupnya salah. Dengan solat yang tak pernah cukup. aurat yang tak bertutup. Kenapa dia tak pernah sedar?

Saya bukanlah orang yang layak memberi nasihat kepadanya. Dan saya mengaku bahawa kebaranan saya menyebabkan jurang menjadi semakin jauh. Benda yang bermotifkan kebaikan saya sampaikan dalam nada yang tinggi.

Itulah saya.

Dan saya tidak mahu menjadi hipokrit.Dan saya mahu terus menolongnya.

Cuma saya seorang manusia dengan tahap kesabaran yang nipis.
Dan dia manusia yang berupaya tidak mendengar langsung kata-kata nasihat seolah-olah ada tembok besar yang telah dibina dalam hatinya.

Dia pernah berkata, susah benar nak meluahkan isi hati/masalahnya pada orang lain.
Kalau kau tak beritahu, macam mana orang lain nak tahu apa masalah kau yang sebenarnya, bukan? ITU. Saya dah pun beritahu dia.

Dan ............tiada perubahan pun. Dia tetap sama.

Tolong beritahu saya bagaimana caranya nak berhadapan dengan orang sebegini?

1 comment:

MiSzEniGmA said...

mmg la susah kan..kt nak tlg org xnak trimer..xtlg, kt pulak xsmp hati..he/she just being clueless..min, jgn peningkan pale ngan kerenah org yg macam ni