Weyyy hari ni sangat monday blues.
Sangat okkkk?
Macam takde mood nak buat kerja.
Rindu Aiyris lagi.
Nak kena facing orang yang macam er..tuuut lagi. Mulut kemain manis, tapi hati macam pekung busuk nanah eyek-eyek!!
Semalam aku, mr husband and Aiyris pergi tengok rumah. busuk betul kepada seorang mamat indon ni. Tapi aku kesian pun ada.
Aku ada la booking rumah ni kat seri kembangan (tengok seh, dah jadi bukan rahsia lagi dah. mengada je ko nak rahsia-rahsia macam bajet bagus la kan?). Aritu cina kopets to kata loan aku dah approve, tunggu 2 minggu untuk sign S&P. So aku tunggu punya tunggu, dah sebulan lebey dah ni. Aku pun berkata kepada En suami aka Pali.
Aku: bang, macam mana ni, dah lama sangat dah ni.
Pali: Sabarla..ishh
Ha. Speaking of sabar ni kan, pagi sebelum kitorang gi ambush office and show house umah tu, kitorang pegila sarapan kat canai kafe kat taman putra dekat rumah aku tu. Aku and pali order roti canai dua and nasi lemak and nescafe ais. nasi lemak aku amek sendiri. Tunggu punya tunggu, air tak sampai-sampai lagi, padahal masa tu aku dah tercekik dah, mula la aku nak naik hangen. Muka dah berkerut, belakang badan aku dah panas nak marah.
Pali kata; Sabar , jangan marah, adatla makan kat luar, kita bukan makan kat umah nak cepat-cepat ni..sabar ye? nanti dibuatnya depa sembur ludah dalam air tu nak? kita bukannya nampak pun.
Aku masa tu fikir dua tiga kali gak nak mengamok.ok aku sabar. continue makan lagi. air tak sampai-sampai la kan nasi pun dah abes.
Aku: Bang, mana air tak sampai lagi ni dah tercekik dah ni.
Ok suara aku masa ni sikit pun tak menampakkan kemarahan sebab aku ingat aku kena ikut cakap suami, kalau tak berdosa wor.
Tetiba suami aku sudah tukarr jadi itu incredible hulk.
Pali: woi, air mana air?!!nescafe ais dua la.!
Aku pandang laki aku, biar betik dia ni, baru tadi mcam ustaz alim tetiba tukar jadi transformer incredible hulk?
Bibik aka waitress: roti canai dua tak siap lagi la bang!
MEmang nak kena penamparla kan , orang tanya lain dia jawab lain.
Pali: orang tanya air la!! nescafe ais DUA!! MEmang sah suara laki aku dah tukarr. Dan-dan tu jugak air and roti canai sampai. Sampai je benda tu laki aku pon senyum.
Tak paham aku. Korang jangan tertipu la wey tengok laki aku ni gentlemen la, sopan santun la, dia memang macam tu, tapi kalau tiba dia marah, mahu terbang meja makan tu dibuatnye.
Pali: Abang bukan apa, abang tak suka orang buat naya kat orang yang abang sayang, kalau orang tu buat kat abang takpe..
Cewah. jiwang siot.
Hahahaha..
p.s: eh, tetiba cerita pasal indon tu aku tak continue eh? nanti la next time, nak wat keje ni ha..
4 comments:
hahahaha..min..apekah motif..
itula yong, kejadian ahd lepas. gelak pon ada.
leh x aku terkesima??
yan:leh. tapi kenape?hehehehe
Post a Comment