Friday, December 21, 2012

Bila nak tambah anak? WAKLU!

Satu kejadian yang agak sentap berlaku lama dah. Baru teringat..

"Bila nak tambah anak? nanti umur dah meningkat susah nak beranak.." makcik ni kata kat aku.

Aku senyum je " takde rezeki la makcik..."

Then awkward moment. Sebab masa ni tengah tunggu anak dia bersiap nak ke asrama. 

"Mesti makcik rindu kat anak makcik kan?" Aku memecahkan kebuntuan awkward moment tu. Yang aku tak perasan adalah nanti emosi aku yang pecah. 

"Takpe, yang sorang ni pergi asrama, kat rumah tu ada lagi".

Nah kau. Nak gelak ke nak sedih? Macam barang dagangan komoditi lak makcik ni anggap anak dia tu. Dan aku? Aku masih bengap nak paham orang perli atau orang bercakap benar. Lurus bendul. ya itu aku.

Tak pela makcik, makcik anak banyak, makcik kena bersyukur pada ALLAH. Jangan ada ujub riak takabbur yang hebat dalam hati makcik. Sebab kita tak cium bau syurga kalau ada sekelumit sebesar zarah perasaan riak tu dalam hati kita.


Kecik hati tahu? saya tak pregnant2 lagi sebab stress makcik. Stress keja, bos tak suka saya, research saya selalu pending tak dapat result, gaji saya tak besar, banyak tanggungan. Tak macam makcik, makcik kaya dengan anak, keta besar, makcik takyah risau pasal kerja sebab makcik ni desperate housewife. Takde bos yang boleh perah keringat makcik.

Saya ni mop lantai pon saya buat makcik. 

Lain kali kalau ada sesiapa tanya aku bila nak tambah anak, nanti aku jawab, "makcik buat la anak lagi, cukupkan satu pasukan bola sepak".


Moving to a new place.. what a boring title!

Lama dah tak update blog.

Recently i have moved to my new-little-comfortable office room in the capital of the faculty. Banyak barang nak kena kemas, angkut dan sebagainya. So, still in a packing/unpacking mood. So lonely. Sebab kawan semua terpisah. My partner in crime kak anna and Dr Kong. huwa. Sobs.

Sedih-sedih gak. Tapi tadi pergi Ariani nak beli tudung kokonon ada sale, nampak parking pun dah penuh siap orang double parking lagi, takpeee. nak jugak, ku gagahkan kaki masuk ke dalam. Sekali hamek kau, orang macam ulat. Takpe.. gagah lagi pilih tudung. Aku amek tu orang amek ni aku amek ni balik letak sana balik. Pilih jangan tak pilih kak. Wah gittew kan? Sekali dah berkenan 3 lai Rm 138, nak bayar la konon. tengok barisan nak bayar hamek, sampai ke belakang kedai.

Letak balik dan beredar dari situ. 

Tak pernah ada tudung Arianni dan mungkin Allah tak bagi aku membazir beli tudung memahal macam tu.

Yela tudung aku paling mahal selai pun baru RM 30. 

Im a cheapskate i know, tapi, Ada aku kesah?

Bagi aku, aku tak kisah brand apa, janji Murah. Kedua baru la cantik. tu dua je amek kira. eh ada lagi. Janji tahan lama. Aku pon bukan branded punya orang. Handbag pun pakai primavera yang RM 100 je. tu pon beli dua tahun lepas dah tak beli2 dah sampai la ni.

Kadang-kadang teringin gak nak branded tapi...

Tapi kan, ada beberapa kawan sekeliling aku kata aku ni beli barang nak branded je, yang chokia tak main.  Amboi-amboi. Sedapnye la kan mulut nak label aku mcm tu. Adakah mata mereka buta? aku coach pon tak pernah ada, mana lak ko leh kaa aku tak layan cap ayam?

Bagi aku, Kalau korang ada duit, proceed je. jangan nak compare dengan orang lain. ada duit beli, Ada duit on je pergi la holiday mana-mana.. takde duit duk diam-diam kat umah. Apa susah?

Siyes aku tak paham type kepalaotak orang macam ni. 

Ko yang pakai handbag voge da vas, pergi melancong ke oversea, tapi bila aku cakap aku pakai skincare clinique (padahal tu je la pun aku first time pakai) dahhhhh kata aku branded punya orang. Tiao!
 DAN..

Ada jugak yang duit banyak berkepuk dalam bank tapi pakai barang cap ayam.  Yang ni pun aku tak paham. Dan mungkin tak boleh salahkan dorang gak sebab maybe dorang tak paham ekonomi. Contoh: Kau beli kasut cap ayam, yang tahan dua bulan je pastu kau beli lagi. Dalam setahun kau ganti dekat 6-7 kali. kata la harga kasut tu rm 20.

Rm 20 x 12 = RM 240.

RM 240 ni kau boleh beli kasut clarks yang ya Ampun tahan sampai 3 tahun.

Which one is more economically brilliant? in a sense of time consuming and money matters? Tepuk dada tanya poket, duit cukup ke tak?


Semoga mereka diberikan hidayah untuk menambah power spec mata untuk melihat sebelum berkata-kata. wahahahahahahahahha!

Layankan gambar office baru i. Jangan kata i naik pangkat, i sepak kang. Semua r.O lab i dapat bilik baru. Tak best. sebab dekat benau dengan Director. Susah nak bertukar jadi ular.

 
My new office room. yeay!






Dapat PC baru. alhamdulillah. best keyboard dia. Virgin keyboard i named her. hahahahahahahaha.
Bila tension, boleh renung ke atas..tangan dua-dua ke bahu.     




Wednesday, October 31, 2012

Flasher

Korang tahu tak flasher tu apa?

Flasher tu gelaran untuk orang lelaki gila/sewel yang suka menunjukkan kemaluan tanpa sebab yang reasonable. Wah nak reasonable ye kau hahaha?

Citer dia berlaku beberapa bulan lepas. Aku baru teringat citer ni pagi ni hahaha. ok ok back to the point.
Malam tu aku dan Mr Pali and aiyris nak gi beli barang kat kedai. Kitorang kena naik kereta yela rumah kat kat ceruk jadi kedai pun dah berapa kilomter dah dari rumah. Masa tu aku drive. Masa tu baru lepas hujan. Jadi kat jalan raya pun tak banyak kereta dan tak banyak orang.

Jadi, masa drive tu aku pun ternampak la sorang budak lelaki ni. Muda lagi aku rasa dalam darjah 6 macam tu..Berseluar pendek paras lutut macam tengah kesejukan berdiri kat simpang. Masa kereta aku pass by budak tu, aku terfikir, apa la budak ni buat dah malam-malam ni balik la boleh pulak kau main hujan kan? Dalam hati aku kesian/pelik/fikir apa mak bapak budak ni buat tak check ke anak korang gi mana? 

Aku ni jenis yang curiosity tak bertempat tau. So dalam beberapa minit pas tu, aku tengok la kat cermin belakang, aku nampak budak tu melondehkan seluar dia. Siyes aku nampak. Kebetulan bas Uni Nottingham berselisih dengan kereta kitorang. So nanti banyak la awex turun.

Terus aku gtau Mr Pali. 

Boleh dia kata

'Budak mana? takde pun nampak budak kat simpang tu?"

Biar betik bang oi. aku confirm aku nampak.

Ok now bertukar menjadi seram.








Tapi kan. 



Setan pun ada yang jenis flasher ke?

Wednesday, October 24, 2012

Oh not again!

Lunch.

Since i didnt bring my purse to work and hence no money to buy food. I only have coins in my drawer and got almost RM2 yeay. That's gonna be enough of one packet of teh tarik and kerepek pedas respectively in the pantry room.

With that teh tarik i eat.

No lunch.

Those kerepek were so scrumptious in my mouth and 10 minutes later...























I just realised the additional microorganisms on the surface of the kerepek.
Matilah. Food poisoning again?


I really hope that it was not the additional microbes i just munched.

Huwaaaaa!!!!!

Lagi sekali

Pagi ni.

Pot pet pot pet...
Eh u dah breakfast? jom gi breakfast?
Okay!
Seluk-seluk handbag cari purse. Tak jumpa. Ish tak boleh jadi ni. Angkat bag letak kat pangku, selongkar lagi.

KONFEM purse tertinggal.


Nanges!

p/s: Dahla harini ada car boot sale!

Monday, October 22, 2012

Pagi Isnin yang malang. Isnin adalah hari paling dibenci sedunia.

Pepagi lagi bila aku sampai office/lab, jumpa dua orang kawan aku. Sorang baru balik Hawaii. Sorang lagi baru balik Australia. Dua-dua tengah berborak tanya pasal perjalanan masing-masing. Bila aku sampai dan aku hai-hai lebih kurang, tapi still aku kat situ. oo oowhh AWKWARD MOMENT!.

Pernah jadi macam tu kat korang? 

Ye kau tak mampu, buat cara tak mampu okay? Kata hati aku. aku memang selalu kena marah dengan hati aku. Kekadang aku pun marah dia. hahaha!

Dan kejadian malang hari ni ada lagi. 

And now i totally understand those who seldom complains about civil workers. Memang staff kerajaan YANG TAK BUAT KERJA ni rasanya dorang buat apa eh? mesti dok main facebook, chatting 24 jam. Borang pencen aku dah terperuk dalam file dorang dah dekat 2 bulan! bila aku call, aik, aku pulak yang kena sound?! ai main kasar nampak?

Lepas tu pulak, dapat berita yang peruntukan untuk ke Australia dibatalkan. Mana emoticon nanges ni!!!!!????






Tapi.

Harini.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Maka BERSABAR DAN BERTABAHLAH.


Ni belum amek kira bunyik gedegung gedegang dorang tumbuk sampel depan bilik aku DAN GUNA LIQUID NITROGEN YANG AKU SENDIRI ORDER.

DAN budak negro yang bau busuk ya hamat nak mencari aku lagi nak pinjam barang la tu kan? Saja aku lari. Biarla.


Ya Allah, Dugaan sungguh hari ni.

Sabar...

Tuesday, October 9, 2012

Langkawi Trip (Part 2)




Hahahaha sebab aku ada free time ni, aku sambung part 2 jyeahhhhh!!!!

So Hari kedua dimulakan dengan hujan, hari ketiga pun sebenarnya..Tapi aku tak mengeluh pun sebab aku suka hujan! Dari dulu tak pernah tak suka hujan..Serius tak tipu.. Jadi hujan dah makan setengah hari. Lepas makan lunch=RM 60++, murah kan?? makan 8 orang..ha kau..amek..pikir punya pikir..next plan..!!!! kami pun survey la Haji Semail Group ni hah..kau jah,, excited lagi mak jemah!!!

Tapi mak jemah maintain..sebab mak jemah hari ni survey dulu..hahaha

Ni la dia tempat berpuaka itu.. kena control kekuda ya mak jemah sekelian..




Kekuda mak jemah masih boleh dikawal..MURAHHHHH!!


Nampak bapak budak tu? kesian dia..nak round lebih2, kena jaga anak, mak budak menggila kat dalam..ni kedai sebelah Haji Ismail Group HIG, Tapi kedai ni mahal la..
Murah beb..Tapi pikir dua tiga kali sebab kang nak angkut naik belon macam mana???

Lepas tu kitorang park kereta kat resort, jalan kaki je ke UNDERWATER WORLD! yahoo... wey sapa layang bongek sangat cakap tempat ni tak best?! best la woi..bawak budak-budak..mak budak pun teruja!

Tengok..dah kata..muka excited kan?

Ni ikan yang mulut buaya tu..
So malam tu makan kat Restoran Wan Thai..Suggested by Yan. 

Yang ni Soft Crab masak 3 rasa, rasanya. hahaha

Kerabu mangga

Tom Yam. Sedap!


Budak Sesat.



Peace!

Memang sedap. Sekali dapat bil RM 300. Aku macam hesitate je nak bayar. Pastu dia tengok muka ketat aku, dia pun cek balik bil. Rupanya cuma RM 208 je. WOW! murah. 10 lauk nasi air semua. murah la kan. 8 Orang makan..

Balik tido.

Wednesday, October 3, 2012

Langkawi Trip! (Part 1)


Tengok tajuk di atas kawan-kawan...ada part 1 bagai. aku takut sebenarnya nak letak part ni, takut tak tersambung! hahaha baca je la eh! hewhewhew

Been ages since i promised myself to blog about Langkawi Trip. Macam sikap procrastination yang menebal dalam diri ni bertimbun-timbun tebalnya. So, kitorang sangat bertuah la dapat free seats from AA. Actually tak free pun sebab tax insurans gedebuk gedebak dah Rm 600 untuk 4 dewasa 4 kanak2. Tapi still ok la kan..

Flight ke Langkawi pukul 12.45 tghari on 4 september 2012, Tapi akak aku setahun awal dah imagine naik tangga kapal terbang hahahahahahahaha. Kelakar giler la kakak aku ni. Maklumla tak pernah naik kapal terbang, macam aku dulu la rasa first flight ke Kuala Terengganu tu. kan? hahaha.

Pukul 9 pagi teksi innova dah ambil kami di rumah. Sepanjang perjalanan ni excitednya Ya Allah, tuhan je la yang tahu. Yela kami orang susah, sekali dapat naik kapal terbang sekeluarga MasyaAllah, havoc dia boleh tahan! hahahaha.

Klimaksnya, dalam perjalanan ada budak muntah atas mummy dia. Tak lain tak bukan Aiyris Zarra! Tadaaaa..sampai airport terus tukar baju. Sabar jela..

Lepas tukar baju kena muntah, muka ada senyumm....

Happy giler muka Adik dan abang..alahai isk isk..terharu aku!

Kakak dan Aiyris..baca buku konon..tengok lima minit pastu....

Budak sesat ni pun first timer naik flight..sapa tah  tak kenal

Tu la kakak aku. muka cuak la takleh cover! hahahaha


Dah kata.. 5 minit pastu krohhh..krohhhh


Flight to Langkawi tak lama pun, 45 minit sampai sudah..Lepas tu suami ai terus cari kereta sewa, dapatla Innova dalam RM320 untuk 4hari3Malam..kira ok la harga tu..kereta pun ok..terus zaaasss pergi cari hotel kami, Langgura Baron Resort. 

Tepi Pantai kau! best giler. Tapi Hampeh, tak mandi laut pun. pui..

Pemandangan otw to Resort..Cantik..Jakun kejap tak pernah tengok sawah..yeah, Jakun exist in everyone!

Ni Aseania hotel. Tapi tak book. Luar pun dah nampak buruk. sorry Aseania!

Bersambung..

Thursday, September 13, 2012

Aku, Kelas Real Time PCR dan orang-orang berlagaks sekeliling aku.

Omg! Lama giler tak hapdate blog. Meh bersihkan sawang sikit-sikit meh.

Direct kan tajuk kat atas? Memang betul pun. Hari ni ada kelas real time PCR tu. Best la sebab orang bodoh macam aku ni memang memerlukan ilmu. Ye, aku ngaku aku bodoh. Tapi BUKAN BODOH SOMBONG. Dan juga berlagaks.

Kelas pagi ni tak ramai. Ada beberapa la group yang aku fikir memang taknak mingle langsung antara kitorang ni. Tapi, ada aku kisah? Ok fine ko PhD students tapi EQ kau mana? Campak kelaut? Sepak nak?
Memang sombong ya hamat. Puas aku menjuih-juihkan bibir ni tersenyum macam kerang busuk kat dorang tapi ya Allah, Hampes kelapa betul. 

3 hari beb kelas ni. bukan sehari dua. Dan masuk hari ketiga mulut aku dah cramp dah. Malas ar aku nak senyum kan. Aku tegur sepatah, setengah patah je jawab. Yela aku ni bukan PhD student.. *sobs* 

PANGGGGG. nak?

Biasa la budak-budak meleis ni masa sesi soal jawab memang akan jadi batu. Kadang-kadang batu pun bising lagi dari dorang. aih, kata pandai, kata PhD bagai, sila lah jawab atau tanya soalan. Aku teringat kat Fedtri Yahya, budak melayu ni masa tanya soalan pun senyap, masa jawab soalan lagi la senyap. Lebih kurang la ayat dia tu. Maksudnya, dahla jawapan tak tahu, bertanya pun taknak? aih, lempang kang nak?

So, aku kan dah ngaku aku bodoh kan? so aku angkat tangan dan bertanya la. Gedebuk Gedebak itu ini pot pet. Aku perasa bila aku tanya sume stok mcm pandang senget je kat aku. 

TAPI..........

Bila Speaker jawab soalan aku tu, kemain laju lagi tangan korang menyalin eh. Amboih..


Sekarang jawab, Kau ke atau Aku yang bodoh kat sini?

p/s: Nak hapdet tip to langkawi tapi komputer ni superslow nak upload gambar pun sempat uban kat kepala aku ni tumbuh sehalai dua. Nantila edit dulu.

Monday, July 9, 2012

Megatron.

Aku tak tahu la cerita kali ni cerita boleh buat korang gelak ke atau apa.

Aku ada T-shirt dari zaman Matrikulasi Kuala Pilah dulu, belakang tshirt ni kitorang print nama setiap orang dalam level tu. Nick name la senang cerita.

Nak dijadikan cerita, Zaman kitorang buat tshirt tu zaman cerita Mohabbatein, ala yang cerita hindustan shah rukh khan berlakon dengan aishwarya rai tu..

So bebudak bilik aku dulu amek nama dari watak cerita tu, dengan aku-aku sekali dorang hindustan kan. Dorang pun letak la nama aku Megha (Aisywarya Rai kau hamek kau tak hengat) hahahaha. Tengok belum apa-apa lagi aku dah gelak sesorang ni.

Then laki aku tnya la : Nama rin mana?

Aku:Carila nama Megha ..

Laki aku: Kenapa letak nama megha?

Aku: Sebab rin besar, dorang letak la megha. (takkan la aku nak cakap muka aku macam aiyswarya rai kan? gila kau jauh panggang dari api)

Laki aku: Oh, kalau macam tu abang nak bunuh semua orang yang panggil rin megha tu. Berani diorang panggil rin megha sebab tu??!!!

Aku (dalam hati ni dah berbunga-bunga ni, wah laki aku mempertahankan aku?sweet.....):

Ala takpe (masa ni hati suci, READ:SUCI) Rin kan memang besar?

Laki aku: terdiam kejap..dalam 1 minit.

Laki aku: MEGATRON.

Dengan terpaculnya kata-kata itu, maka, aku rasa nak nanges pon ada.

Laki korang ada panggil korang MEGATRON? takde kan? kan????? HUWAAAAAAAAAAAAA

I AM MEGATRON!!!!


Wednesday, June 27, 2012

Eyes open

You got something they dont..
remember that..

Tuesday, June 26, 2012

Aku tengah marah ni.

There are 2 types of people: 1)who listen and obey 2) who still listen but dont give a damn on what u saying.

I found this second people everywhere. In the family, at home and sometimes people i met in 2 minutes. I could reckon. And people like this usually having problems ALL the times. They have problems not because they are destined by God, But it was the consequences that they made themselves.

You have one trouble. That is ok. It is normal. BUT dont ADD UP the problem until it double, triple or quartered themselves! Maksudnya, kau dah ada satu masalah, JANGAN tambahkan masalah kau.

Take time to settle the problem. on step at a time. If you could NOT afford to settle it, ask for help. Apa mati ke kau kalau minta tolong kat orang, saudara mara kau sendiri? kawan kau? mati eh. Oh, boleh kau tolong aku..erk ..erkk..mati. Macam tu ke?

Come on la. I been there myself. Pernah tak cukup duit nak makan, petik terung cili api kat kebun orang nak makan, cari kerja sana sini, sara adik lagi masa aku kat u. Ya aku susah sangat masa tu. Tapi aku tak malu nak minta tolong pada makcik aku. Ok fine aku hutang la yuran tu tapi aku dah setel dah pun sikit2. lama-lama setel hutang tu. SEE? PROBLEM CAN BE SOLVE. 

Ini la namanya BODOH SOMBONG. Kau bodoh, tapi sombong nak minta tolong kat orang. At the end aku jugak yang solvekan problem kau.

Aku bosan amek alih tugas kau. Bosan!!!

Tuesday, June 5, 2012

I feel her, back in 2001.

I feel her. Back in 2001, in a corner in an ICU unit at HUKM. And the feeling is beyond any words can describe. p/s: please prepare some tissue paper on your own ok, tengs bai.


Thursday, May 31, 2012

Feeling

Perasaan sedih. Adalah apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayang. Ibu, Bapa, Adik beradik, kawan.

Tapi kalau mereka yang kehilangan kita? Macam mana? Kita yang dulu pergi meninggalkan mereka? Juga kita berasa sedih atau......kosong?

That is why you should have show love and tell them that you love them each day and every time that you have. Macam Aiyris, i always tell her, "Aiyris, mommy sayang aiyris, ok?" then aiyris would say "ok!". No matter what she was doing that time, she always replied.

Same goes to my husband. Tapi my husband always make it fun whenever i say i love him he would say, "me too". Instead of "I love you too". I love you so you love yourself too? We always laugh on this.

You see, life needs it all. It need love, truth, time and you.

Speaking of time, im chasing it! And it is all about our new home. nanti i update ok, till then bye!


Tuesday, April 10, 2012

Baked Prawn Mac n Cheese

Baked Prawn Mac n Cheese
Hi semua. Semalam saya masak Baked Prawn Mac n Cheese, so rasa nak tepek resipilah. Senang ya hamat rupanya nak buat makanan ni.

Bahan2:
  1. Makaroni 
  2. Olive oil
  3. 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  4. 3 cawan susu segar
  5. 3 sudu tepung jagung
  6. Cheese cheddar atau mozarella pun boleh
  7. Udang
  8. Lada hitam
  9. Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:

  1. Rebus makaroni dengan olive oil sikit sehingga lembut. Kemudian toskan. Letak tepi.
  2.  Panaskan olive oil dan tumiskan bawang putih, masukkan udang.
  3. Tak perlu lama, terus masukkan tepung jagung dan kacau dan masukkan susu dan sentiasa kacau jangan bagi berketul. Season with garam dan gula tadi.
  4. Then tutup api, masukkan cheese dan kacau.
  5. Masukkan makaroni dan gaul.
  6. Dalam bekas boleh bakar, greasekan dengan butter dan masukkan semuanya serta mampatkan sikit. Tabur lebihan keju di atasnya.
  7. Bakar sehingga keju di atas jadi perang. Brown. Bukan perang as in war, bukan.
Dan sedap di makan bersama air teh-o panas dan makan panas-panas.

O-such-a-comfort-in -the-stomach.















Thursday, March 29, 2012

Ikan keli salai masak lemak cili api you ols!



Ok, mak jemah nak share resipi ni. Ikan keli salai masak lemak cili api you ols!

Bahan-bahannya:

  1. Ikan keli salai
  2. Cili api
  3. Kunyit hidup
  4. Serai 3 batang
  5.  Daun kunyit
  6. Santan pekat
  7. Jus Limau nipis
  8. Garam secukup rasa
Cara-caranya:

Ya Allah, senang gila nak masaknye ni..
  1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sampai lumat (Bahan A)
  2. Titikkan serai, hiris nipis daun kunyit (Daun kunyit ni mak jemah amek kat luar aje)
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk (kecuali jus limau nipis tu), panaskan api perlahan, agak menggelegak, masukkan jus limau nipis, dan garamkan secukup rasa.
  4. Dah menggelegak dan santannya pun dah masak, tadaaaa siap dah kau!

Sedap dimakan bersama sambal belacan dan kailan goreng ikan masin. ulam lagi sedap. umangaihh..

Friday, March 23, 2012

10 Random thoughts

Random thoughts:

1) Aku hairan, kenapa ada anak yang sanggup melukakan hati mak ayah yang melahirkan dan membesarkan dari kau kecil tapak tangan. Lari dari rumah ikut teman lelaki lepas tu claim kena culik?? macam haram je perangai macam tu. ok? boleh pergi la terjun lombong kalau macam tu.

2) Lepas ni aku nak kena gi port dickson. Ada seminar KPI di Hotel Avillion Admiral Cove. Tah macam mana rupa hotel tu, jap lagi tahu la.

3) Aku rasa suara Liyana Jasmay ni macam budak kecik.

4) Setiap hari dengar JOHARA buat aku gila gelak sorang-sorang dalam kereta.

5) Gaji dah masuk semalam yeay! tapi boleh tak sedar semalam banyak giler keja hahahaha

6) Moral of the story for yesterday: jangan lawan tokey PROTEOMIC wahahahahahahahahahahahahahahahah

7) You will know your body is sleep deprived even when your eyes are open, but you do not realize the       surroundings and unalert. like sleep walking. zombie. zomba.


8) Sleep deprived also can reduce the level of leptin hormone, that responsible to control your hunger. So bila hormon ni berkurangan dalam badan kau, kau akan rasa lapar dan makan secara berlebihan keesokan harinya. Maka mari kita tidur awal setiap hari pukul 10 dah tido jom.eh.

9) Tengok orang kurus buat aku stress. Tak cukup makankah engkau? Engkau makan lagi banyak dari aku pun kurus dan ini tidak adil! hahahaha..

10)  Ego will get you nowhere.


Wednesday, March 14, 2012

Judgemental we are.

It is the norm of human life that people always and more likely to make assumptions. And normally they like to make assumption based on the first impression, and to make it more worse, it stops there. Without any further investigation and questions back whether the assumption is true or not. Everyone does it. Even me.Sometimes.

Just like the one case happened where the old and sick mother who is left at the the motel. And we snapped out and assumed and being a judgmental as we were, we took the liberty and the responsibility to make verdict that the son is GUILTY. Very few of us who actually take a moment to digest and ask what is actually happened. Are we in the son's/the mother's shoes to feel the real reality?

Just take a look at this.

 
It turned out ALL are wrong. once again, based on our biased assumptions, the son is terminated from work, lost his job and the source of income. The son is actually went for an eye operations and with no one who he could depend on to look after the mother, he has no choice rather than to leave the mother at the motel which is near the hospital.

Ask ourselves. Are we there to help him? Where are the other relatives? Where are the friends that he can rely on? All words and no action makes no difference.

And the charred remain of Dirang's case. One whole BIG picture that we FAILED to see. Almost all woman i know said that the mother is guilty to have let the girl went to the stores alone to buy Maggi instant noodle and eggs,and the mother is so self-centered busy with the Facebook and so on. But do we really know the situation? The mother is still in the confinement after giving birth for the third child. and ask ourselves. Where are the neighborhood when the incident happened? 

So, people. try not to quickly jump into the bandwagon and make a total wrong assumption. Takes time and don't ever judge people as it is the Allah's right to assume.







Tuesday, March 13, 2012

2-year-olds want what they want when they want it,they want to know just how rules are defined and they really do need lots of coaching from you.

Thought that this read from baby center would be useful for first time mommy like me. Hope we could be benefit from it.

"There's no doubt that your 2-year-old is testing you, but it's not in the way you think. At this age, children are grappling with standards of behavior and trying to grasp the rules of the family. They're stuck between needing you to make them comply and "owning" a rule so that they follow it even when you're not around. Combine this slowly emerging ability to follow directives with a 2-year-old's natural self-centeredness, though, and it's easy to see that the road to obedience won't be smooth.

First, 2-year-olds want what they want when they want it. They sometimes see giving in to you as a real loss. Second, they want to know just how rules are defined. (If I sit this close to the edge of the step, will they tell me to move back? How about this close?) Third, they really do need lots of coaching from you.
So remind yourself that this testing is healthy rather than manipulative. The question, then, is what to expect from your child. Probably not too much. Rather than being dismayed by her disobedience, adopt a different mindset. Try to make your home a place where the number of no's isn't overwhelming. And don't leave it all up to her; make compliance a cooperative effort. If you don't want her to play with your crystal collection, for instance, make sure the china cabinet is locked and keep other valuables out of her reach. If you collect rare books, stow them on the top shelf instead of constantly reminding your child that she can't take these special books out to look at. Learn to pick your battles — it'll help you along the long road of parenting, especially when adolescence hits. And remember to have a sense of humor. After all, 2-year-olds can be pretty funny and ingenious when they're pushing the limits."


P/s: i am in love with baby center.

Thursday, March 8, 2012

Tribute to Whitney Houston

Tajuk tak boleh blah. Tapi disebabkan Chef Ismail post beberapa lagu mendiang maka aku pun sedar yang aku adalah minat kepada mendiang ni.

Well, to begin with, i kinda grew up with her songs. Yang paling hysterical adalah lagu ni: I WILL ALWAYS LOVE YOU. Lagu ni kalau takde music background pun aku rasa sedap. Goosebump bila dengar. Suara memang Mariah Carey, Christina Aguilera ke Rihanna ke tak boleh lawan punya. Aku ingat ni citer The Bodyguard. 

Memang masa tengok tu kalau boleh nak laki yang macam Bill Costner yang memang macho tu. Paling romantik masa Whitney atas pentas tengah perform then orang laki ramai-ramai serang dia, masa tu Bill costner defend Whitney aduhainya punn sangat romantik! arhhhh cair. sila muntah. Speaking of which, aku nak cari dvd citer tu lah.
Romantik kan? Yang belum kawen tak boleh macam ni.

Comel kan?

And aku rasa Whitney Houston Adalah nigger yang cantik. Lagi cantik dari Beyonce and Rihanna. 

Nigger yang cantik


Next lagu ni, masa zaman terkinja2 aku dulu. I....wanna dance with somebody.. haha jangan tak tahu, ateh aku dulu belikan aku baju yang rambu ramba siap ada handbag masa umur aku 5-6 tahun macam tu. Make up toksah citer masa ni. eye shadow 5-7lapis, maskara, rambut mesti mengerbang punya (kredit kepada rambut aku yang sedia mengerbang). korang boleh imagine tak?ha anting-anting panjang jangan lupa.  Pastu tergedik2 menari lagu ni. Kekonon buat video klip ar hahaha memang tak boleh blah. Ye aku dari kecik sudah gedik. sekian.

Lebih kurang macam ni la fenyen aku dulu..
 Lawak tak? korang boleh bayangkan aku, ye, AKU macam di atas?


Satu lagi..I have nothing..pun best gak.

Kalau heart broken masa dulu-dulu cinta monyet bodoh masa sekolah dulu dengar la lagu ni ..Where Do Broken Hearts Go. Best. Best. Best! (Gatal kau kecik-kecik dah gatal bercinta..mana ada..)

Cantik ;)


Lepas-lepas tu aku dah tak berapa layan dah Whitney ..lagu dia yang terakhir masa aku form 4, Heart Break Hotel. Asal balik sekolah je dengar lagu dia. Pastu dah tak famous dah dia kat hati aku. cewah. 

Suka gambar ni ;)


Tup-tup dengar dia meninggal. Dah sampai ajal. Pasal apa unknown rasanya. Tapi maybe sebab overdose drug ni.

Kesian dia. Laki dia Bobby Brown pun tak dapat ziarah dia. And im gonna miss this STAR for ever.


RIP.


Friday, February 17, 2012

La da da laa

My work is pending because we don't have the liquid nitrogen tank. Thus we can continue work. The samples need to be process asap since i managed to get the proteomics machine in our lab.  It worth a large sum and my boss is counting on me for that.

Im in the process of forgetting the salary issue and just do my work. I will continue research and will produce more paper insyaAllah. I am not goin to be very calculative about how im getting paid every month. I am not gonna whine about this anymore. In other words, i kinda accepting it. Ya. This is the fate for me.

Frankly speaking, i think i am loosing my ability to speak in English.  And i don't know how to put it in words. Some of my vocabulary are going missing. I hate it when we try to speak up and  forgot what is the best way to describe it.

Maybe i should be doing a lot of English exercise.

Sigh..

Kejadian petang semalam:

Saya: Aiyris , ane adi? (mana daddy?)

Aiyris (sambil hisap botol susu sandar kat sofa) : Work.
Lepas tu sambung tengok tv.

I cant help myself not to speak gibberish with my daughter. I know it is a bad habit but sometimes her cuteness is intolerable. She is cute and adorable. Just looking at her face after a tiring day at work can make all the pain disappear. I mean, children can always make you smile.



Friday, February 10, 2012

Cinta Padamu ya Rasulullah Sollallahu alihi wasallam.

Semalam episod last pasal nabi Muhammad Sollallahu alihi wasallam by Ustaz Don. Maka aku dah Mr. Pali pun tengok. Mr. Pali tak bagi aku lipat kain pun sambil tengok tu sebab nak suruh aku concentrate (padahal aku nak cover-kalau termenangis ke kan?).

Seperti dijangka, episod akhir sempena maulud nabi ni mengisahkan saat-saat akhir Rasulullah Sollallahu alihi wasallam. MasyaAllah. Mata aku dari awal sampai akhir meleleh je air mata. Begitu sayang nabi pada kita. Ustaz Don bagi perbandingan dengan nabi-nabi sebelumnya. Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya tentera firaun dan kafir sekalian terhapus ditelan ombak. Nabi Nuh pulak berdoa agar tidak tersisa kaum kaffir, hatta anak dia sekali pun tak terselamat dalam bah besar tu. 

Tapi nabi kita?

Apa je yang dia tak kena? Kena herdik, caci maki, kena baling batu sampi berdarah, tecabut gigi (nak taip benda-benda yang jadi pada Rasulullah Sollallahu alihi wasallam pun aku dah tergenang air mata), kena pukul, di baling najis oleh kaum yahudi. Eh, macam-macamlah. Sampai malaikat jibril, (we are talking about malaikat here, yang kerja nya beribadah kepada Allah sentiasa, yang kita boleh buat peribahasa -baik macam malaikat) pun rasa nak hempuk satu gunung tu kepada puak tu.

Tapi apa yang nabi reply? Nabi berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kaum tersebut sebab mereka tidak tahu.

Nabi kita TIADA TANDINGAN.

Kita kata kita cinta nabi, tapi apa yang kita buat untuk tunjuk kita cinta nabi? Ustaz don kata belum terlambat untuk kita cinta nabi. Hatta orang yang baru nak kenal islam, yang baru nak tutup aurat, yang free hair, yang semualah. boleh lagi cinta nabi.

Ustaz kata, kita boleh tunjuk kita cinta nabi dengan ikut sunnah nabi, selawat banyak-banyak. buat ibadah dengan rasa tenang dan ikhlas dan selalu berdoa supaya kecintaan kita terhadap nabi sentiasa mekar dalam hati kita.

Sollallahu ala Muhammad.

P.s: Tengah-tengah jalan tadi terfikir, alhamdulillah cinta kepada nabi semakin kuat sampaikan aku sanggup berkorban buah pinggang (ok yang ni tiba-tiba) untuk nabi Muhammad Sollallahu alihi wasallam kalau nabi masih ada and memerlukannya.

Thursday, February 9, 2012

H-index pun boleh masuk mimpi ke?

Malam tadi aku mimpi pasal H-index.Apa kejadahnya H index ni? mari kita sama2 gugel bagi mereka yang tak tahu.


"The h-index is based on a list of publications ranked in descending order by the Times Cited. The value of h is equal to the number of papers (N) in the list that have N or more citations.
This metric is useful because it discounts the disproportionate weight of highly cited papers or papers that have not yet been cited. In the h-index example below, the h-index is 3 because there are 3 articles with 3 or more citations that appear above the green line.
Calculating the h-index Value - The h-index factor is based on the depth of your Web of Science subscription and your selected timespan. Items that do not appear on the Results page will not be factored into the calculation. If your subscription depth is 10 years, then the h-index value is based on this depth even though a particular author may have published articles more than 10 years ago. Moreover, the calculation only includes items in Web of Science - books and articles in non-covered journals are not included.
1. The h-index was developed by J.E. Hirsch and published in Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America 102 (46): 16569-16572 November 15 2005."

So, in a simple language, H index ni rank kan kau punya paper yang di-cited (dirujuk) oleh orang. Kiranya, lagi ramai org cited paper kau, lagi tinggi H-index. Lecturer punya KPI la ni lebih kurang. tu yang dorang menghungga student2 kerahan tenaga supaya produce paper tu. ha masak..
Malang sekali paper aku belum ada orang citer lagi. maybe sebab baru sangat publish kot.  Anyway, mimpi pasal H-index ni bukan lah satu mimpi yang indah macam kau jumpa duit rm 1 juta ke, jumpa aaron aziz ke atau etc. Mimpi ni menyesakkan hidung aku sampaila tak dan aku tidur 2 jam aku dah terbangun. Dahla susah nak tidur kan?

Tiba-tiba aku terdengar hati aku suruh aku amek wudhuk dan solat tahjjud. Apakah ini petanda?




Ini sewiuueesss...

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday


The two loves of my life..

A simple and FOC thing that can bring happiness for us.
And you sure cant fight the moon lite..Subhanallah!

Thursday, February 2, 2012

Hari RIMAU sedunia.

 Pernah kah anda memarahi diri sendiri? Tak, bukan macam lagu Beyonce yang sangat sayang pada diri sendiri, tapi korang mesti pernah marah diri sendiri gak kan?
Contohnya macam.. kau tidur awal tapi still bangun lambat. Kau marah kereta depan slow sangat tapi later on mungkin kau fikir balik logik and rasionalnya pastu kau marah diri sendiri balik.

Mesti pernah kan? Dan kau mesti pernah rasa bad day kan?

Ye, hari ni adalah hari bad day aku.
AKU adalah jelmaan harimau. Kau silap usik aku sikit je, siap kau.
Dan aku tak tahu berapa hari akan berakhirnya kerimauan aku ni. Semalam aku drive macam hantu. Tak dan apa kawan aku dah tanya kat fb..eh kau dah sampai umah ke? haah aku dah sampai umah dah selesa berlingkar atas tilam dengan aircond terpasang mata kuyu dah layu nak tido. Hebat tak?

Ye. bab-bab tidur dan makan bagi kat aku. Aku memang suka.

Pagi ni terkejut2 aku ingat ada Real Time PCR talk. Zazzzssss terus pergi. Disebabkan aku tidak mendapat dos kopi yang secukupnya pagi ni, maka fokus aku kehilangan. Ko tahu apa yang aku fikirkan?

-betapa kurusnya lahai orang yang terangkan benda alah ni. rasa melayang-layang je bila dia jalan. alahai meh amek lemakk aku sikit meh.

-hidung orang Iran yang dok depan tu mancung/panjang sangat. Dari tepi kalau aku baling pisau atau panah percentage untuk kena tu memang tinggi.

-Orang Iran ni memang suka bertanya. tak macam orang kita. senyap je. termasuk aku. takpe jap lagi aku tanya.

Kepala aku sakit berdenyut2 dari semalam. Macam nak pecah rasanya. Kalau boleh bukak kepala ni letak tepi aku dah buat dah lama dah. Tapi tak boleh la pulak.

Oh ye, tadi gi opis kemain si SMURFF yang tak stabil hormone tu nak bermesra dengan aku. Aku macam ek enet. sebelah mata je pandang dia. Blah la kau. gi mampos.

Ha hamek kau. Aku dah kata aku rimau. Minta maaf banyak-banyakla kalau terkasar bahasa hari ni. wakakakaka.

WENGGG






Tuesday, January 31, 2012

Marah!

Kisah kami dipaksa-rela beli jaket semahal RM 270 itu.

Watak: si Smurff pendek
R.O sebagai mangsa
Penolong pendaftar yang selalu ngulau.

Aku call office dahla lambat nak berjawab. "ok kak, rasanya si Smurff dan pemolong pendaftar yang selalu ngulau tu yang handle pasal pembayaran semua ni..akak tanya dorang eh?"

Talian disambungkan. det detdetddeeeettt...

"Helo" si smurff nak taknak jawab tepon

"helo, ni kak rin ni.. nak TANYA la, nanti masa ukur baju tu kena bayar deposit rm 100 ke?" ok, noted di situ bahawa aku nak berTANYA SAHAJA bongok.

"emm ha....ah kot (buat suara konon2 comel ke hak ptuihh)...cuba akak cakap dengan encik Penolong pendaftar yang selalu ngulau sebab dia yang handle benda ni. Saya hanya menyampaikan email sahaja.."eh..eh ..ewah..ewahhhhh si smurff ni...aku nampak kau kecik je skang tau? aku tampa kang berpusing sampai gerudi tanah kedalam kang.

"ok..thanks ye.." aku dah sedia nak letakk telefon bila....

"eh kak rin keja ke arini? eh..eh... " si Smurff pendek ni dah nak cari pasal dengan aku. Dasar pendek. Kau insecure ke sebab kau pendek dan aku tinggi? Perempuan lak tu kan?

"eh keja la..kenapa?" aku reply.

Aku marah ok? really pissed me off la this Smurff Pig. Kau sapa nak tanya aku keje ke tak?
Kalau aku ngulau pun takpe la sebab gaji aku tak cukup RM1500 setiap bulan. Kau yang dapat gaji penuh tu buat je keja kau dendiam. Apahal lak kau nak berhungga dengan aku ni plak?

Vavi pun tak vongok macam kau.

Thursday, January 19, 2012

Ni yang buat aku tak sabar ni.

Kejadian lunch tengah hari tadi.

Kami ada seminar pelajar yang presenta research progress in one of the hall. so R.O yang ada ni datang masa nak lunch je la sebab memang masing-masing buat kerja. Ada yang buat PCR, ada yang install mesin proteomics tu (aku la tu), ada yang tulis jurnal etc.

Ok, kami datang sebenarnya, terus terang je la cakap eh, memang nak makan je. Siapa taknak makan free. kan? Lagipun makanan berlebih selalu buang.

So kami pun amek nasi dan duduk dekat meja (satu2nya meja ) kaunter pendaftaran. masa tu awal lagi orang semua tak keluar lagi.

Tetiba orang semua keluar nak makan termasuk beberapa prof termasuk bos aku.

EPICnya: bila aku baaaru nak suap nasi, Dia boleh datang kat aku suruh aku bangun dan bagi tempat duduk aku tu kat prof pompuan satu lagi ni yang tengah beratur amek makanan. Macam tak sempat-sempat kan nak tunggu aku habis.


PUNYA LA AKU BENGANG.

 Attitude zero! 

Kecik hati betul aku.