Google+ Followers

Monday, July 9, 2012

Megatron.

Aku tak tahu la cerita kali ni cerita boleh buat korang gelak ke atau apa.

Aku ada T-shirt dari zaman Matrikulasi Kuala Pilah dulu, belakang tshirt ni kitorang print nama setiap orang dalam level tu. Nick name la senang cerita.

Nak dijadikan cerita, Zaman kitorang buat tshirt tu zaman cerita Mohabbatein, ala yang cerita hindustan shah rukh khan berlakon dengan aishwarya rai tu..

So bebudak bilik aku dulu amek nama dari watak cerita tu, dengan aku-aku sekali dorang hindustan kan. Dorang pun letak la nama aku Megha (Aisywarya Rai kau hamek kau tak hengat) hahahaha. Tengok belum apa-apa lagi aku dah gelak sesorang ni.

Then laki aku tnya la : Nama rin mana?

Aku:Carila nama Megha ..

Laki aku: Kenapa letak nama megha?

Aku: Sebab rin besar, dorang letak la megha. (takkan la aku nak cakap muka aku macam aiyswarya rai kan? gila kau jauh panggang dari api)

Laki aku: Oh, kalau macam tu abang nak bunuh semua orang yang panggil rin megha tu. Berani diorang panggil rin megha sebab tu??!!!

Aku (dalam hati ni dah berbunga-bunga ni, wah laki aku mempertahankan aku?sweet.....):

Ala takpe (masa ni hati suci, READ:SUCI) Rin kan memang besar?

Laki aku: terdiam kejap..dalam 1 minit.

Laki aku: MEGATRON.

Dengan terpaculnya kata-kata itu, maka, aku rasa nak nanges pon ada.

Laki korang ada panggil korang MEGATRON? takde kan? kan????? HUWAAAAAAAAAAAAA

I AM MEGATRON!!!!


1 comment:

Anonymous said...

korg mmg sweet couple la!!! lawak sungguh suami kamu min!