Thursday, September 13, 2012

Aku, Kelas Real Time PCR dan orang-orang berlagaks sekeliling aku.

Omg! Lama giler tak hapdate blog. Meh bersihkan sawang sikit-sikit meh.

Direct kan tajuk kat atas? Memang betul pun. Hari ni ada kelas real time PCR tu. Best la sebab orang bodoh macam aku ni memang memerlukan ilmu. Ye, aku ngaku aku bodoh. Tapi BUKAN BODOH SOMBONG. Dan juga berlagaks.

Kelas pagi ni tak ramai. Ada beberapa la group yang aku fikir memang taknak mingle langsung antara kitorang ni. Tapi, ada aku kisah? Ok fine ko PhD students tapi EQ kau mana? Campak kelaut? Sepak nak?
Memang sombong ya hamat. Puas aku menjuih-juihkan bibir ni tersenyum macam kerang busuk kat dorang tapi ya Allah, Hampes kelapa betul. 

3 hari beb kelas ni. bukan sehari dua. Dan masuk hari ketiga mulut aku dah cramp dah. Malas ar aku nak senyum kan. Aku tegur sepatah, setengah patah je jawab. Yela aku ni bukan PhD student.. *sobs* 

PANGGGGG. nak?

Biasa la budak-budak meleis ni masa sesi soal jawab memang akan jadi batu. Kadang-kadang batu pun bising lagi dari dorang. aih, kata pandai, kata PhD bagai, sila lah jawab atau tanya soalan. Aku teringat kat Fedtri Yahya, budak melayu ni masa tanya soalan pun senyap, masa jawab soalan lagi la senyap. Lebih kurang la ayat dia tu. Maksudnya, dahla jawapan tak tahu, bertanya pun taknak? aih, lempang kang nak?

So, aku kan dah ngaku aku bodoh kan? so aku angkat tangan dan bertanya la. Gedebuk Gedebak itu ini pot pet. Aku perasa bila aku tanya sume stok mcm pandang senget je kat aku. 

TAPI..........

Bila Speaker jawab soalan aku tu, kemain laju lagi tangan korang menyalin eh. Amboih..


Sekarang jawab, Kau ke atau Aku yang bodoh kat sini?

p/s: Nak hapdet tip to langkawi tapi komputer ni superslow nak upload gambar pun sempat uban kat kepala aku ni tumbuh sehalai dua. Nantila edit dulu.

No comments: