Google+ Followers

Wednesday, October 3, 2012

Langkawi Trip! (Part 1)


Tengok tajuk di atas kawan-kawan...ada part 1 bagai. aku takut sebenarnya nak letak part ni, takut tak tersambung! hahaha baca je la eh! hewhewhew

Been ages since i promised myself to blog about Langkawi Trip. Macam sikap procrastination yang menebal dalam diri ni bertimbun-timbun tebalnya. So, kitorang sangat bertuah la dapat free seats from AA. Actually tak free pun sebab tax insurans gedebuk gedebak dah Rm 600 untuk 4 dewasa 4 kanak2. Tapi still ok la kan..

Flight ke Langkawi pukul 12.45 tghari on 4 september 2012, Tapi akak aku setahun awal dah imagine naik tangga kapal terbang hahahahahahahaha. Kelakar giler la kakak aku ni. Maklumla tak pernah naik kapal terbang, macam aku dulu la rasa first flight ke Kuala Terengganu tu. kan? hahaha.

Pukul 9 pagi teksi innova dah ambil kami di rumah. Sepanjang perjalanan ni excitednya Ya Allah, tuhan je la yang tahu. Yela kami orang susah, sekali dapat naik kapal terbang sekeluarga MasyaAllah, havoc dia boleh tahan! hahahaha.

Klimaksnya, dalam perjalanan ada budak muntah atas mummy dia. Tak lain tak bukan Aiyris Zarra! Tadaaaa..sampai airport terus tukar baju. Sabar jela..

Lepas tukar baju kena muntah, muka ada senyumm....

Happy giler muka Adik dan abang..alahai isk isk..terharu aku!

Kakak dan Aiyris..baca buku konon..tengok lima minit pastu....

Budak sesat ni pun first timer naik flight..sapa tah  tak kenal

Tu la kakak aku. muka cuak la takleh cover! hahahaha


Dah kata.. 5 minit pastu krohhh..krohhhh


Flight to Langkawi tak lama pun, 45 minit sampai sudah..Lepas tu suami ai terus cari kereta sewa, dapatla Innova dalam RM320 untuk 4hari3Malam..kira ok la harga tu..kereta pun ok..terus zaaasss pergi cari hotel kami, Langgura Baron Resort. 

Tepi Pantai kau! best giler. Tapi Hampeh, tak mandi laut pun. pui..

Pemandangan otw to Resort..Cantik..Jakun kejap tak pernah tengok sawah..yeah, Jakun exist in everyone!

Ni Aseania hotel. Tapi tak book. Luar pun dah nampak buruk. sorry Aseania!

Bersambung..

No comments: