Semalam episod last pasal nabi Muhammad Sollallahu alihi wasallam by Ustaz Don. Maka aku dah Mr. Pali pun tengok. Mr. Pali tak bagi aku lipat kain pun sambil tengok tu sebab nak suruh aku concentrate (padahal aku nak cover-kalau termenangis ke kan?).
Seperti dijangka, episod akhir sempena maulud nabi ni mengisahkan saat-saat akhir Rasulullah Sollallahu alihi wasallam. MasyaAllah. Mata aku dari awal sampai akhir meleleh je air mata. Begitu sayang nabi pada kita. Ustaz Don bagi perbandingan dengan nabi-nabi sebelumnya. Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya tentera firaun dan kafir sekalian terhapus ditelan ombak. Nabi Nuh pulak berdoa agar tidak tersisa kaum kaffir, hatta anak dia sekali pun tak terselamat dalam bah besar tu.
Tapi nabi kita?
Apa je yang dia tak kena? Kena herdik, caci maki, kena baling batu sampi berdarah, tecabut gigi (nak taip benda-benda yang jadi pada Rasulullah Sollallahu alihi wasallam pun aku dah tergenang air mata), kena pukul, di baling najis oleh kaum yahudi. Eh, macam-macamlah. Sampai malaikat jibril, (we are talking about malaikat here, yang kerja nya beribadah kepada Allah sentiasa, yang kita boleh buat peribahasa -baik macam malaikat) pun rasa nak hempuk satu gunung tu kepada puak tu.
Tapi apa yang nabi reply? Nabi berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kaum tersebut sebab mereka tidak tahu.
Nabi kita TIADA TANDINGAN.
Kita kata kita cinta nabi, tapi apa yang kita buat untuk tunjuk kita cinta nabi? Ustaz don kata belum terlambat untuk kita cinta nabi. Hatta orang yang baru nak kenal islam, yang baru nak tutup aurat, yang free hair, yang semualah. boleh lagi cinta nabi.
Ustaz kata, kita boleh tunjuk kita cinta nabi dengan ikut sunnah nabi, selawat banyak-banyak. buat ibadah dengan rasa tenang dan ikhlas dan selalu berdoa supaya kecintaan kita terhadap nabi sentiasa mekar dalam hati kita.
Sollallahu ala Muhammad.
P.s: Tengah-tengah jalan tadi terfikir, alhamdulillah cinta kepada nabi semakin kuat sampaikan aku sanggup berkorban buah pinggang (ok yang ni tiba-tiba) untuk nabi Muhammad Sollallahu alihi wasallam kalau nabi masih ada and memerlukannya.
No comments:
Post a Comment