Google+ Followers

Tuesday, April 10, 2012

Baked Prawn Mac n Cheese

Baked Prawn Mac n Cheese
Hi semua. Semalam saya masak Baked Prawn Mac n Cheese, so rasa nak tepek resipilah. Senang ya hamat rupanya nak buat makanan ni.

Bahan2:
  1. Makaroni 
  2. Olive oil
  3. 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  4. 3 cawan susu segar
  5. 3 sudu tepung jagung
  6. Cheese cheddar atau mozarella pun boleh
  7. Udang
  8. Lada hitam
  9. Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:

  1. Rebus makaroni dengan olive oil sikit sehingga lembut. Kemudian toskan. Letak tepi.
  2.  Panaskan olive oil dan tumiskan bawang putih, masukkan udang.
  3. Tak perlu lama, terus masukkan tepung jagung dan kacau dan masukkan susu dan sentiasa kacau jangan bagi berketul. Season with garam dan gula tadi.
  4. Then tutup api, masukkan cheese dan kacau.
  5. Masukkan makaroni dan gaul.
  6. Dalam bekas boleh bakar, greasekan dengan butter dan masukkan semuanya serta mampatkan sikit. Tabur lebihan keju di atasnya.
  7. Bakar sehingga keju di atas jadi perang. Brown. Bukan perang as in war, bukan.
Dan sedap di makan bersama air teh-o panas dan makan panas-panas.

O-such-a-comfort-in -the-stomach.















No comments: