Google+ Followers

Thursday, February 2, 2012

Hari RIMAU sedunia.

 Pernah kah anda memarahi diri sendiri? Tak, bukan macam lagu Beyonce yang sangat sayang pada diri sendiri, tapi korang mesti pernah marah diri sendiri gak kan?
Contohnya macam.. kau tidur awal tapi still bangun lambat. Kau marah kereta depan slow sangat tapi later on mungkin kau fikir balik logik and rasionalnya pastu kau marah diri sendiri balik.

Mesti pernah kan? Dan kau mesti pernah rasa bad day kan?

Ye, hari ni adalah hari bad day aku.
AKU adalah jelmaan harimau. Kau silap usik aku sikit je, siap kau.
Dan aku tak tahu berapa hari akan berakhirnya kerimauan aku ni. Semalam aku drive macam hantu. Tak dan apa kawan aku dah tanya kat fb..eh kau dah sampai umah ke? haah aku dah sampai umah dah selesa berlingkar atas tilam dengan aircond terpasang mata kuyu dah layu nak tido. Hebat tak?

Ye. bab-bab tidur dan makan bagi kat aku. Aku memang suka.

Pagi ni terkejut2 aku ingat ada Real Time PCR talk. Zazzzssss terus pergi. Disebabkan aku tidak mendapat dos kopi yang secukupnya pagi ni, maka fokus aku kehilangan. Ko tahu apa yang aku fikirkan?

-betapa kurusnya lahai orang yang terangkan benda alah ni. rasa melayang-layang je bila dia jalan. alahai meh amek lemakk aku sikit meh.

-hidung orang Iran yang dok depan tu mancung/panjang sangat. Dari tepi kalau aku baling pisau atau panah percentage untuk kena tu memang tinggi.

-Orang Iran ni memang suka bertanya. tak macam orang kita. senyap je. termasuk aku. takpe jap lagi aku tanya.

Kepala aku sakit berdenyut2 dari semalam. Macam nak pecah rasanya. Kalau boleh bukak kepala ni letak tepi aku dah buat dah lama dah. Tapi tak boleh la pulak.

Oh ye, tadi gi opis kemain si SMURFF yang tak stabil hormone tu nak bermesra dengan aku. Aku macam ek enet. sebelah mata je pandang dia. Blah la kau. gi mampos.

Ha hamek kau. Aku dah kata aku rimau. Minta maaf banyak-banyakla kalau terkasar bahasa hari ni. wakakakaka.

WENGGG






No comments: