Google+ Followers

Friday, December 21, 2012

Bila nak tambah anak? WAKLU!

Satu kejadian yang agak sentap berlaku lama dah. Baru teringat..

"Bila nak tambah anak? nanti umur dah meningkat susah nak beranak.." makcik ni kata kat aku.

Aku senyum je " takde rezeki la makcik..."

Then awkward moment. Sebab masa ni tengah tunggu anak dia bersiap nak ke asrama. 

"Mesti makcik rindu kat anak makcik kan?" Aku memecahkan kebuntuan awkward moment tu. Yang aku tak perasan adalah nanti emosi aku yang pecah. 

"Takpe, yang sorang ni pergi asrama, kat rumah tu ada lagi".

Nah kau. Nak gelak ke nak sedih? Macam barang dagangan komoditi lak makcik ni anggap anak dia tu. Dan aku? Aku masih bengap nak paham orang perli atau orang bercakap benar. Lurus bendul. ya itu aku.

Tak pela makcik, makcik anak banyak, makcik kena bersyukur pada ALLAH. Jangan ada ujub riak takabbur yang hebat dalam hati makcik. Sebab kita tak cium bau syurga kalau ada sekelumit sebesar zarah perasaan riak tu dalam hati kita.


Kecik hati tahu? saya tak pregnant2 lagi sebab stress makcik. Stress keja, bos tak suka saya, research saya selalu pending tak dapat result, gaji saya tak besar, banyak tanggungan. Tak macam makcik, makcik kaya dengan anak, keta besar, makcik takyah risau pasal kerja sebab makcik ni desperate housewife. Takde bos yang boleh perah keringat makcik.

Saya ni mop lantai pon saya buat makcik. 

Lain kali kalau ada sesiapa tanya aku bila nak tambah anak, nanti aku jawab, "makcik buat la anak lagi, cukupkan satu pasukan bola sepak".


No comments: