Google+ Followers

Thursday, March 29, 2012

Ikan keli salai masak lemak cili api you ols!



Ok, mak jemah nak share resipi ni. Ikan keli salai masak lemak cili api you ols!

Bahan-bahannya:

  1. Ikan keli salai
  2. Cili api
  3. Kunyit hidup
  4. Serai 3 batang
  5.  Daun kunyit
  6. Santan pekat
  7. Jus Limau nipis
  8. Garam secukup rasa
Cara-caranya:

Ya Allah, senang gila nak masaknye ni..
  1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sampai lumat (Bahan A)
  2. Titikkan serai, hiris nipis daun kunyit (Daun kunyit ni mak jemah amek kat luar aje)
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk (kecuali jus limau nipis tu), panaskan api perlahan, agak menggelegak, masukkan jus limau nipis, dan garamkan secukup rasa.
  4. Dah menggelegak dan santannya pun dah masak, tadaaaa siap dah kau!

Sedap dimakan bersama sambal belacan dan kailan goreng ikan masin. ulam lagi sedap. umangaihh..

No comments: