Thursday, November 12, 2015

Ujian dari Allah.Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..


{لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ}


Ertinya: “Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”[1] (QS Âli ‘Imrân : 186)

Setiap orang yang berada di jalan Allah pasti akan di uji dengan kemiskinan, kesakitan dan kesempitan hidup. Dan aku, sebagai hambaNya tak terlepas daripada ujian. Bermula dengan bulan puasa yang masanya panjang dan kegedikan aku untuk berniaga "karipap  pusing dunia" pada bulan puasa di samping menulis first year report dan viva selepas raya. 

Background..
Demam bermula lepas raya ke 3, iaitu lepas aku buat makan-makan dengan menjemput beberapa rakan. Takdela masak beriya pun, tapi letih melayan tetamu daripada pagi sampai ke malam, dan natijahnya malam itulah bermulanya episod paracetamol-dependant aku.
Demam berlarutan sampai ke minggu 3 raya, ke GP sudah, satu setengah course antibiotic telah aku habiskan tapi demam dan lelah itu masih ada. Tapi batuk aku kering dan tidak pulak berkahak. Doc pertama kata aku ENT infection. Senang je buat kesimpulan (read: doc sini bukan la semua bagus, ada yang pemalas dan bias terhadap pesakit nak2 asian and muslim macam aku ni). Dan aku jugak diarrhorea dan tak ada selera makan langsung-langsung. Kau letak la pizza ayam panggang kambing golek, semuanya nehi! Doc pun nak sampel tinja untuk  check kalau ada infection.
Dalam pada demam2 tu, sempat jugak ke London dan menghirup udara tacky sambil demam dan bersesak nafas segala. Hebat bukan? paracetamol dependant katakan, hayunkan saja kaki ni. 
Masuk minggu ketiga demam, ke GP lagi lepas seminggu tiada khabar berita pasal tinja aku tu. Relaks je minah kat kaunter tu cakap ooo your poops are normal. Then why the hell aku still demam dan cirit birit macam nak rak ni?
Jumpa Dr Kavanagh Doc perempuan yang thoroughly check peparu aku. Lepas tu dia bagi lagi secon antibiotic and nak tengok hari keempat macam mana result dia. Still the same, even worse bila aku tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu dia suruh aku ke A&E untuk xray and blood test sebab nak confirmkan sakit aku ni. Dia kata dont worry you wont be warded.

Hari 1 dan 2..

Nan hado! esoknya lepas pepagi Mr Pali hantar aku ke A&E dan xray dan blood test, aku kena tahan ward. Dalam hati okla kena tahan wad boleh rehat. Tapi bila dah masuk hari malam aku dah teringat Jebat and Aiyris, mula lah air mata mengalir laju. First time sakit kena tahan wad dahla tu dalam wad semua orang tetua mana ada orang muda mcm aku. (orang sini yang muda2 fit and healthy gamaknya). 
Hari ke 3...
Terus ke hari ketiga. Dari semalam lagi dokter kata peparu aku ada air based on xray yang dorang amek. Dan kena amek sampel air untuk confirmkan infection apakah itu. Aku angguk jela sebab dia kata ada anastetik so aku relaks lagi.
Masa nak buat procedure tu, Dokter pakar tu kata ada lebih baikk, you tak payah anastetik sebab you nanti sakit 3 kali itu jarum masuk you punya err paru2 (slang omputih skettt). Dahhh pulakk. aku terus terang je kata aku afraid of pain. Seb baik Dokter pakar ni pandai pujuk aku then aku pun agreed je. the doktor yang buat procedure tu asyik rujuk dokter pakar tu, aku pun tanya "have you done this before?" then dia kata pernah. Sambil senyum sorry la aku meragui kedokteranmu. Sebab kalau belum pernah ada lebih baik ko bagi doktor pakar ni yang buat.

to be continue.....


Friday, July 17, 2015

Mata masuk habuk tsk tsk tsk

Blog ini special sekali buat aku kerana datangnya setiap kata dan ayat dari hati.

Alhamdulillah, tamat sudah ramadan. Semoga amalan kita diterima Allah SWT..

Point is, time macam ni la rindu kat mak bertambah kuasa dua. owh such a clingy spoiled kid i am! I am spoilt with love. I love you mak. I cant stop saying this until the end of my life. Masa ni mula la teringat masa tolong mak buat kuih tart nanas, sarang semut, biskut mazola, rempeyek, hahaha the list goes on!

Tadi tertengok insta FT, that an old lady bed ridden just could afford to say how much she had hoped for ke children to come back and not a day passed by without he remembering them the kid, whilst the kids are definitely not!

Kemon.. tu mak kot..mak! yang dah lahirkan kau. did you know she risked her life just to give birth to you? life that you have now you are indebted to her for the whole lot!

Arghh i cant brain this. Really cant!

Dan sesiapa yang ada mak lagi, hargailah manusia itu.

I dont know about you guys but losing my mom was like losing half of me.




Wednesday, June 10, 2015

I need Ramadan.You need ramadan. We all NEED ramadan.

Indeed. yes we do need ramadan after all this world now full off tyrannical obscene people bullshits and whatnot.

Ramadan is approaching in about a week time yay! Alhamdulillah i managed to qada all my fasting last late spring and i kept and remorsefully say to myself : ruginya tak ganti puasa masa winter haritu. But came to think of it,  all things comes in a good reason. I can practise to fast during long hours day!

Im trying struggling to think well of people around me. I found that life is much easier that way. Maybe they are struggling or fighting a battle of their own that we have no idea about. Maybe they have lotsa money, can managed to buy anything, go about everywhere in the world, and even though sometimes you can find these people kinda boasting about what they have, I always always always say to myself : they just wanted to share their happiness to the world, let them be and be happy for them! I found myself genuinely happy with just instant cuppa coffe in my hand! My dear friend once told me how people around her have a Gucci just for shoes and LV Alma what is that i dont know handbags and my reaction was, What is that alma lv? ok kidding. I told her to be happy and calm and just focus to our study, let them buy all that sorts as they can afford to! Maybe they already give more to those in need more than we give, who knows? here we are thinking about how life is unfair to us but the people that we are referring to already done their part in this world, again, who knows? Allah knows. Seriously, their heart or intention is not a page of a book that we can read or tell. So why we can easily assumed they are boasting or showing off?

Same goes to a couple without a child yet. Dearies, please be patient and Allah is there with you. Be happy for those with children because you have no idea what a parent facing everyday with the kids LOL! Yes, kids can be adorable, funny and lovely awwwww......but all that comes with a price (if you know what i mean read tantrums, bad moods, wee wee and poo poo let alone lack of sleep!). Be grateful for what you have in hand:point blank! 

For that cant you see that Allah is great? And the most fair to all of His servants? And always remember that Allah knows what is there hidden in your heart. Dont ever think that life brings you unfair to what that you did not get, in fact the things that you want maybe bad for you.

Lets make a target to read more Quran this ramadan and continue the reading afterwards? Jom? Read also the tafsir, as it is the way that you can listen Allah talking to you. Like it happened to me every.single. time! When i do have a problem or uneasiness feeling, open up a Quran and bamm! an ayat related to my problem is there and solving my calamity. (reminder to myself too as im constantly battling with the fluctuating iman)


Just be kind, and you do just fine. Now where is my Asda instant coffee 47p per bottle come here to momma! 


Saturday, June 6, 2015

Kekasih nombor satu Aku.

Aku bukan nak tunjuk alim. Aku sedar ilmu agama aku takdela tinggi mana pun. Tapi aku nak cerita satu kejadian sebenar dalam hidup aku..

Masa matriks dulu, kawan aku ada satu radio, so bila dorang balik tinggal aku sorang tak balik (entah kenapa aku tak balik masa tu aku pun tak tahu..maybe sebab dah setiap minggu pon aku balik, kot?) Dan aku pasang la radio tu, tiba-tiba keluar pasal ceramah nabi Muhammad S.A.W saat kewafatan baginda.

Air mata aku turun macam Niagara waterfall masa tu. Sedih sangat bila terkenangkan macam mana Rasulullah sampai saat akhir hidup dia masih fikirkan kita umat dia lagi. Subhanallah..

Tu belum lagi cerita kisah perjuangan baginda, yang kena baling batu masa nak sebarkan dakwah islam, sampaikan Jibril tanya nak ke dia angkat gunung tu dan timpakan kepada orang yang buat naya kepada dia tu.. Tapi dia tolak sebab sayangkan orang yang buat dia. Kalau kita?

Dan air mata aku laju bila tengok ni


Dia ada full version. Silalah tengok kat youtube eh? Untung Al Fadil UStaz Haron Din, Subhanallah, dia antara orang yang beruntung. Nak mimpi Rasulullah bukan senang, tahap aku ni macam mustahil je nak mimpi Rasulullah. Tapi hati ni teringinnnn sangat..

Bila fikir pasal dia rasa rindu sangat-sangat. Rasa macam sayuuu je hati..kenapa eh? 

Baru-baru ni tengok cerita Umar MBC, pon mengundang air mata je selalu cerita ni. Allahu.. Taktau nak cakap macam mana..Aku tak pandai bahasa arab, jadi terkial-kial juga nak paham cerita tu. Ya Allah, aku nak sangat paham bahasa arab..

Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah S.A.W. 

Dia, kekasih nombor satu aku..


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Thursday, June 4, 2015

Beer and ME

Kejadian semalam. Pasal "Beer"

Post Doc aku dua orang ni mula-mula cerita pasal Indian food, vegetarian food etc sampaila ke topik beer dan entah macam mana aku pun terpanggil nak tanya soalan pasal minuman keras ni. Saja aku nak join in the conversation, takde modal sangat pun nak berborak masa tu..

Aku:So, do u get drunk with a can of beer?

Post Doc: Normally it would take me about 6-8 cans of beer to get drunk. I tend to drink more if im with my rugby buddies because rugby and drinks comes hand in hand (read:complement to each other,kononnya)

Aku: OOO i see (masa ni dah takde idea nak kata apa dah.)

Tetiba aku teringat ceramah Dr Maza tu dia ada mention the best arak in the world made in Iran, a place called Shiraz, thus the drink named after the place.

Aku: Do you know that the best spirits drink is from Iran a place name Shiraz? 

Okay masa ni dua-dua post doc tu buat muka tak setuju dah hahahahaha. Padan muka kau norazrin! Patut nya ayat kau kena mcam ni :

"Is it right that the best liquor is from Shiraz?" 




 AWKWARD!

Moral of the story: Kalau tak pandai, baik kau diam je. Tak related pun beer dengan kau. Lainla dia tanya pasal belacan ke, barula ko boleh tunjuk pandai!Kahkahkah

Monday, May 25, 2015

CEB symposium presentation

Khamis lepas dah settled First Year Symposium for Bioinformatics and Evolution Biology department presentation. Alhamdulillah, went on smoothly without the presence of my SV lol!. Ok gak dia tak datang kalau tak mesti ketar lutut sebab he knows where are my weaknesses are! So tak boleh goreng la kan? Tapi Advisor datang la pulak. Orang lain satu dua soalan je datang ke turn aku sampai 4 soalan kauuu! Hamek! 

Lepas presentation aku pun acah-acah berani la pegi kat advisor aku tanya, "Did i answered your question?" hah gichhuuu.

Nasib baik jawapan aku betul. Menjawap la apa soalan yang ditanya. He said "You looked calm and collected but i know inside u r not!" dia bantai gelak hahaha. "But anyway i like the way you clearly delivered the point to the audience. Good job!"

And he said he will drop an email to my absent SV. One thing that i like here is that the lecturers are all cooperate and helped each other. Takde dengki ke apa. 

And late that evening i received email from my high expectation SV saying "heard ur presentation went OK. Well done. Kipidap"

Ok bab kipidap tu aku rekayasa je hahaha. OK je?

Ok la kan..

#kipidapnevergibap

oh ye, aku dah start private the blog access due to unknown reason. saja je ngengada. lantakla blog aku ke blog kau? hahahaha

Saturday, April 4, 2015

Mak main handphone, Anak jatuh dari tingkat 6.

Percayalah ketika aku menulis blog ini, aku tengah lapar. Dan MARAH.

Aku marah betul dengan mak budak yang mati terjatuh kat KWC. Main handphone sampai tak hirau kan anak. Anak kau dah baru 6 tahun dan kau boleh main handphone macam ......

Aku rasa mak dia tu patut kena tindakan atas kelalaian menjaga anak. Aku pun mak juga dan aku admit aku memang hantu jugak tengok handphone ni. Tapi aku kalau pergi supermarket pun suruh si Aiyris pegang tangan. Dan aku cukup marah kalau dia lepaskan tangan or nak mengelinjang melompat sana sini. Overprotective? lantak apa orang lain nak kata. Yang penting itu cara aku didik anak. Kang kalau apa-apa jadi kat anak aku, korang gelak lagi ada. So pedulikkan.

Korang pernah pergi ke KWC ni? aku pernah pergi. Memang escalator dia tu steep giler! Even as an adult pun aku seriau.

Dont ever let your kids go by themselves near escalator. Tu memang pantang besar aku. Masa bujang dulu pernah terjadi kejadian depan mata, mak dia pegang tangan anak tapi mata ke lain,si anak tu pegang handle escalator tu saaaaaampai bawah dan tangan dia pun termasuklah sekali dan tersepit. Meraung lah budak tu. Tangan tersepit sakit ok? Cuba letak tangan korang kat pintu dan tutup. haaa tu la apa yang budak tu rasa. Bomba datang nak keluarkan tangan budak tu lama gak sampai budak tu dah nak pengsan. Dan aku rasa masa tu nak gi kat mak dia dan lempang laju-laju.

Apa? Benda dah nak jadi?

Hello benda ni boleh elak kalau mak dia alert. Dah jadi mak ni jangan harap ko leh ada masa untuk diri sendiri. Okay aku geram.

Astaghfirullahalazim. Memang takdir Allah tapi Allah pun pesan kita jaga anak dengan sebaiknya kan.?

Wallahualam.

P/s: Best gila pergi Decathlon tadi, sempat la main and ajar Aiyris main basketball. Dapat gak dia sumbat sebijik dua dalam basket tu. Tetiba datang sorang anak mat saleh ni kata nak main aiyris dengan jujurnya terus bagi bola tu kat dia dan kami pun balik. Hangen je aku..Tapi nasib baik kedai pun dah nak tutup. Pukul 6 dah tutup tak rock langsung kedai kat manchester ni.




Thursday, March 5, 2015

Part 2: Tanger in My Heart. Part last sekali gak. LOL

Aku ni macam taknak buat je part two ni. Bottom line is: MALAS. Sekarang banyak kerja, kena buat SearchGUI 121 files, pastu ESTScan2 and EORF lagi tak buat. Masak. I have less than two month je nak siapkan semua ni..

SV pon dah sound cepat sikit buat kerja, u spent about six month like doing nothing, like omg hello? i think i done quite a lot la prof, from zero linux user please come on..

STRESS. 


Ok sambung cerita workshop. Tak banyak free time pon dah namanya workshop kan. DAri pagi sampai ke malam ko dudukla ngadap workshop tu sampai lebam.


So hari kedua di workshop tu bermula dengan aku breakfast choc bar je kat bilik, tak tahu pon sebenarnya ada breakfast kat cafe kat bawah. Villagepeople sangat..




Hari Kedua: lepak lobi sebab overslept terbangun pukul 9 pagi. So takkan nak masuk dewan tetengah talk? haruslah tunggu masa coffee break hahahahaha

Lepak kat bilik..dari jauh tanah spain and portugal.

Yours truly. tembam tetap tembam. menci.

Ingat berapa lama leh bertahan macam ni? 10 minit je? angin laut sejuk kemain.  But relaxing indeed.

Just another view of the open sea..

Rindu kat laki and anak-anak. Sindrom Mak2 sangat..

Hari last dorang bawak jalan ke old city of Tanger.

Street of Old city.

Herbs and spices shop

Shop lots

Cantik. Sayang and ralat tak beli carpet dia!


Jalan dari petang sampai malam. Nasib baik musafir boleh jamak solat ;)

Kedai kopi. Fancy

Very famous cafe. Diceritakan yang Michael Jackson pon pernah lepak datang sini minum teh..

Me and Dr HArrison Andrew. Dia ni balik report kat SV aku how i did the presentation. 

Keith! U owed me cloud info dude!

Muka kami sama tak? hehehehehe
Dr Najla and me.Best gak dia ni..sempoin je macam kawan-kawan aku.

Depan makam Ibnu Battouta..Great sailor and traveller.

View from one of the fortress. Subhanallah cantik..angin kuat nak terbang perempaun gemuk ni dibuatnya.

Aku wakil uk la kiranya dalam workshop ni. Profs from uk semua kata Malaysia ni kaya, banyak duit. I was like no no no, bajet upm tahun lepas untuk research je dah cut almost 50%. Tapi most of the time i am proud to be Malaysian sebab negara luar pandang kita dengan penuh rasa respect jugak.   So bersyukur la sangat negara kita takde perang aman damai dan tahun depan ada GST. 

OK bye. Anti klimaks sungguh kan? i know ..lame..


Wednesday, February 25, 2015

Part 1: Tanger, Morocco

Hai! 

Nak cerita sikit pasal trip to Tanger Morocco last week. Still fresh in my mind and i would like to record it before it fades away from my mind. Lol! *Angin kat luar bunyik wooooo...wooooooo kuat betul tadi otw balik pun pompuan gemok ni macam nak terbang dibawa angin, imaginela betapa kuatnya angin tu?? -selingan. *

Trip to workshop tu ended last thursday, Dahla jumaat tu ponteng tak datang lab, isnin pon aku ponteng lab bahahahaha. Kaki ponteng sungguh dari dulu sampai sekarang. Entahla orang ponteng sekolah dulu pergi cc ke mall ke aku ponteng sekolah/lab duk umah tak buat apa -kemas umah dan sebagainya of course la kan. Homie type sungguh!

So, tadi datang lab dengan hati yang berat sangat sebab bila dah selalu ponteng akan ada rasa awkwardness tak tau nak cakap macam mana hanya kaki ponteng je yang mengetahui perasaan hati ini hahaha. Letak je bag and restart computer, SV aku datang dengan muka berbunga-bunga. 

SV: So Aezrin (cara dia sebut) , How was it? 
ME: Well, it went well..Do you know Ian sillitoe? 
SV: errr ian yes..yes.. he is from....(masa ni dia tak ingat dah ian tu dari uni mana)..i heard that you did well on your presentation? Did you win any prize? (soalan ni dia ulang dua kali tak bagi can aku jawap)
ME: He know you well everyone knows you hahaha..btw he is from UCL, errr...no..i was sooo nervous my voice came out shaky.. i did not win any prize but im glad to be invited. Really an eye opening for me..
SV: Actually Harry sent me an email saying that your presentation was very good and you are very CONFIDENT. 
ME: smitten. Err i hope i did well as people expected me to prof.. 

bahahahahah. Glad that happened.

Aku tak rasa aku punya presentation that good. Dengan suara menggeletarnya, cuma yang aku dapat present data dan result yang aku dapat je la .. Apapun syukur Alhamdulillah. Semuanya Allah yang tolong.

And i did not expect Harry will send email to my SV at all! Well that is how "why not" is paid  i guess..huhu. *nanti aku cerita pasal why not punya story.

So my solo trip to Morocco began on 15 February 2015, where i took a cab from home to Manchester airport. I got there pretty early, checked in at British Airways (BA) and grabbed some sandwiches at WHSmith. Sedap pulak mayo and prawn dia, dan masa nak beli tu kena scan sekali boarding pass for what reason i dont know. 

My outbound : Manchester-London
                         London- Casablanca (Morocco)
                         Casablanca- Tanger.

3 Flights weyh. pengsannnn

Tak perasan yang aku dapat business class sampai la kawan aku tegur at ig.  Alaa business class amendenye just dapat fast track je
Belum sampai London dah rindu budak dua orang ni. Sindrom mak-mak bekerjaya, beginilah..
Sampai London, sebagai seorang villagepeople, aku pon dengan selambanya keluar dan tak mengikuti lane terminal change tu. Alhamdulillah sempat solat kat prayer room at terminal 5, and being villagepeople i did not know that we need to commute by bus to get to the terminal 4! I was soooo lucky that i had ample time to go wandering around kill my time and asked people how to get to terminal 4. So, bila kat tempat orang mulut ni kena rajin bertanya kalau tak sesat jalan kahkahkah. So, kena naik bas, amek masa 15 minit la jugak nak ke terminal 4 ni.

So, bila dah sampai, check in again at Air Maroc airlines. Sampai terminal 4 ni kawan baru aku nama Osama dah tunggu, Keith and Kevin pon. Perjalanan amek masa dalam 3 jam to reach Casablanca. Sampai je casablanca, we met with Prof Sean May and Marcoss from Nottingham. Very friendly person and down to earth. He has many affiliation with Malaysia. Boleh berborak macam kawan lama je dengan dia. 

So Next flight to Tanger took about 1 hour. Masa ni dah mengantok tahap kebabom dah. Sampai je airport, tengok-tengok luggage dah pecah. Cis! 

Sedih. Walaupon murah, beli kat Haji Ismail Langkawi, tapi ni la beg kesayangan aku.  there was few passengers who had the broken luggage and when i asked them whether they wanna make claims, they said, in Morocco? i dont think so..



So kami dijemput dengan 3 cabs so Sean ni suruh aku naik cab dengan Dr Najla from Tunisia. Kira ok la perempuan kan. Senaifnya aku, tak teringat pun pasal keselamatan kan? patutnya ada la seorang lelaki lain yang naik cab tu. Buatnya dia tak hantar kami ke hotel instead ke tempat lain kena jual ke apa ke haaa camne? Next time please alert ye norazrin ariffin????

Syukur dapat bilik yang cantik yang penting bersih


Flat screen tv checked

BIG wardrobe: Checked

Clean toilet :Checked

Clean towels: checked

And the room was sea view! Berkat kesabaran taknak berebut dengan orang masa check in hotel. hahahahahah

Tapi yang takutnya sliding door tak boleh kunciiii huwaaaa. So menggelabahla aku sendal dengan kerusi untuk security. Tidur pukul 3 pagi malam tu.






Saturday, February 7, 2015

Car Boot Sale, Piccadilly, NHS and School of Life Sciences

Pelan asal malam ni nak tengok Lingaa tapi cancel untuk memberi laluan kepada siaran langsung Rugby Wales vs England. Pfftt

Duduk di UK ni memerlukan ketabahan yang tinggi dari segi mental dah fizikal jugak. Luckily our house is very strategically located. Dekat dengan klinik, Asda, Curry miles, bank segala. Tapi dekat tak dekat almost 1 km pergi balik 2 km. That is why i lost 10 kg dan tapi now that we own a car im afraid i might gain more weight afterwards hahahahahahahahahahaha. Beli kereta murah je £450.

Masa memula sampai kena share rumah ni dengan previous tenant. Selama tiga hari, Firdaus and family tunjuk jalan nak pegi car boot sale The Bowlers Trafford, Piccadilly and China town. Manchester pon ada China town tau? Hebat orang cina ni. Pandai meniaga kat tempat orang. I wish my own race could change their attitude too. Dekat Piccadilly ada Primark bestnya tempat ni. Ada semua benda from head to toe with affordable price. Kalau convert to RM pon still murah. 

Masa mula-mula sampai MAN semua benda nak convert to RM. So bila convert rasa macam woi mahalnya. £1 = RM5.8. Layan gambarlah ye.



Jebat pukul 5 am dah bangun. syabas. READ: Jet lagged

Kawan-kawan ajak gi car boot sale di pagi ahad

Pipi pau. Bukan pau dah macam bom aku tengok

Semangat

Tunggu bas 192 to Piccadilly

Sampai dah The Bowlers Trafford CBS

Dekat CBS ni boleh dapat barang terpakai yang murah, mostly baju budak and toys dorang je pon kita beli. Tu pun kena pilih la and kena bargain tapi orang putih ni taknak layan sangat kalau kita minta kurang pon. Tapi kalau nasib baik boleh la dapat mainan murah.

Gay Village. Kaum lelaki bercinta sesama sendiri kat sini. Macam cilaka je perangai tu. Eh bukan lelaki lelaki dalam gambar ni tau.

Sackville Building for Engineering Faculty of Manchester University

China town. Semua mak nenek yang kau nak ada kat sini. Penyapu lidi to the belacan. You named it.

China town

Gay Village: Welcome lah sangat

Piccadilly Gardens

Rumah. Ha start dah gambar random.


So 16/9/2014 pergilah mendaftar sebagai seorang student. Thanks to Pojie banyak tunjuk jalan and bangunan apa yang kena pergi untuk daftar. Masa kat Whitworth Hall student from China tegur and we became instant friends sementara nak register. Asian Rules! hah sangat!

Oh ye sebelum daftar kitorang daftar NHS dulu untuk klinik kesihatan

First day to school. Nervous as hell sebab nak jumpa SV and school and  and and layak ke  nak buat Phd (soalan gatal dah sampai sini no turning back la woi)

Michael Smith Building 

Entrance MS

Tempat menuntut ilmu.

Dahla lab depan cafe. Cafe pulak jual coffee sedap. Dah kembali jadi coffee addict dah aku ni. Now dah boleh beza Latte, Cappucinno, Mocha, Frappucino etc. Salahkan Cafe ni. Salahkan dia!

Ok nanti sambung lagi..bye nak tengok Lingaaaaaa deyyyyy!!!



Wednesday, February 4, 2015

Part 2: Sampai MANCHESTER

Sambungan..

Dalam 7 jam selepas tu kami anak beranak pun sampaila dubai airport. Terus cari surau untuk solat. Lupa yang surau luar Malaysia mana ada sediakan telekung, nasib baik pakai kasut sport and socks so sarung je socks and solat..Tada...Islam itu memudahkan dan tidak pula menyusahkan sekian Ustazah Norazrin. Ehems.

Lepas berganti-ganti solat ingat nak minum kopi starbucks tapi punyala besau airport so macam malas nak berjalan mata pun mengantuk dicampur dengan kesedihan meninggalkan Malaysia lagi kan, So layan jela gambar..

Dalam Emirates flights ada screen boleh pilih movie sampai lebam.

Info

Muka mommy berselemang macam tak mandi. Adik gak yang maintain handsome.

Ready to board for MAN

Joms...

Tujuh Jam seterusnya, hari pon dah pagi. Tengok awan kepul-kepul fog tebal gile. Oooo dah nak sampai la ni hatiku berkata ecewwhhh...

Landing pon Alhamdulillah sangat smooth. Kudos Emirates!

Sekali tengok macam kat Bandung pun ada

Punya lah jauh nak kena menapak..

Ada budak eksaited

Bapak budak pon eksaited.

Eksaited double dose.

MAN international Airport. Asian flight semua kat sini. EU terminal lain.

Mak budak eksaited sebelum musim ketensionan PhD bermula.

Haaa gambar ni WIN. Siap coat bagai tapi selipar jepun pueng3x...

OTW ke immigration patutnya gambar ni kedepan. lantakla malas nak tukar.

OTW keluar..
Sampai-sampai je Wazer dah tunggu kitorang..Dia jemput lepastu hantar ke rumah sewa lepas tu bawak kitorang ke ASDA Hulme untuk beli barang.. Just bayar 20 gbp je kat dia settled...

Penat toksah cakapla.. tapi sedih lagi rasa woowoowoo *keluarairmatadarah #rinduMalaysia!