Thursday, November 12, 2015

Ujian dari Allah.Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..


{لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ}


Ertinya: “Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”[1] (QS Âli ‘Imrân : 186)

Setiap orang yang berada di jalan Allah pasti akan di uji dengan kemiskinan, kesakitan dan kesempitan hidup. Dan aku, sebagai hambaNya tak terlepas daripada ujian. Bermula dengan bulan puasa yang masanya panjang dan kegedikan aku untuk berniaga "karipap  pusing dunia" pada bulan puasa di samping menulis first year report dan viva selepas raya. 

Background..
Demam bermula lepas raya ke 3, iaitu lepas aku buat makan-makan dengan menjemput beberapa rakan. Takdela masak beriya pun, tapi letih melayan tetamu daripada pagi sampai ke malam, dan natijahnya malam itulah bermulanya episod paracetamol-dependant aku.
Demam berlarutan sampai ke minggu 3 raya, ke GP sudah, satu setengah course antibiotic telah aku habiskan tapi demam dan lelah itu masih ada. Tapi batuk aku kering dan tidak pulak berkahak. Doc pertama kata aku ENT infection. Senang je buat kesimpulan (read: doc sini bukan la semua bagus, ada yang pemalas dan bias terhadap pesakit nak2 asian and muslim macam aku ni). Dan aku jugak diarrhorea dan tak ada selera makan langsung-langsung. Kau letak la pizza ayam panggang kambing golek, semuanya nehi! Doc pun nak sampel tinja untuk  check kalau ada infection.
Dalam pada demam2 tu, sempat jugak ke London dan menghirup udara tacky sambil demam dan bersesak nafas segala. Hebat bukan? paracetamol dependant katakan, hayunkan saja kaki ni. 
Masuk minggu ketiga demam, ke GP lagi lepas seminggu tiada khabar berita pasal tinja aku tu. Relaks je minah kat kaunter tu cakap ooo your poops are normal. Then why the hell aku still demam dan cirit birit macam nak rak ni?
Jumpa Dr Kavanagh Doc perempuan yang thoroughly check peparu aku. Lepas tu dia bagi lagi secon antibiotic and nak tengok hari keempat macam mana result dia. Still the same, even worse bila aku tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu dia suruh aku ke A&E untuk xray and blood test sebab nak confirmkan sakit aku ni. Dia kata dont worry you wont be warded.

Hari 1 dan 2..

Nan hado! esoknya lepas pepagi Mr Pali hantar aku ke A&E dan xray dan blood test, aku kena tahan ward. Dalam hati okla kena tahan wad boleh rehat. Tapi bila dah masuk hari malam aku dah teringat Jebat and Aiyris, mula lah air mata mengalir laju. First time sakit kena tahan wad dahla tu dalam wad semua orang tetua mana ada orang muda mcm aku. (orang sini yang muda2 fit and healthy gamaknya). 
Hari ke 3...
Terus ke hari ketiga. Dari semalam lagi dokter kata peparu aku ada air based on xray yang dorang amek. Dan kena amek sampel air untuk confirmkan infection apakah itu. Aku angguk jela sebab dia kata ada anastetik so aku relaks lagi.
Masa nak buat procedure tu, Dokter pakar tu kata ada lebih baikk, you tak payah anastetik sebab you nanti sakit 3 kali itu jarum masuk you punya err paru2 (slang omputih skettt). Dahhh pulakk. aku terus terang je kata aku afraid of pain. Seb baik Dokter pakar ni pandai pujuk aku then aku pun agreed je. the doktor yang buat procedure tu asyik rujuk dokter pakar tu, aku pun tanya "have you done this before?" then dia kata pernah. Sambil senyum sorry la aku meragui kedokteranmu. Sebab kalau belum pernah ada lebih baik ko bagi doktor pakar ni yang buat.

to be continue.....


No comments: