Google+ Followers

Saturday, April 4, 2015

Mak main handphone, Anak jatuh dari tingkat 6.

Percayalah ketika aku menulis blog ini, aku tengah lapar. Dan MARAH.

Aku marah betul dengan mak budak yang mati terjatuh kat KWC. Main handphone sampai tak hirau kan anak. Anak kau dah baru 6 tahun dan kau boleh main handphone macam ......

Aku rasa mak dia tu patut kena tindakan atas kelalaian menjaga anak. Aku pun mak juga dan aku admit aku memang hantu jugak tengok handphone ni. Tapi aku kalau pergi supermarket pun suruh si Aiyris pegang tangan. Dan aku cukup marah kalau dia lepaskan tangan or nak mengelinjang melompat sana sini. Overprotective? lantak apa orang lain nak kata. Yang penting itu cara aku didik anak. Kang kalau apa-apa jadi kat anak aku, korang gelak lagi ada. So pedulikkan.

Korang pernah pergi ke KWC ni? aku pernah pergi. Memang escalator dia tu steep giler! Even as an adult pun aku seriau.

Dont ever let your kids go by themselves near escalator. Tu memang pantang besar aku. Masa bujang dulu pernah terjadi kejadian depan mata, mak dia pegang tangan anak tapi mata ke lain,si anak tu pegang handle escalator tu saaaaaampai bawah dan tangan dia pun termasuklah sekali dan tersepit. Meraung lah budak tu. Tangan tersepit sakit ok? Cuba letak tangan korang kat pintu dan tutup. haaa tu la apa yang budak tu rasa. Bomba datang nak keluarkan tangan budak tu lama gak sampai budak tu dah nak pengsan. Dan aku rasa masa tu nak gi kat mak dia dan lempang laju-laju.

Apa? Benda dah nak jadi?

Hello benda ni boleh elak kalau mak dia alert. Dah jadi mak ni jangan harap ko leh ada masa untuk diri sendiri. Okay aku geram.

Astaghfirullahalazim. Memang takdir Allah tapi Allah pun pesan kita jaga anak dengan sebaiknya kan.?

Wallahualam.

P/s: Best gila pergi Decathlon tadi, sempat la main and ajar Aiyris main basketball. Dapat gak dia sumbat sebijik dua dalam basket tu. Tetiba datang sorang anak mat saleh ni kata nak main aiyris dengan jujurnya terus bagi bola tu kat dia dan kami pun balik. Hangen je aku..Tapi nasib baik kedai pun dah nak tutup. Pukul 6 dah tutup tak rock langsung kedai kat manchester ni.




No comments: