Google+ Followers

Saturday, June 6, 2015

Kekasih nombor satu Aku.

Aku bukan nak tunjuk alim. Aku sedar ilmu agama aku takdela tinggi mana pun. Tapi aku nak cerita satu kejadian sebenar dalam hidup aku..

Masa matriks dulu, kawan aku ada satu radio, so bila dorang balik tinggal aku sorang tak balik (entah kenapa aku tak balik masa tu aku pun tak tahu..maybe sebab dah setiap minggu pon aku balik, kot?) Dan aku pasang la radio tu, tiba-tiba keluar pasal ceramah nabi Muhammad S.A.W saat kewafatan baginda.

Air mata aku turun macam Niagara waterfall masa tu. Sedih sangat bila terkenangkan macam mana Rasulullah sampai saat akhir hidup dia masih fikirkan kita umat dia lagi. Subhanallah..

Tu belum lagi cerita kisah perjuangan baginda, yang kena baling batu masa nak sebarkan dakwah islam, sampaikan Jibril tanya nak ke dia angkat gunung tu dan timpakan kepada orang yang buat naya kepada dia tu.. Tapi dia tolak sebab sayangkan orang yang buat dia. Kalau kita?

Dan air mata aku laju bila tengok ni


Dia ada full version. Silalah tengok kat youtube eh? Untung Al Fadil UStaz Haron Din, Subhanallah, dia antara orang yang beruntung. Nak mimpi Rasulullah bukan senang, tahap aku ni macam mustahil je nak mimpi Rasulullah. Tapi hati ni teringinnnn sangat..

Bila fikir pasal dia rasa rindu sangat-sangat. Rasa macam sayuuu je hati..kenapa eh? 

Baru-baru ni tengok cerita Umar MBC, pon mengundang air mata je selalu cerita ni. Allahu.. Taktau nak cakap macam mana..Aku tak pandai bahasa arab, jadi terkial-kial juga nak paham cerita tu. Ya Allah, aku nak sangat paham bahasa arab..

Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah S.A.W. 

Dia, kekasih nombor satu aku..


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



No comments: