Wednesday, August 19, 2009

Kenapa dia ?

Alhamdulillah, hari ini saya sudah Konvo.

But im not ready yet to talk about the convocation. Not just yet, just let me gain my strength and some pathetic photos for you ok?

Cuma minda saya masih terkesan dengan perihal keluarga yang tak sudah-sudah. Seakannya.
Dari segenap segi dan sudut, ada yang tak kena. Dugaan datang bertimpa.

Tahun lepas saya dikejutkan dengan berita yang saya rasa tak mampu untuk menanggungnya seorang. Sampai sekarang, benda itu masih tidak lagi selesai.

Timbul lagi masalah, satu, persatu. Yang saya kira, kalau lah rakan-rakan seangkatan mengetahuinya, mungkin mereka tidak percaya.

Saya cuma mahukan keluarga yang normal.

Count your blessing my dear, someone told me.

Ye, saya tahu fakta itu. Dan saya selalu bersyukur dengan apa yang saya ada, dikurniakan anak dalam kandungan, dapat juga bergraduasi setelah sekian lama dan kerjaya baru yang tetap. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah..

Tapi sebagai manusia biasa yang dihujani dugaan dan rahmat pada masa yang sama, saya jadi terlalu sibuk memikirkan yang negatifnya.

Sebagai manusia biasa juga, saya sedar, saya lemah dan selalu berprasangka buruk pada takdir. Nauzubillah.

Saya selalu menyalahkan seorang ini atas kepincangan keluarga saya. Kalaulah dia bertanggungjawab dan sedar, mungkin keluarga saya tidak akan berantakan begini. Dan mungkin juga arwah mak tidak memendam rasa sehingga sakit dan akhirnya meninggalkan kami.

Dia tidak pernah memberi peluang kepada kami adik beradik untuk bersuara. Suara kami selalu tenggelam. Dek kerana suaranya yang bergema semesta alam. Kalau pun tidak disahut dengan balasan suara yang kuat, mungkin dibalas dengan anggota badan dan benda yang lainnya.

Saya sendiri pernah dihentam dengan helmet, apa kes? tak payahla saya uraikan lebih lanjut.

Cuma bila saya dimarah dengan suara mengaum dan diperli tentang solat saya yang kononnya tidak berpaksikan Allah yang maha esa, yang solat saya cuma solat ikut-ikutan sahaja, hati saya menjadi luluh dan berputus asa serta berfikir, mungkin tiada lagi kasih sayang dia kepada saya.

Dan bila dia menuduh saya ini TETAP dan SELAMANYA BODOH, di hadapan mak tiri saya serta adik beradik, saya terdiam. Mungkin hanya duit yang saya beri setiap kali bersua akan menjadi faktor tunggal untuk dia memberikan senyuman kepada saya.

Saya ada kawan-kawan yang sanggup mendengar, tapi saya risau mereka akan jemu muak nak muntah dengar masalah saya ini berulang kali. Mereka juga ada masalah sendiri, bukankah? Setiap orang pun ada masalah sendiri..

Ya Allah, ampunkan dosaku kerana mempunyai perasaan ini kepadanya, sucikanlah hati ku dari perasaan kotor kepadanya, lupakanlah apa yang telah dia lakukan kepadaku dan adik beradikku ya Allah..

Entry kali ini juga entry yang berani, pengakuan dari jiwa saya..


7 comments:

AyinEmran said...

kesian min. what happened min?

min doa je supaya hati beliau lembut. doa doa dan doa. semua pun milik allah, mungkin satu masa nanti allah ubah hati dia jadi lembut semula.

btw, congrats again beb. wpun tak dpt tgk, but u know i'm proud of u.

Aeryn mummy aiyris zarra said...

ayin: InsyaAllah, cume kekadang rasa macam dah bersedia ke aku untuk terima dia yang lembut hati tu?

takut.takut. takut. tu je perasaan aku kat dia skang ni.

thanks beb for the wish, i really hoped u were there also.

♥ p a a n i ♥ said...

banyak sabar je eh kak rin~!

selamat berposer!

hihihi

baby kne poser jugak ke?

MiSzEniGmA said...

Saya ada kawan-kawan yang sanggup mendengar, tapi saya risau mereka akan jemu muak nak muntah dengar masalah saya ini berulang kali. Mereka juga ada masalah sendiri, bukankah? Setiap orang pun ada masalah sendiri..

nota: selagi ada hayat sy, sy tidak akan jemu,muah & muntah mendengar rintihan anda :).. sempena ramadhan, banyakkan doa, semoga jiwa anda lebih tabah ye :)

Aeryn mummy aiyris zarra said...

pony: baby baik je bulan pose ni.amin..

yong: thanks for being there everytime i need you to be there!

FBI said...

salam! i'm a silent reader of your blog ;) but i FEEL you. i've gone thru similar experience too. i'm still hurt and i've not spoken to that person for years now. i used to be the beloved daughter, maybe that's why it hurts too much. stay strong, dear. i also pray that i can, on day, finally forgive him, for i just still can't :'(

Aeryn mummy aiyris zarra said...

FBI: It is hard because that person supposed to be the one you should love till the end of his or your life, kan?

"sebusuk-busuk dia, dia masih lagi bapa kamu" this, my late mom always told me.

and still, my feeling towards him always collided.thus makes me feel numb.

thnaks for reading my blog!