Google+ Followers

Tuesday, August 25, 2009

%#%^#%&%##@$% hahahaha korang tak dapat baca tajuk kali ni apa...

Mari berkata tentang kenaikan berat badan saya, mari?

Semua orang yang rapat dengan saya pun tahu, yang saya dan isu ini telah bersama sejak kurun ke berapa entahlah. dan sejak mengandung kebelakangan ini, emm lagilah kan? bagai dipam2 je badanku ini.

Sometimes, i just feel comfortable with my body or size. Ramai yang kata, takpe, asal sihat. Ok, look back, tekanan darah ok, gula pun normal, so i guess im still ok dan sihat, betul kawan-kawan?

Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung ini simptom morning sickness amat jaaarang sekali. Kalau ada pun hanya pening. Muntah pun tak pernah la lagi. Doc kata maybe sebab ini berat badan awak bertambah (apart of the appetite yang memang er, unstopable??)

Tiba-tiba saya terbau asap rokok pulak di pejabat ni. Mana datangnye? hoi, tak puasa ke dia orang ni?

Anyway, selain berasa selesa dan kini tak lagi mengambil hati kalau-kalau ada orang menegur "Wah...bulatnye sekarang ko ni! " atau "eh ni min ke ni?" sambil buat muka hairan, saya terfikir, mampukah saya membuang lemak-lemak ini dari badan saya lepas bersalin nanti?

Mampu atau tidak? (Suara mcm dalam kartun Go Diego Go)

2 comments:

MiSzEniGmA said...

sure can min..chaiyooooookkkk

aeryn said...

yong: baik!