Thursday, January 17, 2008

I believed...

Saya percaya bahawa setiap prbuatan yang dilakukan pasti mendapat balasan.. sama ada dibayar oleh Allah secara "cash" di dunia atau pun di hari kemudian kelak..

Saya percaya Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia lah yang Maha berkuasa dan Maha mengetahui.

Kekuasaan Allah ini selalu saya saksikan..In fact i see and i can feel it in every moment. Okay..1 simple thing for example..setiap pagi, jika tanpa lafaz bismillah, kereta kancil saya agak susah nak dihidupkan. Beberapa eksperimen selalu saya perhatikan. Dan ia terbukti.

Jika masuk ke dalam rumah tanpa lafaz Assalamualaikum, hati ini selalu akan berasa terganggu dan mudah nak marah pada sekalian umat manusia yang berada di dalamnya. Tetapi, jika disertai dengan lafaz assalamualaikum dan bismillah, mood ini akan menjadi ok and happy sahaja..

Dan sebelum makan, jika terlupa untuk membaca Bismillah dan doa, pasti akan berganda-ganda makan sampai tak kenyang2 perut ni..(sebab apa?sebab syaitan makan bersama)..

Saya percaya bahawa Allah terlalu sayangkan hambaNya. Saya percaya lebih banyak ujian daripadaNya, lebih sayang Dia kepada kita. Mengapa ya? sebab, dengan musibah atau masalah yang melanda inilah yang membawa kita lebih dekat padaNya. Pada siapa kita meminta pertolongan jika bukan pada Allah? Dia yang memberi, Hak Dia, Dia juga lah yang berhak untuk menariknya semula. Bukan bermaksud ingin berkhutbah, tapi ingin berkongsi rasa hati pada sahabat sekalian.

Kekuasaan Allah itu terbentang luas di mata dan di hati kita. Jika kita dekat padaNya, maka, tenanglah jiwa kita. Begitu juga sebaliknya.


Pagi tadi saya kesiangan dan kejadian ini telah berulang sebanyak dua kali dalam minggu ini. Setelah mengqada solat subuh yang terlepas, saya terus mendapatkan jejajo dan menciumnya setiap pagi. Lambat macam mana pun, saya tetap akan meluangkan masa untuk mengganggunya tidur dan mengatakan padanya bahawa saya amat-amat menyayangi dia. Dia hanya mampu menganggukkan kepala dalam keadaan mata terpejam. Hati saya berkata, wah seronok kalau dapat menjadi kanak2 semula, boleh tidur makan minum dan main sesuka hati tanpa perlu risau akan kehidupan ini..emmm

Saya bergegas ke tempat kerja dan tahu-tahu sajalah cara pemanduan ketika lambat untuk samapai ke tempat kerja yang jauhnya 30 km kan? Saya berjaya melepasi kesesakan trafik dan memecut sepantas mana kancil saya boleh pergi. Kasihan dia..saya memahami bagaimana perasaan baru bangun dari tidur, terus sahaja disuruh memecut. Hasilnya, saya telah memotong sebiji BMW dan natijahnya saya dikejar semula oleh nya.. takut juga..hehehe..

Keretaku...Kasihan dia, sudah lah tiba masa untuk dimanjakan, tapi dilengah-lengahkan pula. tak mengapalah wahai cheeikabotku (panggilan manja untuk kereta ku), akan ku bawa dikau pergi spa pada akhir bulan ini, bersabar ya?

Pada akhir-akhir ini, ada seseorang yang saya syaki berniat jahat terhadap saya(moga Allah mengampunkan dosa saya kerana bersangka jahat) selalu berbuat baik pada saya di pejabat ini. Dia menawarkan saya kerja sebagai guru tusyen sebagai sumber pendapatan sampingan, yang mana saya agak berterima kasih kerana di beri peluang tersebut. Akan tetapi, hati ini agak gusar dan risau kerana takut memikirkan adakah saya dapat menyesuaikan keadaan nanti..tapi saya membutuhkan wang. (Err..nape tetiba aku berkata indon ni??)

Tak mengapalah
saya cuba
untuk mencuba berprasangka baik terhadapnya, moga-moga dia berubah kepada keadaan yang lebih baik.

Amiinn...

No comments: