Thursday, January 29, 2009

MatahariKu...

tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

* berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

** dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

dengarkanlah kau matahariku

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku


Wahhh...saya amat mengkagumi vokal agnes monica untuk lagu ini (walaupun tak berapa berkenan pada video klipnya). Perempuan ini mempunyai suara yang cukup untuk membunuh seekor gagak mungkin? (ahahahahaha aku dah start merepek). Tapi yang nyatanya, lagu ini dibawa baik oleh Agnes monica. Cuma saya kepingin untuk mendengar Jacylyn Victor atau Dina atau Sarah raisudin menyanyikan lagu ini pula. Kerana melampau la pulak kan kalau nak dengar Mariah Carey untuk nyanyi lagu ini. Kan? Kan? kan? huhuhu.

Syabas Agnes!


Wednesday, January 28, 2009

Tag lagi...


"10 fakta tentang diri kamu".

  1. Seorang yang sensitif. Dari kecik memang macam tu.
  2. Seorang yang suka masak resepi-resepi baru. Contohnya baru-baru ni telah berjaya buat pizza, lasagna, cup cakes and choclate cake.
  3. Seorang yang pemarah dan kuat merajuk.
  4. Seorang yang sangat-sangat suka kucing. Saya boleh tidur dengan kucing saya dan bawa dia tidur bersama-sama saya. hehehe
  5. Seorang yang kadang-kadang can be so outspoken and weirdo at the same time..
  6. Seorang yang tidak pernah mempunyai "boyfriend" sehingga umur er..20 tahun. Imagine that!
  7. Suka main sabun terutamanya sabun cuci pinggan. Kat rumah sebulan kena tukar 2 botol pencuci pinggan yang concentrated punya tau?
  8. Allergic to dust, and thus make me asthmatic people.
  9. Suka memandu dengan laju dan berhemah, cewah. sapela nak dengar dan baca statement ini?
  10. Suka berfikir dan tidak akan berputus asa mencari jawapan kepada satu-satu persoalan, Curiosity could kill me...
Tu je, malas nak tag orang lain sebab nanti dorang pun malas nak reply...

Friday, January 23, 2009

Bersyukurlah..

Hari ini hari jumaat , yea!!! im so happy not just because weekend is just another day, but because today i am totally free from class. yippie? (melompat kegembiraan). Why i am so damn happy? Because i have no class to teach and i do not have to study for a certain things which is all boring. I mean today i am free, so here i am , blogging.

Kadang-kadang saya terfikir, dan merasa bahawa kerja saya sekarang amat tidak cocok untuk saya. Let alone the salary though, so not worth the job given to me. Basically, i am over work, under paid. Enough said.

Seorang sahabat saya, menelefon saya dan mengadu bahawa tempat dia bekerja adalah sangat menjengkelkan bersama-sama rakan sekerja yang seakan memijak kepalanya di sana. Saya menadah telinga dan simpati dengannya, tapi tiba-tiba terfikir, there are nothing much different with me, aint it? We are STILL DO NOT SATISFY WITH THE JOB. Tapi katanya, dia masih bersabar, what to do? i still need the money..maka dia bekerja tanpa sebarang kegembiraan di hati.

Kasihan dia, kasihan saya dan... kasihan kami, tapi, lebih kasihan lagi kepada ramai pekerja yang kena diberhentikan daripada pekerjaan disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini. Bagaimana mereka nak menampung keluarga, anak-anak yang perlu diberi makan dan disekolahkan?

Tiba-tiba saya terfikir, apa akan saya lakukan kalau saya tiba-tiba mengalami nasib yang sama? Oh, mungkin saya menjadi suri rumah? Tak betah saya kalau begitu. Mungkin saya akan menjual nasi lemak (nasi lemak pun baru nak pandai buat) atau pun berniaga di tepi-tepi jalan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, bukankah?

Lantas saya bersyukur ke hadrat Allah kerana memberikan saya peluang pekerjaan ini. Sekurang-kurangnya, saya dapat menampung perbelanjaan seharian tanpa menyusahkan sang suami. Alhamdulillah.


Tuesday, January 20, 2009

I have been tagged..

Setiap pagi bila saya rasa nak adakan mood atau seringkali bila kekalutan dan keboringan, saya akan berblog. hehehe apela yang kau merepek ni.

O.K! straight to the point! I have been tagged by my best friend, Ayin.

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people."

I am:



I really want to go to:




My favorite place:


My favorite things are:


and


My Favorite Drinks are:


and


My favorite foods are:


and


and


My favorite colour:


I live and born in:


I attended:




and



My favorite story are:


and

These are my hobby:

and

and


And i definitely wish for:


So, for this, i am tagging my friend Yong, Yan, Shamsul, erk.. itu je kawan aku yang ada dalam list. Yang lain sume dah di tag..

hehehe..

Friday, January 16, 2009

Kenapa???

Saya tak faham:

  1. Kenapa ada sesetengah pemandu yang boleh bernafsu memandu secara perlahan iaitu 60km/jam di lorong paling kanan sekali. BAD!
  2. Kenapa ada orang (Melayu biasanya) yang tidak senang dengan kejayaan orang lain.
  3. Kenapa banyak couple (again, Melayu) terutamanya yang muda-muda bergetah suka berpelukan di tengah-tengah ramai di shopping complex. Apa mereka hilang kemaluankah? best ke peluk dalam tengah-tengah panas berpeluh hapak eii busukkklaaa bodo....
  4. Kenapa kita kena bayar cukai rumah yang agak mahal sedangkan rumah kos rendah je?
  5. Dari dulu lagi tentang fizik. Terutama bab daya, vektor and WTFish yang lain..
  6. Kenapa berat badan susah nak turun huh??
  7. Kenapa kadang-kadang ada yang dah tahu benda tu salah, dan haram, tapi masih buat lagi?
  8. Kenapa yuran hantar tesis UKM mahal?
  9. Kenapa di uni, anak orang miskin tak dapat biasiswa. anak orang berada yang ada kereta dapat sampai 2 jenis biasiswa?
  10. Kenapa harga barang tak turun-turun walaupun harga minyak dah pun trun? naik cepat je?! huh. BAD! BAD!
  11. Kenapa Saudara sendiri boleh jadi sangat menjengkelkan?

Friday, January 9, 2009

Doa untukmu mujahiddin palestine..

Ya Allah, Tuhan yang maha Agung,
Yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,
Kami bermohon ya allah,
Berikanlah kekuatan ke atas para mujahid di Palestine,
Kekuatan iman, Takwa dan Keazaman bagi membela agamaMu ya Allah..

Ya Allah,
Kami bermohon ke hadrat-Mu ya Rabbi,
Sedarkanlah umat Islam sedunia,
Satukanlah hati kami ya Allah bagi menentang kekejaman rejim zionis laknatullah,
kerana,
Tatkala ini masih ada yang leka dan tenggelam dimanipulasi dalam dunia ciptaan Yahudi dan sekutunya nasrani,
bangkitkanlah kesedaran di dalam hati mereka,
agar mereka tetap merasa belas atas suku kaum mereka sendiri.

Ya Allah, ya Rahman,
Kami adalah insanMu yang lemah dan tidak berdaya,
Serendah-rendah kami meminta pertolonganMu, belasMu, ehsanMu,
agar mendapat kemenangan di dunia dan akhirat..


Allahuakbar!

Aminn ya Rabbal alamin...


Kekejaman zionis laknatullah makin hari makin menjadi-jadi. Saya menjadi pelik dan hairan bagaimana dunia arab boleh berpeluk tubuh berdiam diri sedangkan jiran seislam mereka diseksa dengan kejam, kanak-kanak dibunuh sesuka hati seolah-olah nyawa mereka tidak berguna. Sedih dan meraung hati saya melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan, bersusun satu, satu. Tegakah mereka melihat saudara semukmin disembelih begitu rupa?lalu makankah mereka tatkala ummah pelarian Palestine sedang kesejukan kelaparan dan dahaga? How can they be so ignorant?

Saya berasa semakin hari semakin berani kaum kafir menindas umat islam. Semakin berani. Tetapi kita? Semakin berpecah belah, bercakaran sesama sendiri. Sambil diketawakan mereka. Sedarlah diri ini dan semua, akan perlunya kita bersatu dalam menentang puak laknatullah ini.


Allah..kuatkankanlah hati kami ya Allah..Berikanlah kemenangan kepada pihak Islam..Aminnn..



Wednesday, January 7, 2009

Save Palestine Ya Allah.....

Sangat-sangat sedih dan rasa sangat-sangat marah kepada kaum Israel Laknatullah!

Saya tiada daya untuk membantu melainkan doa dan berkongsi ini dengan anda!

Silalah baca! Mudah-mudahan Allah membalas kekejaman Kafir Yahudi Laknatullah secepat mungkin. Amiiiinnn...

Palestin : Lagi Usaha Kita

& Doa Qunut Berbaris

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.

Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

apalestin.jpg

Gambar ihsan Utusan Malaysia

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu,

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. ( SUMBER)

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?

Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworth, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

4.29 pagi (UK time)



Sumber dari www.zaharuddin.net.

Saya hanya copy and paste untuk berkongsi dengan anda semua..

Tuesday, January 6, 2009

My new year Resolutions..

Wooooowwww 2 entries in a day (apa pompuan gila ni takde keje ke kat opis?)

Sedang saya berYm2an dengan sahabat saya Yong, dia bertanyakan apakah resolution (dalam bahasa melayu apa eh? cewah tetiba lupa plak) untuk tahun ini.

Maka saya terus sahaja menjawab:

1-Nak kurangkan ghibah (mengumpat) dan sakitkan ati kat orang

2-Memelihara diri dan hati daripada disakiti org

3-Try to live happily and even funnier without even care what people might say or hurt me by their sayings

errr...jap2, where goes the resolution to reduce body weight??~fenin lalat sekejap~

Semuanya secara spontan sahaja. Hebat betul kuasa Allah yang menggerakkan hati ini untuk berkata begitu. InsyaAllah..Jadi, bagi memenuhi tuntuan hati itu, saya secara tidak langsung telah menemui mekanisme mempertahankan diri dan hati daripada disakiti. Caranya mudah. The most importantly, u have to be kiasu. not that kiasu la... kiasu in terms of you must know how to protect your own feelings. Contoh, kalau orang tegur kita gemuk dihadapan orang ramai sedangkan si penuduh itu badannya dua kali ganda masa kita umur darjah lima, kita sebenarnya ada peluang untuk smash balik. Kita boleh berlawak balik dengan si penuduh dengan berkata, hahaha nasib baik gemuk tapi tinggi, tapi kalau gemuk rendang, tak ke melata je?hahaha padan muka. Kejam kan? tapi tak apa, gerenti si penuduh dah tak kacau anda lagi dah. (this technique can be applied if people trying to insult you in any way, if you are not fat but you do have tanned yourself, or having deadly pimples and cellulites).

It is not that im trying to be cruel. No im not. But, you have to protect yourself, kan?? kalau takde orang lain nak jaga hati kita, siapa lagi??

Secondly, we can be ignorant. As a ghost. Just ignore what people might say and rules your own life. (but of course you do not go overboard kan, kalau tak kena panah petir laaaa)

So that are my resolutions for this year, kita tengok..tercapai ke tak..ngeeeee







Trim me down. make me round..

You know you are getting fat when:

1- People noticed how chubby you are. Ayat penyata biasa, "eh eh, dah naik la badan kamu" atau "wahhh bahagia sekarang? (ayat ni perlu dibaca between those lines).

2- When you feel the fav t-shirt are getting smaller to you. Eh, kenapa T-shirt ni mengecil? berkata sambil menghempas t-shirt itu ke dinding.

3-Bila kamu berjalan, perut akan bergoyang-goyang. (sila perhatikan dengan lebih mendalam)

4-Atau sedang melambai-lambai, kamu akan terasa momentum lelemak di bahagian bawah lengan akan terasa lebih lagi. Heh.

5-Jeans yang dipakai macam sarung nangka yang sedang balut buah nangka yang dah besar.

6- When you sit, you will suprise by the existance of flat tyres around your waist. Sungguh tak selesa!

7-When you lay down, you can see your stomach developed successfully. Enough said.

8-Bila jumpa tangga, kamu akan mengelakkannya. Baik naik lif? Sebab selalu mengah!

9-You are avoiding mirror whenever you can. Lihat ketembaman diri sendiri.

10- bila kamu rapatkan tangan ke badan, tiada ruang lagi kerana lelemak perut dah mula mengembang macam doh donut. Huwaaaa!

hey! it's not funny okay??
I'm doomed.

Monday, January 5, 2009

Shall we?

Lama sungguh tak berbelog (daripada hanis zalikha).

There so much that i wanted to tell you about life nowadays. let's make them in points shall we? The fun/not so fun happened in my life:

1- My dear hubby got new job in Kajang. yippiyy yeaeyyy. Erk. berhenti melompat dan ucapkan Alhamdulillah. Tak berjauhan lagi. huh sungguh busuk.

2-Menumpang a.k.a mencilok kereta my hubby. Hahaha..

3-Sempena program bersamamu (dapat wallet B. B jangan google nak tgk yang mana satu haaaaa) only my dear hubby knows how long i been waiting for that.

4- Balik kampung. (wah sekarang sudah ada kampung)

5- Kokoro semakin gemuk (yela, setiap ari makan je keje dia)

6-Sudah berjaya buat lasagna.

7-Baru lepas menahan marah daripada marah org sekretariat UKM yang selalu nak buat orang-orang mcm saya ni marah je. huh. tak leh ke cakap elok2?

8-Adik nurul dapat 8 A. Alhamdulilah lagi.

9- Jejajo panggil saya mummy.hahaha. Angin je kakak saya.