Tuesday, March 2, 2010

Syafiah Humaira..buat mu Alfatihah..

Hari-hari ada je berita yang menyedihkan tentang kanak-kanak di Malaysia ni.

Apa nak jadi?

Terbaru kes pasal Syafiah humaira, budak tiga tahun yang didera/diterajang/disepak oleh BOY FRIEND (BACA DENGAN KUAT:TEMAN LELAKI, BUKAN SUAMI PUN) KEPADA IBU KANDUNGNYA sehingga MATI.

Semua pun emosi bila berkata tentang ini. Saya pun menangis bila tengok/baca berita pasal si kecil syafiah ini. Budak 3 tahun! Apa yang dia tahu?!

Biarkan saya meluahkan perasaan saya di blog saya ini ye?:

Pertama: Saya AMAT MARAH DAN BENCI kepada kedua-dua pasangan haram iaitu ibu dan si PEMBUNUH itu. Di mana letaknya kewarasan fikiran kamu sebagai seorang dewasa? Let alone you are muslims! Agama saya rasa memang mereka tolak ke tepi. Sebab dah jelas, tinggal bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. I mean, come on la, kalau dah gatal sangat, ikutlah prosedur, pergi pejabat agama, minta fasakh dan kahwinla. Apa susah?!

Kedua: Kenapalah si ibu ini betul2 percaya pada si teman lelaki haram dia itu? Sehingga meninggalkan anak kandungnya di bawah lelaki yang belum sah menjadi keluarga kamu? Tahukah kamu bahawa mengandung dan melahirkan anak itu bukan senang macam membeli ikan di pasar? (Okay, orang yang tak reti beli ikan takyah nak terasa). Ada orang yang tak ada zuriat nak sangat anak.Tapi diorang tak dapat. Tak reti beruntungke?

Ketiga: Memang si ibu ni tuuuttttt betul. Geram la maaf. Tapi dia memang pandai. I must say that she is a good actor. Manakan tidak, kalau korang baca statement dia dalam paper atau tv, dia dengan senang2 mengaku bahawa dia dah melakukan kesilapan, the terus jump to another topic which can save her ass off. B.s betul. Senang-senang admit buat silap, silap selama ENAM TAHUN?! apa menjadahnya?dan tetiba dia pulak nak mintak bantuan jabatan kebajikan masyarakat. Apa hal pulak ni? Konon2 pengsan masa arwah dikebumikan. masa kau tinggalkan arwah tu tak kesian? Korang nampak tak si ibu ni bersikap pentingkan diri sendiri?Pastu asyik2 minta jabatan kebajikan tolong dari segi KEWANGAN (kalau korang baca paper, topik ni dia selalu sebut2). DUIT yang ada dalam kepala kau sekarang?! Eii tolongla jangan nak melintas depan aku.

Keempat: Keluarga kedua-dua belah pihak pun sama. Takkan si bapak tak tahu status anak kau dah ahwen ke belum? kenapa biarkan saja sampai ada nyawa yang tak bersalah ni melayang, baru nak clarify?!Susah macam mana sekalipun, Islam tak benarkan benda macam ni berlaku. Rasullullah lagi miskin dulu, sampai menahan diri dari kelaparan, tak ada pun menggelabah macam kau?

Kelima: Orang kampung @ saksi kejadian: Boleh/tergamak kau tengok budak sekecil 3 tahun tu melayang disepak macam bola. Ok, aku rasa kalau kau lelaki, memang kau pondan sebab korang tak berani langsung nak tegah si PEMBUNUH keparat tu. Tangan korang pun aku rasa akan patah la bila dial nombor polis atau talian nur tu. KAN?! Memang tak guna komuniti macam ni. Yang prihatin aku ucapkan tahniah.

Moralnya, aku memang marah dengan demua pihak di atas. Si kecil syafiah ini mungkin akan menggantikan tempat kita suatu hari nanti sebab kanak-kanak lah yang bakal menjadi pemimpin kita kelak. Dan aku berharap sangat pihak berkuasa akan menyiasat kejadian ini seadil-adilnya bagi pihak arwah, semua pihak pun bersubahat termasuk ibu dia. Aku rasa satu Malaysia pun rasa macam itu.

Kalau korang perasan aku sangat marah bila menulis blog ni sebab daripada penggunaan saya bertukar menjadi aku.

Kesimpulannya aku rasa, bagi perempuan, kalau belum bersedia nak jadi ibu, tak payahla nak beranak. Sebab beranak ini memerlukan 110% komitmen dalam hidup seorang wanita/perempuan. Kena kukuh ekonomi dan ilmu agama nak mendidik dan melindungi anak. Bukan tahu nak buat anak saja!


Untukmu Syafiah, Alfatihah..



8 comments:

JelinaJoli said...

ya, gaya penulisan kamu membuatkan saya membaca sambil membulat mata.

rasanya semuanya bersalah. tp rasanya, ada hikmah arwah pegi. 3 tahun didera, n x mungkin if dia hidup pon lepas ni, dia bole hepi macam budak2 lain. dari tesiksa, biar dia pegi. itu yg terbaik utk dia.

masyarakat makin kurang prihatin. saya sangat marah dengan pondan2 di padang tersebut!!!

Aeryn mummy aiyris zarra said...

thanks for the comment. memang masyarakat sekarang ni tak prihatin, buat hal sendiri je.

dunia dah akhir zaman.

Husna said...

akak..jom humban perempuan itu ke dlm loji najis

ika_nadira said...

satu keinsafan.. bila mane segelintir manusia tidak lagi berperangai seperti manusia... malahan lebih kejam dari binatang..

ika_nadira said...

satu keinsafan.. bila mane segelintir manusia tidak lagi berperangai seperti manusia... malahan lebih kejam dari binatang..

Aeryn mummy aiyris zarra said...

nurul: jom, sungai mana nak humban?kuikuikui

ika:true. Dah nak kiamat la tu.

Manja Chevera said...

salam awak.

kita baca pon naik geramz ni! eish, baik kasi akak yg nakk ssgt anak wei! grr..
BTW girl. love reading yr blog, very interesting read.

Aeryn mummy aiyris zarra said...

manja: tula, org yang mcm ni mmg dah ilang sifat kemanusiaan diorang. diorang tak tau dosa dah..

and thanks for reading..;)