Monday, March 22, 2010

Sedih.Sedih.dan sedih lagi bila baca kes buang bayi

Hari ni aku tak nak tengok paper. Tak nak dengar berita.

Pagi-pagi lagi aku dah sedih. Sedih kenapa? Hampir setiap hari ada manusia yang berjasad manusia, tapi berhati syaitan. Dan aku tak boleh blah kalau dapat tengok manusia spesies ni. Memang eiii!!GERAM.Cuba korang google "buang bayi Malaysia" and cari images, sedih aku tengok jasad-jasad bayi yang dah tak bernyawa tu atas tanah/dalam tong sampah/longkang! Astaghafirullahalazim!!Sebak sampai anak tekak ni kutahan jebat jebat, nasib ni kat office, kalau kat umah mahu menangis aku kan.

Persoalannya, kenapa semenjak-dua ni hampir SETIAP HARI ada berita yang melaporkan orang buang anak ni? Itu yang sempat/dapat dilaporkan, yang kes tersorok?

Come on la weyy.. the baby is innocent. Tak bersalah. The baby deserve to be love, bukan dibuang macam sampah!

Semua orang pun dah kata, dunia dah akhir zaman, kita dah kembali ke zaman jahiliyyah. TRUE.

Aku nak ajak korang berfikir lah, cuba kita fikir macam mana nak bendung gejala dilaknat ini daripada berleluasa. Jom?

Pertama: pendekatan AGAMA paling penting aku rasa. sebab, kalau seseorang itu beragama, takkan tergamak dorang nak buang anak. Sebab ISLAM agama yang bersistem sempurna. Mustahil akan terjadi kejadian seperti buang bayi akan berlaku kalau semua mengikut landasan yang benar. Kan? Sapa tak setuju, come forward.

dan hari ini kalau korang baca paper ini , mesti rasa sedih dan rasa ishh, apa aku patut buat untuk halang gejala buang bayi ini daripda berlaku.

dan aku wonder a lot, when i say a lot, that means a lot. dan kenapa ia terjadi berulang-ulang kali. Dan seakannya, bila semakin kerap diwar-warkan, semakin menjadi-jadi pulak kejadian ini. Dan seolahnya memberi suatu resolusi kepada mereka yang malang terlanjur mangandung untuk menyelesaikan masalah ini dengan membuang bayi lagi. Seakannya, kau dah terperangkap dalam kesilapan, dan kau ulang-ulang-ulang-ulang kesilapan itu.

Dan dalam paper ini , aku rasa cukup untuk menjawab persoalan yang berada dalam kepalaku sedikit sebanyak.

Kepada masyarakat di luar sana, aku merayu supaya, prihatinlah kepada permasalahan ini. Semuanya bermula daripada rumah. Setidak-tidaknya kita boleh saling nasihat menasihati antara satu sama lain. aku pun serba kekurangan juga..




1 comment:

ika_nadira said...

dah ader anak buang.. tengok macam aku nak sgt anak tapi lom rezeki lagik.. ape la dorang ni, ingat Allah swt... pasti ader balasan buat korang yg sengkek pemikiran ni..