Thursday, February 25, 2010

Manusia yang begini..

Kenapa aku manusia yang begini?

Begini itu hanya aku sahaja yang tahu. persoalan kerap ditanyakan kepada diri sendiri. Kenapa begitu cepat melatah dengan feel semua benda, semua orang? Kenapa aku cepat ambil hati (kadang2) atas benda yang remeh temeh yang kadang-kadang bila benda itu dah lepas membuatkan aku kesal/tergelak memikirkannya?

Allah menjadikan manusia ini bermacam-macam. Ada susah, senang baik jahat dan segala mala. Kenapa? Supaya kita semua boleh bergaul dan berkenalan dan memahami antara satu sama lain. Memahami sahaja tak cukup kalau tak ada perasaan menghormati.

Aku ada kawan-kawan yang rapat dengan aku. Dan kebiasaannya bila kami berjumpa, macam-macam cerita yang keluar. Dan aku perasan yang aku kebanyakan kalinya akan menjadi seorang observer (dalam erti kata lain diam). Dan bila aku mahu luahkan kata-kata, tergagap pula kadang-kadang itu. Membuatkan aku selalu terfikir, adakah aku lebih suka menjadi observer?

Dan selain itu, aku mula risau. Aku risau adakah aku mempunyai split personality yang mana aku tahu split personality ini hanya negatif (berdasarkan pemerhatian movie2 barat). Di pejabat aku lain, bersama keluarga aku menjadi set yang lain, bersama kawan-kawan pun.

Bukan aku mahu menjadi seperti ini. AKu penat sebenarnya.

Gambar latest aiyris pun aku tak sempat nak upload. Busy punya fasal.



No comments: