Google+ Followers

Wednesday, March 3, 2010

Semalam aku kena panah petir. Percaya tak?

Kelmarin aku tengah mandikan dua anak sedara aku dalam bilik air, dalam lebih kurang pukul 6 setengah petang. Kat luar kilat dan guruh sabung menyabung. Tengah elok-elok dok syampoo rambut depa, tetiba ada benda jatuh dekat lantai, yang bunyi dia macam kaca yang jatuh atas tile lantai tu.

dan tetiba je anak saudara aku nanges, aku tanya:

"kenapa dik?"

Dia nanges. "adik nampak lampu tu (kilat)"

Zassss dengan pantas kilat jugak kami kuar bilik air, adek dengan rambut yang bersyampoo gak dia kuar. Masing-masing ketakutan. Termasuk aku.

Haaaaa ,masuk lagi bilik air masa dekat-dekat magrib dan tengah kilat berguruh.

Lesson to learn.

No comments: