Wednesday, March 17, 2010

Kesian dia...

Semalam sekali lagi saya dikritik oleh seorang hamba Allah ini. Dia seorang yang baya-baya mak kita, dia suka melaram, itu saya tak kisah. Malah saya kagum dengan kebolehan dia untuk melaram seusia dia.

Saya adalah saya. Saya berhak ke atas diri saya ini. Makan atau tidaknya saya, tak pernah dia ambil tahu pun. Tetapi mulutnya lancang mengkritik saya. Ya saya masih setahun jagung, tapi tak lah bermakna saya boleh diperlekehkan seenak dia makan karipap je, kan?

Mungkin salah saya agaknya, jika saya telah menyakiti matanya dengan memakai baju kurung kain cotton murah ini. Sampai keluarlah kata-kata dia, mengapa saya memakai baju itu sedangkan hari ini hari penting? (ada kolokium anjuran makmal saya).

Saya jadi terpempan kerana kata-kata itu keluar daripada mulutnya dan saya dikelilingi oleh beberapa orang kakitangan ketika itu. Saya tak tahu untuk describe macam mana perasaan saya ketika itu.

Saya ada beberapa sebab kenapa saya memakai baju itu tempoh hari.
Pertama: Saya sangat sayangkan baju itu. Walaupun ia hanya rm2.5 semeter (korang darablah dengan 4 = rm10 untuk sepasang baju), walaupun coraknya macam kain langsir rumah dia. Tetapi saya bangga kerana baju itu hasil daripada guntingan saya sendiri ketika mula mahu belajar menjahit. Itu hasil saya. saya bangga, lalu saya pakai. apa salahnya?

Kedua: Kebetulan baju itu telah digosok terlebih dahulu. Nak bangun pagi yang lambat, dan menggosok baju lain, memakan masa. So i just grab it. and wear it. Whats the big deal?

Ketiga: Kerana itu adalah baju kurung. Baju yang menutup aurat. Ia besar, tak sendat. Saya pun bukan saya yang dulu. Pemakaian pakaian kala ini saya memang akan berfikir 2-3 kali. Kerana saya sudah berkahwin, dan jika saya memakai pakaian yang lebih er, vogue (tapi ketat berdosa buat apa?!), dosa kan suami saya yang menanggungnya? DAN saya TIDAK MAHU itu berlaku.

Jadi saya kira, ketika itu saya nak tergelak pun ada. Lantas saya pun menjauhkan diri daripada orang seperti itu. Kesian dia. Kesian kerana dia, dah berusia, tapi saya fkir dia tidak matang lagi dalam berhadapan dengan rakan sekerjanya. Mungkin dia tertekan dengan perihal diri atau keluarga atau rakannya, lalu menampiaskan kebodohannya untuk dilihat oleh saya. Dan mungkin yang lain.

Apa yang lebih penting daripada hati yang ikhlas berbanding luaran yang begemerlapan?

It is YOU to find out.



5 comments:

MiSzEniGmA said...

kesiannye makcik tu..u keep on being you, coz i love u for that, ok min :)

Hazrey said...

lols.. makcik tu sebenarnya dambakan perhatian sebab laki dia kat rumah dah botak dan selalu balik rumah lewat. so, pls forgive her ok. lols lols lols

ika_nadira said...

salam... min aku akan upload romper yg mungkin kau berkenan untuk anak kau.. tgk2 la blog aku k..

Aeryn mummy aiyris zarra said...

yong: thanks for accepting me for what i am!huhu

Hazrey: OMG, im one of ur silent reader la! huhu thanks for reading my blog. anyway, makcik tu saya kesian la tgk dia. let her be herslef then.kan?

ika: ok..nanti aku tgk..aritu tgk tapi tak update lagi

♥ p a a n i ♥ said...

makcik tu jeles dekat kak rin sebab die xde baby comel mcm aiyris and die takde suami hensem macam abang! hehehhe