Thursday, March 11, 2010

Kematian itu suatu yang pasti bagi setiap yang bernyawa

Kematian itu sesuatu yang pasti, itu janji Allah pada umatNya. Bila itu janji Tuhan yang Maha Esa, maka ia benar.

Kadang-kadang, hanya dengan memikirkannya, aku jadi takut. Rasa peritnya kematian, tiada siapa pun yang tahu, kerana kematian hanya dialami oleh orang yang mati, dan pastinya tak akan kembali.

Setiap hari kita berdepan dengan kematian, setiap hari kita diziarahi malaikat, adakah amalan kita mencukupi untuk dibawa ke akhirat? Aku selalu terfikir, kalau aku mati sebelum sempat membawa bekalan yang secukupnya? Nauzubillah. Aku takut benar akan seksaan alam akhirat. Timbangan amalan, bila buku amalan diberi dari arah kiri atau kanan, titian sirat. Sungguh menakutkan.

Pernah aku baca buku bertajuk Kematian, mati itu seumpama torehan pisau atau siatan kulit daripada badan. Roh akan dicabut daripada hujung kaki dan akan berhenti di dada sebelum disentap keluar. Masa itu, satu-satu pancaindera kurniaan Allah akan diambil semula, contohnya kebolehan melihat,merasa dan kalau tak silap aku yang akhir sekali adalah mendengar. Dan bayangkan roh kita dah sebati dengan jasad, katakanlah umur aku sekarang ini, selama 28 tahun mereka "blend together". Azab bukan?

Arwah mak selalu berpesan, bila dia di hujung nyawa, jangan diucapkan perkataan lain kecuali ALLAH. Selalu da berpesan kepada kami. Jangan masa itu kau sibuk nak minta maaf, nak tanya sakit ke tidak, jagan nak menangis meraung melalak. Aku ingat betul kata mak masa itu.

Dan bila aku baca surat khabar atau menonton berita, selalu ada cerita kematian yang pastinya membawa kesedihan kepada aku.

Aku nak insaf. Aku takut. Tapi kehidupan ini sukar. Arwah mak aku pernah berkata, dunia ini ibarat neraka bagi orang yang beriman dan syurga bagi yang tidak. Sebagai manusia biasa, banyak benar dosa aku. Banyak benar isu dalam hidup aku. aku dengan ayah aku pun tak boleh ngam. Dengan seorang hamba Allah ni, dengan kawan-kawan, sedara. Aku dalam keliru sekarang ini. Aku nak redha atas apa yang mereka lakukan pada aku, tapi kenapa hati ini macam tak boleh?KENAPA?!

Aku nak biarlah aku pergi dalam keadaan tidak berhutang dan diredhai semua. Jangan ada yang terasa hati pada aku. Jangan aku tinggalkan kamu semua dalam keadaan yang tidak aman.

Aku takut. Dan sedih.

Ada sesiapa yang boleh nasihatkan aku supaya aku dapat cari jalan untuk redha kepada mereka semua yang pernah menyakiti aku?

Please.

3 comments:

MiSzEniGmA said...

mohon,mohon & terus mohon drpd ALLAH utk dapatkan kekuatan memaafkan mereka yg pernah menyakiti/menyusahkan min. susah, mmg susah..tp niat baik tu, kan ALLAH makbulkan..mesti kite pun mengharapkan org2 yg kt pernah bt salah redha/maafkan salah silap kt,kan? just my opinion..

syauqahwardah1209 said...

[petikan tazkirah Ustaz Pahrol Mohd Juoi]

Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Marah itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa. Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan?

Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU. Aku tidak sekali-kali disakiti oleh-MU wahai Allah, begitu juga oleh hamba-hamba-MU… tetapi aku disakiti oleh ego ku sendiri..

*********************************

Memaafkan bukan ertinya menafikan kebijaksanaan dan meminggirkan keadilan. Jika hak Allah dilanggar, kita tidak berhak memaafkan. Tetapi bila hak kita dilanggar, kita boleh memilih… menuntut keadilan atau memaafkan. Terpulang kepada kita. Memaafkan, tanpa kebijaksanaan akan menyebabkan kita “disengat” oleh orang yang sama, perkara yang sama dan keadaan yang sama berkali-kali. Itu tidak betul. Mukmin tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama 2 kali.

Masakan Allah mudah mengampunkan dosa kita kalau kita sendiri pun sukar memaafkan orang lain?


Dari Suratun-Nur ayat 22;
"...dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Lapangkan hati..
Masa itu terlalu sempit utk berbenci2 dan berdendam..
Kembalilah kepada Allah dgn hati yang tenang dan bahagia, insyaAllah..

:)

Aeryn mummy aiyris zarra said...

whilst life is too short to be lived. right?