Sunday, December 20, 2009

Allah Maha mengetahui..

Pernah tak korang rasa serba tak kena bila bangun je pagi sampai ke....entah bila nak stop?

Banyak dah yang aku nak cuba katakan dalam blog ni, tapi asyik padam-padam-padam je. Ntah. Tak de idea barangkali?

Cuma bila dah jadi mak ni, keutamaan memang lah pada baby. Ni aku blog pon dia tengah tido. Barulah boleh tengok facebook, ladang-ladang aku yang dalam alam maya ni, sapa pencuri sayur-sayuran aku and etc.

Jadi seorang ibu, title yang paling agung aku rasa dalam hierarki manusia. Dan menjadi ibu sekarang ini, aku rasa keutamaan diri ni dah jatuh ke tempat kedua. Betul lah kata orang-orang tua, semua ibu nak yang terbaik untuk anak mereka. Aku pun. Kalau boleh aku nak semuanya yang terbaik untuk Aiyris. Ada pengurus rumah yang boleh menjaga dia di rumah aku sendiri, dan kalau boleh warga tempatan. Aku pun nak pakai kan aiyris baju-baju yang branded macam GAP for kids ke, Guess? ke, Oshkosh bigosh ke. Dan juga melimpahi dia dengan permainan. Yang pelbagai. Tapi. Sekarang masih tak mampu lagi.

Ya, aku sedih.

Tapi, bila teringat ayat ini, aku jadi gembira semula. Kira boleh la senyum..

Barangkali engkau membenci sesuatu, tetapi itu lebih baik bagimu. Dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan itu buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.

Al Baqarah:216.

Sungguh, sebagai manusia yang selalu alpa dengan nafsu dunia, aku memang selalu mahu itu dan ini. Merungut itu ini.

Tapi Allah lah yang Maha Mengetahui, bukan? Manalah aku tahu jika diberiNya aku kemewahan yang melampau, sehingga beg Gucci/Coach/LV boleh aku lemparkan kesana kemari menjadikan aku insan hina yang berlagak,bongkak dan selalu memandang rendah pada hamba Allah yang lain?

Ya Allah, Aku lebih rela hidup begini.

Plan Allah itu lah yang terbagus, bukan? ;)




2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MiSzEniGmA said...

yg terbaik hanya datang dari ALLAH. semoga anda bahagia dengan kehidupan anda hari ini, esok & selamanya -amin-